Friday, May 31, 2013

Aimi Hamiza mati dibunuh

ANGGOTA polis memeriksa tempat mayat
arwah ditemui.
Siapakah Pembunuh Aimi Hamizah? |
"Arwah sempat mengajak saya berbuka puasa
bersama, malah sebelum keluar mengaji, dia
salam saya dan mencium ibunya berulang kali
tidak seperti kebiasaan."
Begitu kata Mohamad Sahak, 58, bapa Aimi
Hamizah, 14, yang ditemui mati dalam semak di
kawasan pembuangan sampah berhampiran
tanah lapang di Kampung Solok Gaung, Ayer
Molek, di sini, malam kelmari.
Mayat pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Ayer Molek yang dilaporkan
hilang sejak Isnin lalu itu dipercayai menjadi
mangsa bunuh sebelum ditemui sekumpulan
remaja yang bermain bola di kawasan
berhampiran.

JENAZAH arwah
dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah
siasat.
Mohamad berkata, sebelum kejadian, anak
bongsu daripada tiga beradik itu berjalan untuk
mengaji di sebuah rumah kira-kira 200 meter
dari rumah mereka pada jam 7.40 malam.
"Kebiasaannya arwah pulang jam 9 malam,
namun pada malam kejadian sehingga jam 10
malam, arwah masih tidak muncul sebelum saya
mencarinya di tempat mengaji. - hmetro

Thursday, May 30, 2013

Siti Saleha dikutuk gara gara tuala wanita

PETALING JAYA: Langkah pelakon Siti Saleha
berkongsi pengalaman sebagai model iklan tuala
wanita menerusi laman sosial Instagram
miliknya mendapat hinaan masyarakat yang
disifatkannya sebagai berfikiran sempit.
Siti Saleha, 23, berkata, golongan yang
kebanyakannya lelaki itu cuba mengutuk dan
menyindirnya dengan berkata dia sebagai
perempuan yang tidak tahu malu selepas dia
memuat naik gambar dengan aksi tertentu
untuk iklan berkenaan.
"Saya pernah muat naik gambar ketika
penggambaran iklan tuala wanita jenama Kotax
dengan beberapa pelakon lain, selepas itu ramai
pengikut (Instagram) yang beri kritikan dan
kutukan di gambar itu.
"Mereka kata saya tidak tahu malu kerana
bercakap berkenaan tuala wanita kepada umum
dan jadi duta kepada produk itu," katanya ketika
ditemui pada pelancaran drama Memberku
Hawa Musim Ke-2, di sini, Selasa.
Jelasnya, fikiran dangkal sebegitu tidak
sepatutnya timbul pada zaman ini kerana ia
merupakan perkara normal bagi setiap wanita
dan seharusnya diambil tahu oleh kaum lelaki.
"Lelaki sepatutnya sudah boleh menerima
perkara ini dan ia bukan memalukan kerana
mereka juga akan mempunyai isteri atau anak
perempuan yang melalui perkara yang sama
iaitu perlu memakai tuala wanita.
"Lelaki harus didedahkan dengan perkara ini
dan mereka perlu tahu untuk membeli tuala
wanita jika diminta oleh isteri dan ia bukan lagi
sesuatu yang memalukan," ujarnya.
Dalam pada itu selain Siti Saleha turut berlakon
dalam drama bersiri Memberku Hawa musim
kedua bersama pelakon Nad Zainal. Drama itu
adalah tajaan Kotax.
"Ya... saya membawa watak Nur Hawa iaitu
seorang wanita bertudung dalam drama ini dan
dalam masa yang sama saya juga merupakan
duta produk tuala wanita ini.
"Kami akan adakan beberapa program luar
bersama pengguna Kotax, namun begitu ketika
di luar, saya tidak bertudung dan imej saya
berbeza berbanding dalam drama berkenaan.
Tambah Saleha, apa yang lebih penting adalah
tanggungjawab sebagai jurucakap atau duta
produk tersebut dalam memberi inspirasi
kepada setiap wanita.
"Tanggungjawab besar saya adalah untuk
meningkatkan keyakinan diri setiap wanita, isu
bertudung atau watak itu hanya dalam drama
sahaja dan tidak dibawa keluar.
"Bagaimanapun, secara jujur saya selesa
berlakon bertudung dan tidak rasa kekok,
sebelum ini juga pernah bawa watak-watak
bertudung dan tidak menjadi masalah bagi saya,"
katanya.
Drama Memberku Hawa Musim ke-2 akan
disiarkan setiap Rabu bermula 5 Jun depan pada
pukul 10 malam di Astro Ria. Ulangannya adalah
pada setiap Ahad pukul 6.30 petang.
Drama ini mengisahkan wanita muda Malaysia
yang berdepan dengan cabaran hidup dengan
sikap positif dan berpendirian teguh.
Selain Siti Saleha dan Nad Zainal, drama ini turut
dibarisi Sharifah Sofea, Nur Zaireen Mohd Zait,
Christina Suzane dan Nor Nadia Nor Mahazan.

Wednesday, May 29, 2013

Pergaduhan antara penyokong Pahang dan Johor

Pada pukul 9.45mlm pemain pahang mula memasuki padang dan bersedia untuk bermain.Selepas itu giliran
pengadil masuk padang.Tapi pasukan JDT tak masuk-masuk lagi ke padang selama 15 minit sehingga membuatkan penyokong Pahang berang terpaksa tunggu lama.Pemain Pahang dan pengadil yang tunggu di situ seperti
buat bodoh je tunggu lamanya dan penyokong sudah tidak sabar untuk
menonton. Situasi terkawal ketika ini.Tetapi penyokong kelihatan
berang kerana pasukan JDT belum masuk Padang lagi di saat pengadil dan
pasukan pahang sudahbersedia.
Selepas itu, seorang pegawai polis jalan-jalan mengelilingi stadium memberi tanda bagus kepadapenyokong pahang dan
itu menandakan
perlawanan selamat utk dijalankan.
Apabila pegawai polis itu lalu didepan Penyokong JDT, entah apa yang tak kena di atas tempat duduk penyokong JDT yang secara tiba-tiba baling botol plastik di luar stadium.Rupa-rupanya ada kejadian baling batu dari luar stadium sehingga terkena salah seorang dari penyokong JDT.Lalu penyokong JDT merusuh keluar beramai-ramai ke padang sebagai tanda tidak berpuas hati dengan sistem keselamatan di stadium.

Ketika ini penyokong Pahang yang berada di stadium kelihatan tergamam dengan tindakan penyokong JDT yang merusuh keluar ke padang di stadium.Ini bukan salah mereka kerana mereka tidak baling batu.Mereka cuma terkejut dan tidak puas hati dengan
kejadian baling batu itu.
Yang baling batu ialah orang yang berada di luar stadium tak pasti siapa orangnya, mungkin penyokong pahang atau orang lain yg berada di luar stadium ini puncanya sebenarnya kejadian di stadium sebentar tadi.
Maka, perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana situasi tidak terkawal lagi.Penyokong Pahang berang lalu masuk ke padang kerana tidak puas hati dengan penyokong JDT kerana menangguhkan perlawanan.Penyokong Pahang yang lain sudah mula naik angin lalu berlaku pergaduhan denganpenyokong JDT.
kesimpulannya, pihak Stadium dan pengurusan GAGAL dalam aspek keselamatan.Kucing pun boleh berak.Ini adalah malam yang cukup mengecewakan penyokong Pahang dan JDT yang mahu menikmati perlawanan separuh akhir Piala FA.

Monday, May 27, 2013

10 Rahsia Besar Mengenai Kaum Yahudi

Tahukah kamu sebenarnya banyak benda yang yahudi lakhnat ini
sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom Kita dedahkan 10 daripadanya.

1) Israel merupakan salah satu
pembekal rokok terbesar dunia, namun
rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok
yang mereka cipta kerana mereka tahu akan
bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta
vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun
ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka
tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan
merosakkan untuk satu jangka masa panjang.
Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus
Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung
ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami
membaca, menyanyi atau mereka akan
menyelesaikan masalah matematik bersama-
sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah
kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si
isteri adalah bersambungan dengan anak dalam
kandungan berbanding anda bercakap padanya
di perut.

4) McDonald di israel telah membuat
pengubahsuaian contohnya dari segi minuman.
Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh
yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur
kimia yang berfungsi sebagai antioksidan
berkekuatan besar untuk membuang sel rosak
dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi
menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan
dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini
kerana hakikatnya dengan memakan hidangan
kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian
buah buahan akan menyebabkan kita merasa
ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami
pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita
dimomokkan dengan memakan buah-buahan
sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk
menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah
Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan
menggali bawah tanah masjid tersebut agar
runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan
Negara-negara Arab yang menyerang Israel
terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal
faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara
Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut
kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka
mengatakan serangannya itu adalah serangan
untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan
Palestin Muslim bersatu melawan penjajah
yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik
ketenteraan dalam bersukan seperti menembak
dan mamanah bagi melatih otak memfokus
sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika
perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.
10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang
Israel dan Amerika selama 30 tahun.

