Sunday, June 30, 2013

SPRM Panggil 20 Individu Dan Teliti 400 Fail Dakwaan Rasuah Taib

Lebih 20 individu telah dipanggil manakala 400 fail diteliti berhubung dakwaan kes rasuah melibatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, kata Penolong Pesuruhjaya, Urusetia Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)Lim Bee Kean. Lim berkata 20 individu terbabit dipercayai terlibat dan disebut dalam sebuah video yang dimuat naik di dalam 'YouTube' serta dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan Taib.

"Bagaimanapun siasatan telah bermula sebelum video tersebut didedahkan iaitu sejak Jun 2011. " katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPRM di sini, Sabtu. Mac lepas sebuah video bertajuk 'Inside Malaysia's Shadow State' didedahkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di London, Global Witness (GW) yang merakam perbualan antara penyiasat persendirian GW dengan dua sepupu Taib.
Lim berkata bagi mempercepatkan proses siasatan kes berkenaan, sebuah pasukan petugas khas yang dianggotai 10 pegawai SPRM, Jabatan Peguam Negara dan agensi lain telah ditubuhkan dan laporan siasatan akan dikemukakan kepada Peguan Negara bagi tindakan susulan. Katanya apabila siasatan selesai dan keputusan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Panel Penilaian Operasi (PPO) akan dimaklumkan tentang status kes.
"PPO adalah panel bebas yang berperanan melihat aspek ketelusan dan kebebasan SPRM dalam setiap tindakan siasatan yang dijalankan. "Panel ini dianggotai individu daripada pelbagai latar belakang profesional dan mereka dilantik mewakili masyarakat atas kepakaran dan mewakili badan profesional yang bersesuaian bagi membolehkan mereka memainkan peranan dengan berkesan," katanya.
Lim berkata SPRM juga dipantau Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) yang diwujudkan secara perundangan mengikut Seksyen 12 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 bagi memastikan perjalanan dan fungsi SPRM mengikut peruntukan yang ditetapkan.
JKMR dianggotai wakil Dewan Rakyat dan Dewan Negara daripada pelbagai parti politik seperti Barisan Nasional, DAP, PAS dan PKR, katanya. Justeru, beliau menjelaskan SPRM tidak pernah berhenti daripada menjalankan siasatan berkaitan kes itu.
Katanya siasatan kes itu dijalankan tanpa gentar atau pilih kasih, secara bebas, telus serta profesional malah SPRM mendapat kerjasama daripada semua individu termasuk Taib. Beliau berkata pendirian SPRM adalah konsisten sepanjang masa tanpa mengira latar belakang dan pangkat individu yang disiasat.
"Sebagaimana kes-kes sebelum ini, SPRM tidak akan mendedahkan apa-apa butiran siasatan dan ia selaras dengan Seksyen 29(4) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang memperuntukkan bahawa kandungan setiap aduan hendaklah dirahsiakan dan hanya boleh didedahkan di mahkamah," katanya.
Namun, katanya, memandangkan kes ini melibatkan banyak dokumen dan pihak, kemungkinan siasatan akan mengambil masa dan siasatan akan berterusan bagi mengumpul bukti serta keterangan dengan perkembangan terbaru. - BERNAMA

Pasangan Kekasih Memadu Asmara Di Tempat Awam

Seorang pelayar web Stomp, Nur Ilham telah terserempak dengan pasangan ini di tempat letak kereta bertingkat di Blok 34A Lebuh Marsailing sedang memaduasmara dikawasan awam. Apa yang mengejutkan beliau adalah,tindakan remaja perempuan itu yang telah menanggalkan baju dan branya. Remaja perempuan itu kemudiannya berbaring dan membiarkan tubuhnya diraba oleh si lelaki itu. Beliau berkata, "Ibu saya ternampak pasangan ini pada jam 5 petang ketika beliau sedang menjenguk keluar menanti abang saya pulang ke rumah.
"Pada mulanya, pasangan itu hanya berbual-bual sehinggalah mereka mula berciuman.
"Pada ketika itu, kami tidaklah ambil peduli kerana memikirkan itu adalah tempat awam, dan takkanlah mereka mahu lakukan lebih dari itu. Malangnya memang itu yang berlaku apabila mereka mula bercium dengan penuh bernafsu dan si perempuan mulamenanggalkan baju dan branya.
"Terus saya dapatkan kamera dan mula menangkap gambar aksi mereka.
"Perempuan itu berbaring di atas lantai yang kotor dan si lelaki itu terus meratah tubuh perempuan itu dengan tangannya.
"Mereka berhenti beberapa ketika sambil memerhati sekeliling, dan peliknya mereka tidak perasan kepada kami.Mereka terus melakukan aksi panas tersebut hampir sejam.
"Mujur juga ibu saya rabun jauh, jadi dia tidak dapat memastikan apa yang sedang berlaku sebenarnya.
Sudah menjadi trend sekarang di Singapura apabila banyak pasangan-pasangan berani melakukan aksi-aksi lucah di tempat awam. Ibu bapa harus memantau kegiatan anak-anak mereka. -Informasi