Misteri kehilangan dua sahabat sejak sebulan lalu yang dibunuh

SHAH ALAM – Misteri kehilangan dua sahabat
sejak sebulan lalu terungkai selepas penyebaran
beberapa keping gambar di percayai mayat
kedua-dua mangsa, di sebuah laman sosial
Facebook didaftarkan atas nama Ridan Pendewa
Titisannnya Sakera.
Susulan penyebaran gambar tersebut, dua
individu ditahan dipercayai ada kaitan dengan
kehilangan dua mangsa yang dikenali sebagai
Dofi, 21, dan Saiful, 19, yang dilaporkan hilang
selepas keluar membeli barang di pusat membeli
belah di Seri Kembangan pada 1 Mei lalu.
Hasil soal siasat ke atas seorang daripada suspek
kemudiannya membawa kepada penemuan dua
rangka manusia dalam semak di tepi Sungai
Klang, berhampiran kawasan perindustrian di
Seksyen 26, di sini, petang semalam.
Sepupu Dofi, Hamsani, 46, yang ditemui di lokasi
kejadian berkata, mangsa bersama rakan
baiknya, Saiful, pergi ke pusat membeli belah
tersebut dengan menaiki sebuah teksi.
"Kedua-dua mereka bagaimanapun gagal
dihubungi setelah tempoh 24 jam, sebelum bapa
Dofi, terima panggilan daripada seorang yang
tidak dikenali meminta duit sebanyak RM5,000.
"Bapa Dofi hanya memasukkan duit berjumlah
RM 2,500 melalui satu akaun bank yang diberi,
sebelum dia dimaklumkan kedua-dua mangsa
sudah dibebaskan dan dalam perjalanan pulang
ke rumah dengan menaiki teksi," katanya.
Menurutnya, kedua-dua mangsa bagaimanapun
tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi
menyebabkan bapa Dofi membuat satu lagi
laporan polis berhubung perkara itu.
Ketika ditanya bagaimana dia mengetahui
berhubung Facebook terbabit, Hamsani berkata,
dia mengetahui melalui bapa saudaranya.
"Setelah kami melihat gambar yang terdapat
dalam Facebook itu, bapa Dofi mengecam
pakaian, kasut dan tali pinggang yang dipakai
oleh anaknya," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Serdang,
Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika
dihubungi mengesahkan berhubung penemuan
rangka manusia di kawasan terbabit, semalam.
Beliau berkata, penemuan rangka kedua-dua
mangsa ditemui kira-kira jam 3.15 petang
semalam, selepas suspek pertama ditahan ketika
menunjukkan lokasi kejadian kepada polis.
"Siasatan awal dapati kes pembunuhan ini ada
kaitan dengan kes kehilangan di Kotaraya, Kuala
Lumpur, awal bulan ini."
"Susulan penemuan rangka itu, kita tahan
seorang lagi suspek di sekitar kawasan Serdang,
hari ini (semalam), kesemua yang ditahan itu
warga Indonesia. Difahamkan suspek merupakan
ahli kumpulan 'Sakera'," katanya.
Menurutnya, kedua-dua rangka manusia itu
dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat
dan kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 302
Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Sinar
Harian Online

Saturday, May 25, 2013

SEKITAR HIMPUNAN BLACKOUT DI HADAPAN AMCORP MALL PJ

Sekitar jam 5 petang,peserta himpunan Blackout 505 sudah mula
berkumpul di padang timur berhadapan dengan Amcorp Mall Petaling Jaya
bermula dari jam 5 petang hingga ke malam.Himpunan ini dianjurkan oleh
lebih daripada 50 badan NGO atau badan bukan kerajaan.

PARA PESERTA AKTIVIS R SEDANG BERDEMONSTRASI DI KL CENTRAL BAGI MENUNTUT HAK ROYALTI KELANTAN
Himpunan ini serentak diadakan dengan himpunan sekumpulan anak muda di
KL Central atau Flashmob Royalti bagi menuntut Royalti bagi rakyat
Kelantan dalam menuntut hak Royalti minyak Petroleum.

Friday, May 24, 2013

Rakyat Malaysia sudah mula merasakan hidup dalam suasana hutan

ADAM ADLI DIBEBASKAN.....TIAN
CHUA,TAMRIN ABD GHAFAR DAN HARIS
IBRAHIM
PULA DITAHAN.
Selepas sejurus pembebasan Adam Adli pada
pagi semalam,Tian Chua pula
ditahan semasa beliau sedang berada di
terminal penerbangan tambang
murah LCCT Sepang pada jam 1 tengah hari
semalam.Menurut beliau
"saya telah ditahan di LCCT kira kira lima minit
yang lalu hanya
sebelum pemeriksaan keselamatan.Sekarang
saya berada di dalam
kenderaan Polis untuk dihantar ke balai polis
Jinjang."
"menurut ASP Buba,saya ditahan dibawah
seksyen 4 (1) Akta Hasutan,"
katanya dalam twitter petang semalam.
Sejurus penahanan Tian Chua di LCCT,Anak
kepada bekas Perdana Menteri
Malaysia iaitu Thamrin Abd Ghafar pula ditahan
pada sekitar jam 2.40
petang semalam di salah sebuah restoran
berdekatan Bangsar dan dibawa ke balai polis Jinjang.

"saya ditahan oleh Polis Bukit Aman,polis
sedang menunggu saya
menghabiskan makan tengah hari di Chawan
(Restoran) di bangsar kata
Tamrin kepada rakan rakanya melalui telefon.
Dengan penahanan pemimpin pemimpin besar
Pakatan itu sekaligus
mengingatkan kita terhadap ISA dihidupkan
semula,sebelum akta itu
dihidupkan,rakyat Malaysia sudah merasa
mereka sudah seperti duduk di
dalam hutan.
Naib Presiden PAS, Datuk
Mahfuz Omar berkata, Datuk Seri Noh Omar
tidak perlu untuk menyuruh rakyat yang
tidak berpuas hati dengan sistem pilihan
raya negara ini "duduk di dalam hutan"
kerana sememangnya Malaysia sudah pun
seperti berada dalam hutan.
Menurutnya, negara ini sebenarnya sedang
ditadbir menggunakan undang-undang
rimba, sehingga membenarkan segala
penipuan pilihan raya berlaku secara
berleluasa.
"Rakyat bukan nak masuk hutan sebab
mereka rasa memang duduk dalam hutan
dah apabila negara ditadbir guna undang-
undang rimba, "political animal in the
jungle"," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas
kenyataan Noh yang juga timbalan pengerusi
perhubungan BN Selangor semalam yang
berkata, individu yang tidak suka dengan
sistem pilihan raya negara ini sewajarnya
"duduk di dalam hutan".
Noh turut menyifatkan mereka yang
mengadakan himpunan membantah
penipuan pilihan raya umum ke-13 (PRU13)
sebagai melampaui batas dan tidak hormat
kepada perlembagaan.
Ekoran itu beliau menyarankan mereka agar
duduk dalam hutan.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli
Parlimen Pokok Sena berkata, himpunan
Black505 yang diadakan di seluruh negara
itu sebenarnya adalah mahu membebaskan
negara dari cengkaman undang-undang
rimba yang diamalkan Umno BN.
Rakyat katanya tidak boleh menerima segala
penipuan yang berlaku dalam pilihan raya
lalu dan mahukan sistem itu diperbetulkan.
Ujarnya, seharusnya pemimpin kerajaan
menerima kritikan yang diutarakan rakyat
untuk kebaikan negara dan bukan menyekat
dan menghukum mereka menggunakan
undang-undang rimba itu.
"Bila duduk dalam rimba, yang berkuasanya
adalah harimau-harimau yang ganas, yang
boleh bertindak sesuka hati.
"Maka himpunan ini nak bebaskan negara
dari cengkaman harimau-harimau yang
ganas ini," katanya lagi.

Thursday, May 23, 2013

Adam Adli dibebaskan dengan ikat jamin

Datin Seri Wan Azizah iaitu isteri Ketua Pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim
turut menyertai himpunan solidariti suara
rakyat Malaysia malam tadi
di hadapan penjara berpusat,Jinjang Kuala
Lumpur pada malam tadi.


Mahkamah Sesyen Kuala
Lumpur pagi ini membebaskan Adam Adli
Abdul Halim dengan ikat jamin RM5,000
dengan seorang penjamin.
Hakim Norsharidah Awang memutuskan
demikian setelah aktivis mahasiswa itu
mengaku tidak bersalah atas tuduhan
mengeluarkan kata-kata hasutan melalui
ucapannya pada 13 Mei lalu.
Mahkamah juga membuat keputusan kes
tersebut akan disebut semula pada 2 Julai
depan.
Adam, 24, dituduh mengikut Seksyen 4(1)
Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan
hukuman penjara tidak kurang tiga tahun
dan denda maksimum RM5,000 atau kedua-
duanya.
Beliau yang diwakili peguam S Ambiga
sebelum ini ditahan selama lima hari di
lokap Balai Polis Jinjang.
Pagi tadi, lebih 50 orang penyokong aktivis
mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim hadir di
Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini, pagi ini
bagi memberi sokongan kepada Adam yang
akan didakwa di bawah Akta Hasutan.
Adam telah ditahan di bawah Seksyen 4(1) C
Akta Hasutan dan Seksyen 124B Kanun
Keseksaan di Bangsar Utama pada 18 Mei
lalu berhubung ucapan beliau pada satu
forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala
Lumpur-Selangor 13 Mei lalu.
Adam, 24, disiasat kerana ucapannya pada
satu forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-
Selangor 13 Mei lalu.
Turut hadir peguam N. Surendran, S Ambiga
dan juga bapa Adam, Abdul Halim Abdul
Hamid.
Pada awalnya keadaan menjadi sedikit
kecoh apabila pihak polis tidak
membenarkan penyokong Adam Adli
memasuki pekarangan lobi mahkamah.
Namun keadaan kembali reda apabila
perbincangan dilakukan antara penyokong
dengan pihak polis.

Tuesday, May 21, 2013

Penyokong UMNOBN minta agar ISA dihidupkan semula

penyokong UMNOBN hari ini meminta agar ISA dihidupkan semula semata
untuk menahan tanpa bukti pihak yang bertanggungjawab menimbulkan
segala kekacauan di negara ini.Orang yang mereka hendak tahan adalah
Anwar Ibrahim dan semua penganjur perhimpunan haram dari hasutan
Pakatan Pembangkang.
ISA ataupun Internal Security Act lebih dikenali sebagai akta
keselamatan dalam negeri mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia
penubuhannya pada tahun 1960an dan dimansuhkan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada tahun 2011.



"Pokoknya, akta-akta itu nanti
bermatlamatkan untuk memelihara
keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta
kerukunan hidup rakyat dan negara.

"Seperti mana yang saya janjikan dalam
ucapan sulung saya semasa saya mula-mula
mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada
3 April 2009, bahawa ISA akan dikaji secara
komprehensif. Sehubungan itu, suka saya
mengumumkan pada malam yang bersejarah
ini, bahawa ISA akan dimansuhkan terus,'' kata
Perdana Menteri.

Najib berkata, melalui undang-undang baru itu
kerajaan akan tetap memastikan hak asasi
mereka yang terbabit terpelihara.

"Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan
mengambil kira hak dan kebebasan asasi
berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

"Undang-undang baru ini juga akan
memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis
yang secara substansialnya lebih pendek
daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa
tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan
perintah mahkamah,'' ujarnya

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata,
undang-undang berkaitan keganasan masih
dikekalkan bawah kuasa Menteri.
Di dalam ucapannya itu beliau berkata,
kerajaan turut memberi komitmen bahawa
mana-mana individu tidak akan ditahan
semata-mata hanya kerana ideologi politik.

"Kuasa untuk melanjutkan penahanan juga
akan beralih daripada badan eksekutif kepada
badan kehakiman kecuali undang-undang
berkaitan keganasan,'' katanya lagi.
Beliau menambah, kerajaan juga tidak akan
teragak-agak untuk meminda atau
memansuhkan undang-undang yang tidak
relevan.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib
berkata, kajian semula terhadap beberapa
undang-undang negara secara lebih
komprehensif turut melibatkan Akta
Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak
dan Penerbitan 1984.

"Bagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,
prinsip pembaharuan tahunan akan
dihapuskan sebaliknya akan digantikan
dengan pengeluaran lesen sehingga ia
dibatalkan,'' katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mengkaji
semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan
mengambil kira peruntukan Perkara 10
Perlembagaan Persekutuan mengenai
kebebasan berhimpun dengan prinsip
menentang sekeras-kerasnya demonstrasi
jalanan.

Selama 52 tahun rakyat berjuang menuntut penghapusan akta zalim ISA,
perjuangan rakyat dilakukan atas penuh sedar bahawa ISA mencabul
keadilan dan menzalimi rakyat dengan hukuman tanpa perbicaraan.

ribuan aktivis menjadi mangsa akta kezaliman ISA tersebut,sepanjang
perjuangan itu juga,kerajaan Malaysia terus menafikan dakwaan banyak
pihak yang mengatakan ISA sebagai senjata politik pihak pemerintah.
Secara kajian menyeluruh,jika ISA dihidupkan semula oleh kerajaan
UMNOBN,ini akan menambah buruk lagi ketegangan yang ada dan sekaligus
mencelarukan sistem yang sedia ada.Apa gunanya Polis ? Kenapa perlu
ISA ? Saya berharap agar menteri UMNO tidak bersusah payah mencampuri
urusan polis,kerana dikhuatiri,setiap campurtangan menteri UMNO akan
menghilangkan 'Profesional' badan berkanun itu.
Undang undang di Malaysia takkan mampu untuk mendakwa Datuk Seri Anwar
Ibrahim,melalui dengan setiap perhimpunan beliau pasti akan
menyebabkan banyak pemimpin UMNO bahkan penyokong UMNO kepanasan
ibarat 'lembu naik minyak,maka,pendekatan untuk merayu agar ISA undang
undang rimba terpaksa dituntut supaya dihidupkan.
Apa yang penulis ingin terapkan adalah,kita sebagai penyokong Pakatan
Rakyat harus berjuang dan menghormati sesama lain,buktikan
sesungguhnya kita benar benar mahu merampas kuasa dari pihak yang gila
kuasa dan bukannya hendak menggulingkan kerajaan.
Penulis juga berharap agar kerajaan UMNOBN tidak akan mencabar
rakyat,jangan dihidupkan ISA,sekiranya tidak,UMNOBN mungkin akan
terhapus dan terpaksa berhadapan dengan kuasa kebangkitan
rakyat,sekian dari saya.

"JANGAN CABAR KUASA RAKYAT"

Sekitar himpunan bebaskan Adam Adli malam tadi

Sekitar Lokap Berpusat Jinjang Kuala Lumpur pada jam 9 malam
tadi,hampir kira kira 4,000 orang hadir bagi membantah penahanan Adam
Adli yang ditahan pada hari sabtu lepas.


Adam Adli walau bagaimanapun masih ditahan reman sehingga 25.5.2013
sehingga siasatan selesai.Beliau ditahan di atas tuduhan menghasut
semasa perhimpunan bantah penipuan pilihanraya dan ditahan beberapa
hari kemudian dimana dalam ucapan beliau menghasut rakyat supaya turun
beramai ramai di jalanraya.


Turut hadir bersama adalah YB Nurul Izah turun bagi membantah
penahanan Adam Adli #bebaskan AdamAdli.


Bapa kepada Adam Adli iaitu En.Halim Hamid dan Dato S Ambiga

Monday, May 20, 2013

Adam Adli ditahan dibawah akta hasutan

Aktivis mahasiswa
Adam Adli ditahan di bawah Seksyen 4(1)c Akta
Hasutan di Bangsar Utama, sabtu lalu.
Menulis di twitternya petang sabtu lau, Adam
memaklumkan beliau kini berada di Balai Polis
Jinjang.


Menurut seorang saksi mata, Adam ditahan oleh
lebih 10 anggota polis berpakaian biasa di
hadapan sebuah kedai runcit di Bangsar Utama.
Beliau kemudiannya dibawa dengan sebuah
kenderaan pacuan empat roda kira-kira jam 3.30
petang.
Adam dipercayai ditahan berhubung kenyataan
yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya
anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada
13 Mei lalu.