Monday, June 24, 2013

Pegawai Polis Cedera Ditumbuk Peserta

Pegawai Polis cedera dirempuh dan ditumbuk,saya dimaklumkan bahawa Polis melakukan sekatan di kawan yang tak sepatutnya dan ini bakal mengundang kemarahan peserta,kalau kita melihat di jalan,di hadapan bangunan Parlimen di mana tempat mereka berbaring,Polis kelihatan begitu dekat dengan jarak peserta yang berdemo,saya tak salahkan peserta,saya cuma hairan,kenapa Polis begitu dekat mengawasi para peserta ?

Keadaan di kwasan simpang masuk ke Parlimen menjadi kecoh secara tiba2 bilamana sekumpulanpeserta merempuh penghalang jalan menuju ke Parlimen. Ekoran itu 33 org ditangkap (termasuk 10 org yg menyerah diri di lokasi). Jumlah sebenar dan butir2 tangkapan akan disemak semula dn dimaklum kemudian. Kesemua tangkapan di bawa ke Central Lock up Jinjang. Semasa berlaku kekecohan seorg pegawai polis Insp Aswad (peg penyiasat IPD Sentul) cedera di muka akibat ditumbuk.

Terkini : Boikot Menuntut Pengarah SPR MELETAK JAWATAN

Terkini di hadapan Bangunan Parlimen Kuala Lumpur,sebahagian daripada peserta #BLACKOUT telah melancarkan bantahan supaya Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof meletakkan jawatan serta-merta bukannya dengan menyatakan kekecewaannya terhadap dakwat kekal. Dalam situasi Pakatan Rakyat(PR)meraih undi popular melebihi Barisan Nasional (BN) dan BN terus kekal memerintah, adalah sesuatu yang sangat mengaibkan jika perjalanan pilihan raya dipersoalkan ketelusannya padaPRU13 lepas. Kegagalannya diakui sendiri oleh Pengerusi SPR.
Saya juga berharap agar beliau meletakkan jawatan dan berhenti dari terus menipu rakyat.

Sunday, June 23, 2013

Kisah Benar - Penganut Syiah Berzina Sesama Adik Beradik !

Kalau kita lihat apa yang berlaku di Malaysia sekarang,Penganut agama syiah semakin hari semakin ramai,malah puak puak ini sudah berani menonjolkan diri dan mengaku syiah,di sini,sedikit sebanyak terkisah sebuah kisah dimana seorang penganut Syiah di Indonesia yang sangat benci ketika ada orang yang mengutuk Syiah dan sekarang ini dia sangat benci dengan Syiah.Ditanyakan kenapa boleh jadi demikian. Dia menjawab, ketika dia menuntut ilmu di Iran, dia mempunyai sahabat iaitu orang tempatan Iran dan sudah tentunya akidahnya adalah Syiah.Sahabatnya itu memperkenalkan suatu tempatyang setiap malam Jumaat selalu dijadikan sebagai tempat nikah mut'ah. Sahabatnya itu kerap datang ke tempat tersebut. Tapi ada suatu yang ganjil dari proses nikah mut'ah tersebut. Setiap malam Jumaat, semua lampu dalam hotel tersebut dimatikan. Alasan pemilik hotel, supaya masyarakat yang melakukan nikah mut'ah di tempat tersebut tidak saling mengenali dan jika bertemu di siang hari tidak malu.
Si sahabatnya itu ingin tahu. Sudah beberapa kali dia nikah mut'ah namun tidak mengetahui dengan siapa dia bersetubuh.Kemudian dia mempunyai idea pada saat ijab-qobul (dalam suasana gelap), dia memberi cincin sebagai mas kawin dan agar selalu dipakai oleh wanita tersebut. Setelah aqad persetubuhan selesai, dia pulang ke rumah nya dan wanita itu menunggu menjelang siang hari untuk pulang.Pada awal pagi dia pergi ke hotel tersebut dan mencari wanita-wanita yang dia mut'ahi pada malam harinya.
Dia mencari perempuan yang memakai cincin dan setelah dapat dapat dia mengesan dan membuka hijab perempuan tersebut, dia sangat terkejut,Wanita yang disetubuhinya semalam adalah adiknya sendiri yang juga sedang menuntut pengajian di situ.
Dari peristiwa hitam tersebut dia sangat menyesal, dan begitu merasa bersalah. Setelah kejadian tersebut banyak yang terbongkar dengan siapa mereka mut'ah (bersetubuh), ada yang bersama sepupunya, bahkan ada yang bersetubuh dengan ibunya sendiri. Naudzubillah. Diterjemah dari sumber islampos.com

Saturday, June 15, 2013

Cara Yahudi Bunuh Bayi Melalui Khatan

Cara Yahudi Bunuh Bayi Melalui Khitan
Bagi kaum lelaki yang beragama islam
diwajibkan melakukan sunat atau khatan
melalui cara-cara yang diajarkan nabi
Muhammad SAW. Ternyata tidak hanya umat
Islam, di kalangan umat Yahudi pun, dikenali
juga ritual khatan. Tentu saja dengan cara
mereka sendiri.