Air Asia abaikan penumpang Malaysia di vietnam

Kira-kira jam 8.45 malam tadi, mengikut waktu
tempatan di Vietnam, saya terlihat penumpang
pesawat AK 1455, warga Malaysia dihampiri
oleh kakitangan lelaki Air Asia. Penerbangan
pulang ke Kuala Lumpur dijadualkan berlepas
pada jam 9 malam ( 10 malam waktu Malaysia ).
Setelah beberapa minit berlalu, perlahan saya
kemudian mendekati kumpulan penumpang
itu dan mengajukan soalan.
"Ada masalah apa puan?"
"Kakitangan Air Asia ini berkata, anak saya
dilarang menaiki pesawat kerana dia demam
campak. Kami sekeluarga, dua belas orang,
datang ke Ho Chi Minh pada hari Rabu lalu.
Kami memang ada membawa bekalan ubat
demam, jadi bagi kepada dia kalau dia demam.
Dia sudah tidak demam lagi," ujar ibu bayi,
Izan Suhaila Mohd Ali, 36 tahun.
"The mother and the baby had to stay here for
five days. They cannot board the aircraft," arah
kakitangan Vietnam Air Asia berdiri di sebelah
saya.
Mereka bimbang sekiranya deman terbabit
menjangkiti penumpang lain.
Menurut ahli keluarga Izan, semua beg
pakaian mereka telah dimasukkan ke dalam
pesawat. Setelah bercuti selama empat hari,
kandungan beg bercampur aduk dan barangan
keperluan asas Izan dan anaknya, Maryam
sukar dipisahkan.
Bayi, Maryam Sofea Mohd Reza, berusia 14
bulan.
Lalu saya terangkan keadaan sebenar kepada
kakitangan syarikat penerbangan tambang
murah itu.
"So, all twelve had to stay then ," balasnya.
"I understand the situation, law is a law but
don't forget, these are human beings not dogs
or cats. If she were going to stay here for
another five days, she and the baby need cloth
to wear. Please refer this matter to your
superior again before making further decision,"
balas saya.
Tidak lama kemudian, muncul seorang
penumpang MELAYU memperkenalkan dirinya
sebagai pegawai perubatan ( medical doctor )
datang menghampiri dan menyentuh tubuh
Maryam.
"Dia kena chicken pox tetapi sudah tidak
demam lagi. Hanya tinggal kesan tompokan
hitam sahaja di tubuh," ujar doktor terbabit.
Namun kenyataan beliau tidak dihiraukan oleh
petugas di situ.
Beberapa minit kemudian tampil pula
jururawat wanita tempatan dan pantas
menyelitkan jangka suhu di bawah ketiak bayi
itu sebanyak dua kali.
"Apabila kita bertanya, berapakah suhu badan
Maryam, dia membisu," ujar kakak Izan,
Norhamiza.
Saya perhatikan, airmata jernih mula
bergenang di bawah dua kelopak mata Izan
sambil dia terus mendakap erat anaknya
mengalami sindrom down.
Barangkali dia bak tidak mampu
mempercayai cabaran didepaninya tatkala itu
amat getir. Tambahan pula suami tersayang
tidak bersamanya untuk mengharung detik
hitam tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang
hayatnya itu.
Keputusan muktamat telah dibuat oleh
kakitangan Air Asia berpenampilan bongkak
biarpun tidak dipersetujui ramai penumpang
lain.
"The captain doesn't allow this baby on board,"
ujar pegawai sama kepada kami.
Warga Malaysia berkunjung ke bandaraya Ho
Chi Minh untuk membeli-belah. Lazimnya,
ramai tidak membawa baki wang tunai tatkala
pulang ke Malaysia.
Di saat perpisahan hampir menjenguk, Izan
dipeluk erat oleh ahli keluarganya. Mereka juga
tidak berupaya menahan deraian airmata
tumpah di pipi.
"Ibu ini diarahkan untuk tinggal bersama
anaknya selama lima hari lagi di sini. Barangkali
dia tidak mempunyaii wang tunai mencukupi.
Kalau hati terbuka untuk menghulurkan
bantuan, dipersilakan," kata saya spontan
kepada semua penumpang sedang beratur
untuk menaiki pesawat.
Tidak semena-mena, warga Malaysia pelbagai
bangsa, Melayu, Cina dan India, tergesa-gesa,
tanpa berfikir panang, mengeluarkan
matawang pelbagai jenis dari poket serta beg
duit mereka dan pantas menghulurkan kepada
Izan.
Hebat sungguh warga Malaysia. Memori
sebegitu bakal terus terpahat di minda saya,
selagi hayat dikandung badan.
Saya berasa amat kagum.
Biarpun mereka tidak mengenali Izan dan
keluarga, fakta itu diketepikan. Saya melihat
lelaki Cina bertubuh tinggi menyeluk saku lalu
menghulurkan sejumlah wang kepada Izan,
berdiri di elevator.
Kakitangan Air Asia bertugas bak tidak sabar
untuk membawa Izan, Maryam dan dua anak
buahnya keluar daripada kawasan itu.
Sebelum beredar, Izan sempat dipeluk oleh
beberapa wanita Melayu tidak pernah
dikenalinya. Sebilangan wanita lain, berlari
mendapatkan ibu bertugas sebagai kakitangan
Hong Leong Bank itu dan mendermakan wang
tunai.
Saya berasa amat terharu menyaksikan detik
memilukan itu tetapi gagal untuk tidak
mengizinkan kejadian itu berlaku.
Untuk rekod, beberapa petugas, lelaki dan
perempuan kelihatan berdiri di kaunter Air
Asia. Gambar mereka saya rakamkan. Siapapun
sekali mereka, kumpulan itu dilihat mewakili
syarikat penerbangan terbabit.
Andai kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes tiba-tiba
berkebetulan muncul di lokasi itu, pasti saya
tidak segan untuk merayu ...
"Tan Sri, tolong hulurkanlah sedikit bantuan.
Mungkin kakitangan Air Asia boleh
mencarikan hotel untuk mereka menginap
kerana Vietnam, negara asing bagi mereka.
Lagipun kini hampir jam 10 malam. Pengguna
perkhidmatan syarikat Tan Sri itu juga BUKAN
orang kaya dan ternama seperti Tan Sri.
Apapun, hakikatnya, Izan dan anaknya adalah
pelanggan Air Asia dan mereka telah membayar
tambang untuk pulang. Jika penumpang tidak
mengenali mereka, sudi membantu, inikan pula
Tan Sri, individu tersohor di mata rakyat
Malaysia"
Malangnya saya tidak berpeluang bersemuka
dan meluahkan rayuan itu kepada Tony tatkala
beliau diperlukan.
Saya bukan Richard Branson and I don't wear
skirt.
Lupakan Tony tetapi saya berharap selepas
membaca entri ini, beliau dan kakitangan Air
Asia akan mengambil tindakan segera
menangani kesengaraaan bakal ditempuh
penumpang malang pesawat Air Asia terbabit.
Tony, just like what I have told your staff in
Vietnam, Izan and Maryam are humans.
Sekitar jam 9.30 malam, kami semua hanya
mampu menjadi penonton ketika ibu dan anak
itu diarahkan keluar dari pintu 18, lapangan
terbang.
Pesawat AK 1455 terbang pada kira-kira jam 10
malam waktu Vietnam, terlewat kira-kira
sejam berbanding masa sebenar. Lebih
MENAKJUBKAN, tiada sebarang permohonan
maaf diumumkan kepada penumpang berikutan
kelewatan berlaku.
Sebaik menaiki pesawat, saya menceritakan
butiran kejadian kepada ketua pramugari,
Kasturi, sedang berdiri berhampiran pintu
utama pesawat. Melihat reaksi wajahnya gadis
berpakaian serba merah itu, saya dapat
menjangkakan kes itu terlalu asing bagi
dirinya.
"Tolong maklumkan kepada kapten dan ground
staff Air Asia di LCCT supaya Izan dapat
dibantu," pinta saya.
Setelah menjamah nasi lemak tidak berapa
enak dipesan, saya sekali lagi kembali
menghampiri Kasturi.
"Saya dimaklumkan, ibu dan anak itu telah
dibawa ke hospital oleh ground staff kita," kata
gadis tinggi lampai itu.
"Adakah kapten mengetahui kejadian itu?
Kerana ground staff tadi memaklumkan saya
dan keluarga Izan, kapten tidak
membenarkan Mariam menaiki pesawat," soal
saya.
"Kapten hanya tahu sebentar tadi setelah saya
maklumkan," akui Kasturi.
Kapten bertugas, Ariffin Bakar.
Sebenarnya, tiada individu bijak gemar
bertindak melanggar undang-undang. Jika
kehadiran Maryam di dalam pesawat ternyata
membahayakan nyawa semua penumpang,
molek jika bayi itu dirawat dengan kadar segera
di hospital di Ho Chi Minh terlebih dahulu.
Sewaktu tiba di LCCT, saya mendapatkan
berita terkini melalui Norhamiza dan ahli
keluarga lain termasuk ibunya, Zaiton Baharom,
71 tahun.
"Memang kami terekjut," komen Zaiton terkilan.
"Tadi sewaktu saya hubungi melalui telefon,
Izan berkata, kakitangan Air Asia itu
menghantar mereka sampai ke stesyen teksi
dan berkata, I am sorry. Izan kemudian
terpaksa pergi membelikan baju Mariam dan
dua pasang baju dia sendiri kemudian pergi
balik ke May Flower Hotel, tempat kami
menginap sebelum ini. Bayarannya, USD60
semalam. Hujung minggu, banyak hotel penuh
dan terpaksa tinggal di situ. Ini trip pertama
Izan ke Vietnam," tambah Norhamiza.
"Jadi tidak benarlah kenyataan mereka
kononnya Maryam telah dihantar ke hospital
oleh kakitangan Air Asia bertugas di lapangan
terbang?," tanya saya kepada ahli perniagaan
itu.
"Tidak," balasnya ringkas.
"Apakah pesanan puan kepada Air Asia?," soal
saya.
"Periksa secara teliti terlebih dahulu sebelum
membuat keputusan. Jika Maryam membawa
penyakit, sudah pasti kami antara individu
paling awal dijangkiti kerana kami bercampur-
gaul dengan dia. Saya sendiri tidur sebilik
dengan Maryam," luah Norhamiza, kecewa.
Apakah bakal berlaku kepada Izan dan
Maryam? Adakah mereka mempunyai wang
mencukupi untuk Maryam melakukan
pemeriksaan darah di hospital di Vietnam?
Wajarkah Air Asia lepas tangan dalam kes ini?
Sumber: Mazidul Akmal Sidek

Tuesday, May 14, 2013

THE NEW FAST & FURIOUST 6 THRILLER

CLICK HERE to watch the new scene for the new fast & furioust 6
http://hotsuffcdn.com/share/my/2830/3470774 For intense sequences of
violence and action and mayhem throughout, some sexuality and
language.

Saturday, May 11, 2013

UMNOBN memang muka tak tahu malu

Setelah gagal mempelawa PAS supaya menyertai UMNOBN, Pada kali ini
UMNO mempelawa DAP pula untuk menyertai BN, Persoalan saya disini
"apakah UMNOBN memang muka tak tahu malu" ?
Kononnya UMNO berjaya membangunkan dan memajukan kaum Melayu tapi pada
hakikatnya UMNO gagal menyatukan masyarakat Melayu Islam di Malaysia
dan apa yang paling menghinakan adalah, Dulu pihak UMNO sentiasa
mengutuk PAS sebagai sesat, Malah Ulamak cap ayam UMNO terang terangan
mengatakan "haram jika memberi undi pada PAS" wujudnya soalan kedua
saya, Siapakah Ulamak cap ayam UMNO untuk berkata sedemikian ?
Tuhankah mereka ? Atau Nabi Melayu UMNO yang menerima "wahyu" di Bukit
Belacan ?
Selepas PRU13, UMNOBN memulakan kempen "racis" , meskipun UMNO menang,
Namun kemenangan UMNOBN pada PRU13 lebih merosot jika dibandingkan
dengan kemenangan Pak Lah pada PRU 12 2008, Dan sehubungan dengan itu,
Apabila menyedari "dominan" DAP yang memenangi lebih banyak kerusi
Parlimen berbanding PKR dan PAS maka sentimen api perkauman dihidupkan
dan gagal menyala,UMNOBN gagal, Maka demi kepentingan pentadbiran
"ketuanan melayu" maka UMNO terpaksa menebalkan muka mempelawa PAS
supaya bergabung menyertai UMNO,namun PAS menolak,begitu juga dengan
DAP, di bawah ini adalah ulasan yg dipetik dari harakahdaily mengenai
penjelasan Nik Aziz terhadap pelawaan UMNO.

KOTA BHARU: "Bukankah DAP yang
dituduh sebagai chauvinis, komunis dan
kafir harbi selama ini?" kata Mursyidul Am
PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik


Mat (gambar) sebagai reaksi kepada
cadangan agar DAP menyertai BN.
Selain itu, kata Tuan Guru Nik Aziz,
bukankah DAP yang dituduh sedang
berusaha menjadikan Malaysia sebagai
negara Kristian dan berusaha menggadaikan
kalimah Allah?
"Tiba-tiba hari ini DAP ditawar masuk BN?"
kata Tuan Guru Nik Aziz kepelikan.
Kafir harbi dan berusaha menjadikan
Malaysia negara Kristian adalah laporan
utama akhbar Umno, Utusan Malaysia yang
ditujukan kepada DAP dalam sessi kempen
PRU 13 baru-baru ini. Kafir harbi dari
tafsiran perundangan Islam adalah orang
bukan Islam yang memerangi Islam dan
mereka dihalalkan darah oleh Islam.
Menurut Tuan Guru Nik Aziz dalam
kenyataannya, beliau membaca kenyataan
bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin
Maidin yang menyarankan agar DAP
menyertai Barisan Nasional (BN) untuk
menguatkan kerajaan BN.
"Saya bagaikan kurang percaya bagaimana
seorang bekas pemimpin Umno yang masih
setia kepada parti tersebut boleh
mengeluarkan cadangan seperti ini?"
katanya.
Ekoran itu, Tuan Guru Nik Aziz berkata,
"Saya kira inilah bukti jelas menunjukkan
bahawa BN sedar mereka semakin
dipinggirkan rakyat."
Politik perkauman dan penindasan yang
diamalkan semakin ditolak sehingga
menyebabkan mereka terpaksa mencari
dahan baru untuk berpaut.
"Dalam tidak sedar, sebenarnya bukan dahan
baru yang perlu dicari, bahkan pohon tua
bernama BN itu perlu ditebang terus!" tegas
bekas Menteri Besar Kelantan itu.
Bagi beliau, daripada DAP masuk BN, lebih
baik Umno keluar BN dan menyertai
Pakatan Rakyat.
"Sedarlah, ideologi perjuangan Umno hari ini
sudah ketinggalan zaman, di Semenanjung
Malaysia yang agak maju dari sudut
teknologi dan pendedahan maklumat,
mereka telah ditolak dan Pakatan Rakyat
telah menang!
"Sudah sampai masanya BN dan Umno
bermuhasabah, jika tidak akan sampai
masanya mereka dibuang terus dari pentas
politik negara, pada masa itu tiada yang akan
sudi menerima, jatuh di tanah ayam tidak
patuk itik tidak sudu!" ujar beliau.

Friday, May 10, 2013

‘Tsunami Cina’ untuk tutup kegagalan besar Najib

JOM DAFTAR 8SHARE DI SINI » http://bit.ly/ZvSiOv
UNTUK LIVE 18sx VIDEO CLICK » http://bit.ly/10xq4VL
UNTUK PENJELASAN MENGENAI PRODUK » http://bit.ly/10xr9ga
UNTUK MELIHAT TGNA MELUDAH » http://bit.ly/13Hz895


KUALA LUMPUR: Sumber Umno muncul
kembali memberitahu Harakahdaily bahawa
rakyat dan ahli Umno terlupa mengenai
kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak yang terbesar pada Pilihan raya
Umum ke-13.
"Najib adalah Pengerusi BN Selangor. Negeri
yang mencapai pencapaian terburuk untuk
Umno dan BN ialah Selangor. Ramai terlupa
hakikat ini setelah Najib main isu 'Tsunami
Cina'. Ini perkara sebenar yang ingin ditutup
daripada ahli-ahli Umno dan rakyat," kata
sumber Umno itu.
Di PRU13, Pakatan Rakyat berjaya mendapat
44 daripada 56 kerusi Dun di Selangor,
meningkat 10 kerusi berbanding 2008.
Najib sebelum ini, sekurang-kurangnya tiga
kali mewar-warkan bahawa beliau akan
berjaya memimpin BN menawan Selangor.
"Dulu saya dah bagitahu syarat untuk Najib
kekal sebagai Presiden Umno. Satu BN dapat
kembali 2/3 majoriti di parlimen. Kedua, BN
gagal dapat 2/3 kerusi tapi Najib selaku
pengerusi BN Selangor berjaya merampas
kembali Selangor. Sekarang kedua-dua
syarat ini gagal dicapai. Najib gagal syarat
yang ditentukan Tun Mahathir," kata sumber
Umno itu.
Beliau turut memberitahu 'Tsunami Cina' –
ungkapan yang dikeluarkan dari mulut Najib
adalah strategi pertama untuk
mempertahankan kerusi Presiden Umno.
"Najib mudah ditumbangkan. Yang susah
ialah Rosmah. Tun paling pening mengenai
hal ini. Dah lama Tun cuba turunkan
Rosmah, tapi tak berjaya. Nantikan
pemilihan parti Umno, ia akan jauh lebih
menarik daripada PRU13," kata sumber
Umno itu.
Harakahdaily juga sempat bertanya apakah
keputusan PRU13 kali ini, Umno telah
membuat sesuatu untuk mengekalkan
kemenangan.
"Semua orang yang nak tewas mesti akan
lakukan sesuatu drastik. Di Malaysia,
permainannya ialah mendapat kerusi
terbanyak. Nak menang dalam PRU, kamu
semua kena jaga proses pilihanraya
sehinggalah keputusan diumumkan. Fikirlah
di mana proses pilihanraya yang kamu
semua tak jaga dengan baik selepas
keluarnya Borang 14. Nasihat saya, latihlah
polling agent mulai sekarang. Jangan last
minute baru nak latih. Polling agent cekap
boleh menjamin keputusan awal sama
dengan keputusan akhir," kata beliau
sebelum telefon terputus.

Thursday, May 9, 2013

Himpunan PRU13: Polis mahu panggil 28 pemimpin pembangkang

SHAH ALAM - Polis akan memanggil 28 individu
termasuk beberapa pemimpin pembangkang yang
berceramah pada Himpunan Suara Rakyat Suara
Keramat di Stadium Kelana Jaya, malam tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun
Hamzah berkata, kesemua mereka akan dipanggil
dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan
mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.


Maafkan saya disini,penulis tidak bermaksud untuk menghasut
pembaca,tapi disebabkan keadilan itu harus ditonjolkan,penulis
terpaksa ingin mengatakan,sekiranya pihak SPR tidak menipu semasa
PRU13,semua perhimpunan berperingkat ini takkan terjadi,penulis bukan
hanya salahkan SPR,malah,JPN harus bertanggungjawab di atas penipuan
terbesar terhadap rakyat Malaysia,kerana merekalah punca Pengundi
hantu dari luar seperti Bangladesh,Filipina(Sabah)Myanmar,sekiranya
perkara ini tidak dibongkar maka,rakyat akan tertipu dan kemenangan
hasil dari penipuan itu adalah haram di dalam hukum Islam,Jadi
siapakah yang harus dihadapkan ke muka pengadilan bagi segala penipuan
ini,SPR,JPN atau Penganjur Perhimpunan itu,penulis takkan menulis
panjang sbb takut dikhuathiri akan menghasut pembaca
sekalian....sekian.

Pak Lah tidak setuju jika PRU13 dikaitkan dengan isu perkauman

CLIK PHOTO ADS KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri
Tun Abdullah Ahmad Badawi berpendapat,
adalah tidak wajar untuk mengaitkan
keputusan Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13) lalu sebagai isu perkauman.
Katanya, adalah tidak adil untuk menuduh
dan menyalahkan kaum tertentu terhadap
keputusan PRU13 lalu dan perkara itu tidak
boleh dibiarkan berlaku.

gambar hiasan
"Kita tidak boleh membiarkan sebarang
percubaan untuk menjadikan keputusan
pilihan raya sebagai isu perkauman.
"Tindakan tuduh-menuduh dan
menyalahkan mana-mana komuniti adalah
tidak adil dan tidak memberi manfaat,"
katanya.
Kenyataan Abdullah itu sekaligus menyelar
pandangan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak yang menyimpulkan bahawa
kemerosotan BN pada PRU13 ini sebagai
"Tsunami Cina".
Ia seolah-olah menyalahkan kaum Cina
kerana bersolidariti mengundi DAP dan
menolak BN.
Bukan Najib sahaja, seorang lagi bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
juga berpendirian serupa iaitu berlakunya
Tsunami Cina pada PRU13 ini.
Beliau menuduh, keadaan itu berlaku kerana
faktor DAP yang membangkitkan kebencian
orang Cina terhadap Melayu sekaligus
menyaksikan Orang cina tidak mengundi
Umno BN.
Sedangkan, apa yang berlaku adalah
kebangkitan seluruh rakyat Malaysia tanpa
mengira kaum menolak Umno BN pada
PRU13 lalu.
Pada PRU13 lalu, Pakatan Rakyat berjaya
menambah tujuh lagi kerusi parlimen
berbanding 2008 menjadikan 89 kerusi
kesemuanya.
BN pula merosot tujuh kerusi menjadikan
133 kerusi berbanding 140 pada 2008.
Biarpun BN menang dengan majoriti mudah,
undi popular BN hanya 46 peratus
berbanding undi popular kepada Pakatan
Rakyat yang mencecah 50.3 peratus.
Hakikat yang terpaksa diakui BN juga
bahawa, keputusan PRU13 ini menyaksikan
prestasi Najib adalah lebih teruk dari Pak
Lah.
Perkara tersebut diakui sendiri oleh
Mahathir yang kecewa dengan prestasi
Najib.

AT - TAUBAH 9:12: NAJIB TAJA RALLY ANWAR IBRAHIM DI STADIUM KELANA JAYA

AT - TAUBAH 9:12: NAJIB TAJA RALLY ANWAR IBRAHIM DI STADIUM KELANA JAYA

CLICK PICTURE BELOW / SILA KLIK GAMBAR DIBAWAH

Wednesday, May 8, 2013

Perhimpunan ambang anak muda bangkit (LIVE) STD KELANA JAYA

PERHIMPUNAN AMBANG ANAK MUDA BANGKIT

WATCH IT LIVE HERE http://www.new.livestream.com/accounts/1706262/events/2088174

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim menyeru
kepada penyokongnya untuk hadir ke Stadium
Kelana Jaya Rabu,malam ini bagi menyatakan
bantahan ke atas penipuan yang didakwa
dilakukan dalam raya 5 Mei.
"Saya akan menjemput rakyat buat pertama
kali selepas pilihan raya umum pada Rabu,malam ini
di Stadium Kelana Jaya pada jam 8.30 malam.
Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk
bersama dan nyatakan penolakan kita
terhadap penipuan dalam pilihan raya yang
dilakukan SPR dan i Najib Razak.
"Gerakan untuk perubahan tidak boleh
dihalang. Permintaan rakyat untuk memiliki
pilihan raya yang bersih dan adil bagi
memastikan kerajaan yang kita pilih
bertanggungjawab, telus dan tiada rasuah
akan terus bergema kuat di sebalik keputusan
Pilihan Raya Umum ke-13," katanya dalam satu
kenyataan.
Anwar berkata, beliau juga akan bekerjasama
dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil
(BERSIH) bagi memastikan sebuah SPR yang
baru dan bebas ditubuhkan bagi menangani
penipuan dalam pilihan raya.
Katanya, beliau juga akan berusaha bagi
mendapatkan sokongan rakyat untuk
mempersoalkan kesahan kerajaan yang
dibentuk oleh BN.
"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
bertanggungjawab kerana bersubahat dalam
penipuan pilihan raya yang paling buruk
dalam sejarah kita. Perjuangan untuk pilihan
raya yang bersih dan adil kekal sebagai satu
perjuangan yang penting bagi mana-mana
rakyat Malaysia.
"Saya akan memberi sepenuh masa dan tenaga
saya bersama BERSIH dan rakyat Malaysia
untuk memastikan bSPR yang baru dan bebas
ditubuhkan secepat mungkin untuk
membetulkan penipuan pilihan raya.
"Kita tidak boleh membenarkan diri kita
menerima keputusan pilihan raya melalui
penipuan dan menipu. Hati saya akan bersama
dengan setiap rakyat Malaysia yang tidak
menerima keputusan ini. Saya akan berusaha
ke arah konsensus kebangsaan untuk
mempersoalkan kesahihan kerajaan.

Penjelasan Najib mengenai "Apa lagi cina mahu"

Muka hadapan akhbar milik Umno Utusan
Malaya semalam mempersoalkan sebuah tanda tanya yang mungkin mampu
membuat hati kaum cina tersentuh.Malah beliau menyetujui perkataan itu
terpampang dalam muka hadapan Utusex Meloyar.
Mungkin beliau yakin dengan alasan mahupun maksud di sebalik ungkapan
yang dianggap 'panas' dan petang semalam beliau ditemui oleh media
media untuk memberi keterangan mengenai apa lagi cina mahu.

"Apa lagi Cina mahu? dalam langkah yang dilihat
sebagai percubaan untuk mencorakkan
keputusan Pilihan Raya 2013 sebagai undi Cina
lawan undi Melayu.
Najib juga menerangkan "Jika kaum cina yang bekerja sebagai penjawat
awam tapi menentang kerajaan,memberi undi pada pakatan rakyat,apa lagi
yang mereka mahukan jika tidak memilih BN,Siapa lagi yang mereka
harapkan,ujar dato seri ketika ditemu ramah.

Proses perdamaian kebangsaan yang dijanjikan
oleh Najib, nampaknya indah khabar dari rupa
dan lebih merupakan cakap-cakap kosong!
Ini kerana Najib mempertahankan serangan
Utusan Malaysia terhadap komuniti Cina kerana
menyokong DAP.
Beliau mendakwa parti pembangkang yang
dikuasai Cina itu telah menyesatkan Cina ke
polarisasi kaum yang lebih besar menjadikan
mereka berfikir mengundi parti itu akan
membawa kepada perubahan kerajaan.
Namun, pandangan Najib telah dibantah oleh
bekas timbalan menteri Umno Datuk Saifuddin
Abdullahdan dan juga bekas
ketua pengarang kumpulan akhbar milik Umno
New Straits Time, Datuk A Kadir Jasin.
Datuk Saifuddin berkata, Saya tidak bersetuju
dengan tajuk "Apa lagi Cina mahu?" dalam
Utusan Malaysia hari ini.Kita perlu bijak apabila
menilai keputusan pilihan raya umum ke-13.
Saya kalah tetapi saya tidak menyalahkan
sesiapa.
Sementara itu, semalam, bekas ketua pengarang
kumpulan akhbar milik Umno New Straits
Times,Datuk A Kadir Jasin
mengatakan kelemahan BN dalam Pilihan Raya
2013 menunjukkan penolakkan dari seluruh
rakyat Malaysia dan bukan hanya dari minoriti
Cina.

"Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan
tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi
tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan
realiti baru, khasnya di kalangan pengundi
muda?" kata bekas ketua pengarang kumpulan
News Strait Times Press semasa era pentadbiran
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan di
blognya yang bertajuk, "Keputusan PRU13-
Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?"
semalam.

Menurut Kadir, pencapaian BN dalam Pilihan
Raya 2013, lebih buruk daipada 2008. Kerusi di
Parlimen jatuh daripada 140 kepada 133.
Manakala bagi kerusi DUN, BN merosot daripada
306 kepada 274 walaupun dapat menawan
semula Kedah dan mengesahkan penguasan ke
atas Perak.

Kadir mengatakan gabungan 13 parti itu bukan
sahaja mendapat kurang kerusi daripada 222
kerusi Dewan Rakyat dan 12 Dewan Undangan
Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya 2013
berbanding 2008, akan tetapi turut kehilangan
undi popular buat pertama kali semenjak 1969.

Tuesday, May 7, 2013

Kebimbangan Tun Mahathir terhadap Dominan DAP dalam PR

Tun Dr Mahathir Mohammad melahirkan kebimbangan yang amat tinggi
terhadap dominan DAP yang memenangi 38 kerusi Parlimen sekaligus
mengatasi PKR 30 kerusi dan PAS 21 kerusi.Peningkatan dominan DAP
dalam pakatan rakyat sekaligus membolehkan DAP menerajui PR namun,DAP
menetapkan bahawa PKR yang dipimpin oleh Dato Seri Anwar Ibrahim akan
tetap menerajui pakatan rakyat tanpa syarat.

Apa yang paling merisaukan UMNO adalah di atas kemenangan calon PKR di
bahagian Pandan(N-21 cempaka,N-22 teratai) Mohd Rafizi Ramli dengan
keputusan undian sebanyak 48,183 majority masyarakat cina,melayu
menang sekaligus mengatasi calon BN(MCA) Lim Chin Yee cuma mendapat
undian sebanyak 21,454 sahaja dan melenyapkan persepsi anti melayu di
kawasan tersebut.Peratus undian di Parlimen Pandan adalah 83,857
iatitu 113% mewakili bangsa cina 48% bangsa melayu 44% dan bangsa
india 7%.

Purata kerusi parlimen yang dimenangi PR adalah 89 kerusi bertambah
kepada 7 kerusi berbanding PRU12 pada 2008,PR hanya memenangi 82
kerusi parlimen,suatu peningkatan yang amat baik manakala BN pula
menurun 133 kerusi berbanding pada PRU12 2008,BN memenangi 140 kerusi
parlimen,sama juga dengan kerusi DUN yang menurun pada 275 pada PRU13
berbanding pada PRU12 2008,BN memenangi 344 kerusi DUN.

Reputasi PR semakin melonjak dari tahun ke tahun yang memenangi 161
kerusi DUN pada PRU12 ke 230 kerusi DUN pada PRU13.
Kerisauan Tun Mahathir memang ada logiknya sebab Datuk Seri Najib
adalah seorang Perdana Menteri yang gagal meskipun beliau telah diberi
mandat untuk mengangkat sumpah menjadi PM Malaysia yang ke 6 dalam 2
sesi pentadbiran beliau,namun ianya tidak akan dapat mengubah persepsi
rakyat bahawa Najib seorang yang gagal.

JUMLAH UNDIAN SELURUH MALAYSIA

PRU12 : BN 4.0 JUTA - PR 3.7 JUTA
PRU13 : BN 5.3 JUTA - PR 5.6 JUTA

KERISAUAN TUN MAHATHIR AKAN MENYEBABKAN UMNO DIPANDANG SEBAGAI MELAYU RACIS
MELAYU RACIS ATAU CINA YANG RACIS...Baru baru ini,di sebalik
kebimbangan beliau bahawa akan terulangnya tragedi berdarah 13 MEI
1969 adalah sebuah propaganda untuk menakutkan kaum bumi melayu di
semenanjung Malaysia kononnya Lim Kit Siang dituduh sebagai dalang
yang menyebabkan suatu pergaduhan kaum antara kaum cina dan melayu
yang bermula dari perarakan parti DAP yang memenangi 22 kerusi pada
pilihanraya tersebut,maafkan saya sekiranya info kurang tepat,PAS
hanya memenangi 19 buah kerusi dan ekoran dari kemenangan DAP,para
penyokong DAP mengadakan perarakan jalanan di Kuala Lumpur melalui
perkampungan kaum Melayu dengan membawa penyapu seolah olah mahu
mengusir penduduk asal di situ,pergaduhan meletus dan mengorbankan
banyak kaum cina dan akhirnya LKS ditahan dan dituduh sebagai dalang
tragedi tersebut,antara saksi yang mengatakan bahawa LKS tiada di
lokasi pergaduhan semasa peristiwa tersebut adalah Tamrin Ghafar,anak
kepada mantan perdana menteri Malaysia "Lim Kit Siang tidak berada di
Kuala Lumpur semasa pergaduhan pada 13 MEI 1969,mereka sengaja membuat
tuduhan semata mata untuk menakutkan orang melayu."

TIDAKKAH KERISAUAN TERSEBUT TERLALU RASIS.

Selepas peristiwa 13 MEI 1969 berlaku, Peristiwa MEMALI PULA MENYUSUL
pada tahun 19 NOVEMBER 1985 negara sekali lagi digemparkan dengan isu
penghapusan kaum melayu islam memali yang berlaku di Mukim
Siong,Baling,Kedah,pembunuhan atau operasi hapus oleh pihak Polis
tersebut mengorbankan lebih 100 orang yang tidak berdosa,kejadian
berpunca akibat salah faham dan kalau kita lihat politik di masa
dahulu memang lebih ekstrim dimana pusat mengaji pondok diserang dan
dituduh sebagai sarang pelampau pengganas yang dikhuatiri akan
menghancurkan Malaysia,saya bukan nak salahkan puak Allahyarham
Ibrahim Libya,malah saya junjung tinggi beliau sebagai pejuang
memali,sama sama kita doakan agar mereka yang terkorban akan
ditempatkan dikalangan orang yang mulia lagi bertaqwa disisinya.Polis
memang tidak wajar dipersalahkan namun,segelintir daripada polis yang
bertugas semasa menyerang kampung itu dikhabarkan kini menjadi
gila,sewel,mamai.
Allah telah menunjukkan kekuasaan dan kebesarannya,namun kini,pembunuh
itu masih bebas,dalang itu sentiasa mengapi apikan api perkauman di
Malaysia,wallahualam.

ISU PENGGANAS DI LAHAD DATU AKAN MENYUSUL

Kini,disebalik kelemahan UMNOBN,maka ramai pihak UMNO menyuarakan agar
masyarakat melayu islam dinasihatkan supaya bersatu,Persoalan saya
disini ialah adakah UMNO jenis yang tak tahu malu ataupun mereka jenis
melayu bodoh ? Setelah apa yang mereka lakukan,menyebar keaiban yang
ternyata fitnah terhadap PAS,layakkah UMNO menyuarakan pendapat
sedemikian,UMNO sudah terlalu lemah hingga merayu simpati dan mengapi
apikan perkauman yang menggambarkan mereka sudah terlampau racis tahap
gila babi.

Sekian dari saya.

Saturday, May 4, 2013

PAS akan pastikan Melayu Islam terbela dalam PR

KUALA LUMPUR: PAS memberi jaminan
akan mempastikan Islam dan Melayu terbela
sepenuhnya dalam Pakatan Rakyat jika ia
mendapat mandat mentadbir negara selepas
pilihan raya umum ke 13 ini.
Jaminan ini diberikan oleh dua pemimpin
tertinggi PAS iaitu Mursyidul Am Tuan Guru
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden
PAS, Datuk Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Nik Mat dalam kenyataan berasingan
mereka.
"Saya dengan ini, memberi jaminan
seutuhnya sekiranya Pakatan Rakyat
menguasai Putrajaya, maka PAS akan terus
menjunjung kemuliaan Islam dan
memastikan kedaulatan Raja-Raja Melayu
sebagai tunjang kepada sistem Raja
Berperlembagaan," kata Tuan Guru Nik Aziz
dalam kenyataannya.
"PAS akan memastikan kepentingan Melayu
dan Islam terjaga dengan baik dalam
Pakatan Rakyat tanpa sedikitpun
mengganggu atau bertindak tidak adil
kepada mana-mana pihak," kata Tuan Guru
Abdul Hadi pula dalam kenyataannya.
"Maka kewujudan agensi dan entiti seperti
UITM, MARA, Tabung Haji dan lain-lainnya
akan terus diperkukuhkan sesuai dengan
tuntutan masa untuk menghadapi cabaran
yang semakin sengit di dunia luar," tegas
beliau lagi.
Berikut adalah kenyataan penuh mereka
berdua:
KENYATAAN MEDIA MURSYIDUL AM PAS
Bismilllahir-Rahmanir-rahim.
Assalamu'alaikum waramatullahi wa
barakatuh.
Saudara saudari pengundi sekelian,
Dalam masa kurang dari 48 jam dari
sekarang, kita akan melalui satu proses
demokrasi bagi menentukan parti manakah
yang akan memegang tampuk pemerintahan
negara untuk tempoh 5 tahun akan datang.
Pada penghujung tempoh berkempen ini,
saya yakin saudara saudaritelah menerima
pelbagai bentuk maklumat mengenai
tawaran-tawaran dari Barisan Nasional
mahu pun dari Pakatan Rakyat, sama ada
melalui media arus perdana atau media baru
seperti Facebook, Blog, Twitter dan
sebagainya.
Berdasarkan perkembangan kempen selama
dua minggu ini, maka saya dengan rendah
hati merayu agar saudara saudari sekalian
dapat mengundi calon-calon Pakatan Rakyat.
Jika di Dun/Parlimen itucalon PAS, maka
undilah PAS. Begitulah di mana Parti
Keadilan Rakyat (PKR) bertanding, undilah
PKR dan di mana ada calon DAP, maka
undilah DAP.
Atas semangat pemuafakatan tahaluf siasi,
PAS, PKR dan DAP sedia menjadi pilihan
terbaik dari apa yang Barisan Nasional
lakukan selama 55 tahun memerintah
Malaysia.
Justeru PAS sebagai sebuah parti politik
yang memperjuangkan politik Islam, sudah
tentu PAS tidak akan berganjak seinci pun
dalam memelihara kesucian agama Islam.
Atas penegasan ini, maka PAS sedia
menawarkan peranan yang lebih besar bagi
menjamin kedudukan Islam sebagai agama
Persekutuan. PAS sedia memastikan
kedudukan Islam dimartabatkan
sebagaimana yang diperuntukkan di dalam
Perlembagaan Negara. Ini telah dibuktikan
sepanjang sejarah perjuangan PAS sejak dari
dahulu lagi––PAS tanpa rasa kekok atau
apologetik––PAS sentiasa meletakkan
kesucian Islam pada kedudukan yang paling
tinggi di dalam perjuangan kami.
Saya dengan ini, memberi jaminan
seutuhnya sekiranya Pakatan Rakyat
menguasai Putrajaya, maka PAS akan terus
menjunjung kemuliaan Islam dan
memastikan kedaulatan Raja-Raja Melayu
sebagai tunjang kepada sistem Raja
Berperlembagaan. Hal ini penting, tatkala
Sistem Beraja dicabar oleh beberapa
pindaan Perlembagaan sejak 80-an lagi,
PASlah satu-satunya parti yang konsisten di
dalam mempertahankan sistem
Raja Berperlembagaan ini di hadapan
rakyat. Natijahnya, PAS sedia memastikan
institusi Raja terus disanjung, seiringan
dengan kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai
institusi bersejarah di tanah air tercinta ini.
Oleh itu PAS akan terus memelihara
keluhuran Perlembagaan sebagai undang-
undang dasar yang paling tinggi di dalam
sistem pemerintahan Negara, dan tidak rela
perlembagaan itu dimanipulasikan oleh
mana-mana pihak demi agenda politik
tertentu. Tekad PAS adalah untuk terus
menjuarai usaha-usaha untuk melindungi
dan mempertahankan hak-hak rakyat,
khususnya orang Melayu dan kaum
Bumiputera sebagaimana termaktub di
dalam Perkara153 Perlembagaan Malaysia.
PAS tidak akan segan silu untuk menjadi
jurubicara rakyat dalam Perkara ini, dan
dalam masa yang sama, memberikan hak-
hak yang adil dan saksama kepada seluruh
kaum-kaum lain sebagaimana peruntukan
yang ada.
Akhir sekali, saya memberi jaminan bahawa
PAS akan terus berjuang untuk
membebaskan penjawat awam dari
cengkaman politik dan mempastikan tiada
seorang pun kakitangan awam menjadi
mangsa politik walaupun mereka
mempunyai kefahaman politik yang
berbeza.
Kita memberi jaminan bahawa tidak ada
seorang pun penjawat awam, termasuklah
15,000 kakitangan KEMAS dan 10,000
kakitangan JKKK di seluruh negara yang
akan dibuang kerja jika Pakatan Rakyat
memerintah negara selepas PRU-13 nanti.
Undilah PAS. Undilah calon-calon Pakatan
Rakyat. Ini kalilah! Ubah!
Kekal Kelantan Ubah Putrajaya.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik
Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS
merangkap Menteri Besar Kelantan
-----------------------------------
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
Sabtu 4 Mei 2013/23 Jamadil Akhir 1434
"JAMINAN PAS TERHADAP KEPENTINGAN
MELAYU-ISLAM DI MALAYSIA"

1. Penubuhan suatu gagasan besar yang
bernama Pakatan Rakyat (PR) oleh Parti
Islam SeMalaysia (PAS), Democratic Action
Party (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)
adalah untuk membawa Malaysia ke satu era
baru, iaitu menolak politik berasaskan
perkauman yang sekian lama di monopoli
oleh parti-parti yang membentuk Barisan
Nasional dan untuk menolak kerosakan
yang telah membarah dalam negara kita ini.
2. Pakatan Rakyat telah bergerak dengan
begitu teguh, di mana kebersamaannya
adalah di asaskan oleh perkara yang
dipersetujui bersama di antara PAS, DAP dan
PKR yang telah diperincikan menerusi
deklarasi-deklarasi Konvensyen PR, Buku
Jingga dan Manifesto yang tidak menindas
hak mana-mana bangsa, agama ataupun
jantina. Hasilnya, PR telah menjadi suatu
muafakat politik yang mampu untuk
menggantikan Barisan Nasional yang sudah
semakin bermasalah untuk menguruskan
negara kita ini.
3. Sehubungan dengan mandat besar
yang kita perlukan dari rakyat dalam PRU-13
ini, PAS sekali lagi ingin memberikan
jaminan bahawa institusi awam yang berkait
rapat dengan kedudukan orang Melayu
beragama Islam dalam negara ini
sepertimana yang termaktub di dalam
Perlembagaan Persekutuan tidak akan
terjejas sedikit pun.
4. PAS akan memastikan kepentingan
Melayu dan Islam terjaga dengan baik dalam
Pakatan Rakyat tanpa sedikitpun
mengganggu atau bertindak tidak adil
kepada mana-mana pihak. Maka kewujudan
agensi dan entiti seperti UITM, MARA,
Tabung Haji dan lain-lainnya akan terus
diperkukuhkan sesuai dengan tuntutan
masa untuk menghadapi cabaran yang
semakin sengit di dunia luar.
5. Berasaskan jaminan PAS ini, maka
rakyat Malaysia yang menjadi pengundi
dalam PRU-13 pada 5 Mei 2013 ini tidak perlu
merasa ragu lagi untuk memberikan undi
mereka kepada Pakatan Rakyat, menerusi
lambang PAS, DAP dan PKR. PAS akan
membalas amanah rakyat untuk bersama
Pakatan Rakyat memuliakan Islam,
meluhurkan Perlembagaan serta
berkebajikan untuk rakyat.

Selamat Mengundi.

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
PAKATAN HARAPAN RAKYAT
ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS

Husam Musa kehilangan Bondanya

Takziah buat beliau dan keluarga beliau,
Sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa agar roh beliau dicucuri rahmat.
Husam Musa mencium tangan bondanya
yang berada di hospital sebelum
berangkat ke Putrajaya sebelum ini bagi
membawa panji-panji Islam di sana.
Ibunya meninggal dunia tengahari ini.

KUALA LUMPUR: Menjelang hari penting
untuk calon PAS Putrajaya, Datuk Husam
Musa esok, bonda beliau Hajah Salma Haji
Idris meninggal dunia tengahari ini.
Solat jenazah untuk Allahyarham akan
disempurnakan selepas solat Asar petang ini
di Masjid Kota, Salor.

"Sama-sama kita doakan Allahyarhamah
ditempatkan di kalangan para anbiya dan
orang-orang yang beriman," kata pembantu
Husam dalam satu kenyataanya pagi ini.

"Dan semoga Datuk Husam sekeluarga terus
tabah mengharungi perjuangan membela
rakyat dan negara. Al-Fatihah," katanya lagi.
Husam sangat rapat dan menyayangi ibunya
itu. Hampir kesemua keputusan besar yang
hendak dibuatnya akan dimaklumkan
dahulu kepada ibunya untuk memohon
restu.

Sebelum menyertai pilihan raya di Putrajaya
Husam telah ke hospital di mana ibunya
sedang mendapat rawatan untuk memohon
restu beliau.