Namun beberapa waktu lalu, ritual berkhatan
ala Yahudi dilaporkan telah menyebabkan
beberapa orang bayi di New York, Amerika
Syarikat, menderita penyakit herpes yang
berbahaya bagi keselamatannya.

Bahkan sebuah laporan menyebutkan, dalam 10
tahun terakhir dilaporkan sekurang-kurangnya
dua orang bayi mati akibat tradisi ini, demikian
dilaporkan olehAX VivaNews.

Dalam kenyataan laporan Badan Kawalan dan
Pencegahan Penyakit (CDC) di Jabatan Kesihatan
AS, seperti dilaporkan oleh Al-Arabiya, pada
Khamis 7 Jun 2012 lalu, bayi-bayi tersebut
mengidap jangkitan virus herpes simplex
(HSV-1). Data dari tahun 2000 hingga 2011
menunjukkan enam kes yang sama berlaku juga
di New York City.

Virus ini ditegaskan merebak pada alat kelamin
bayi yang dikhatankan dengan menggunakan
ritual Yahudi. Bayi yang baru lahir dipotong
kulit kemaluannya oleh seorang dukun khatan
atau yang disebut mohel dalam bahasa Bahasa
Ibrani.

Selanjutnya dalam tradisi Yahudi, sang mohel
kemudian menghisap darah pada luka
pemotongan dengan mulutnya. Hal inilah yang
kemudian menularkan HSV-1.

"Penghisapan oral pada luka terbuka berisiko
merebakkan HSV-1 dan patogen lain bagi bayi
yang baru lahir. khatan adalah prosedur bedah
yang memotong sebahagian kulit, teknik ini
harusnya menggunakan alat-alat steril demi
mengurangkan jangkitan," tulisan CDC dalam
Morbidity and Mortality Weekly Report .

Para pakar mengatakan bahawa HSV-1 adalah
jangkitan biasa yang terdapat pada 90 peratus
penduduk. Virus ini menyebabkan demam atau
luka pada mulut, beberapa pada kelamin. Tidak
ada ubat untuk menangkal virus ini.

Bagi orang dewasa, virus ini tidak berbahaya
dan hilang dengan sendirinya. Namun bagi bayi,
jangkitan HSV-1 boleh bermaksud kematian atau
cacat kekal.

Seorang bayi yang terbunuh adalah satu dari
bayi kembar di New York. Dalam pemeriksaan,
kedua-dua bayi kembar mengidap HSV-1.
Namun, bayi yang dikhatankan pertama oleh
mohel telah menyebar virusnya dan
menyebabkan bayi meninggal.

Dalam penyelidikan, tidak ditemukan riwayat
penyakit herpes dari kedua-dua ibu bapa mahu
14 suster perawat bayi tersebut. Namun mohel
yang menyunat bayi kembar itu positif
mengidap HSV-1

Sekitar Himpunan Flasmob,Sogo KL

Seramai 16 peserta 'flashmob' termasuk seorang wanita dan kanak-kanak ditahan sewaktu mengadakan 'flashmob' di hadapan gedung membeli-belah Sogo sekitar jam 2.50 petang tadi. Mereka ditahan sewaktu mengadakan acara tersebut menjelang himpunan Black 505 di Padang Merbok pada 22 Jun ini. Di antara yang terawal ditahan adalah Pengarah Propaganda NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan Menurut seorang pegawai polis memaklumkan bahawa mereka di bawa ke ke Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, dengan kenderaan Black Maria untuk tindakan lanjut. Selepas kenderaan itu beredar, aktivis pelajar Ekhsan Bukharee dan seorang peserta lagi kemudiannya ditahan selepas membuat pengumuman supaya orang ramai berhimpun di depan balai Dang Wangi sebagai tanda solidariti kepada 14 orang yang ditangkap. Mereka dibawa IPD Dang Wangi dengan berjalan dalam keadaan bergari dan diiring dua anggota polis. Penahanan tersebut berlaku selepas kira-kira 30 peserta 'flashmob' berkenaan menyeru orang ramai supaya turun ke himpunan membantah dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum lalu. Mereka berdiri di hadapan gedung Sogo berhadapan Jalan Tuanku Abdul Rahman selama kira-kira 30 minit bermula sekitar jam 2.15 petang. Sebahagian daripada mereka memegang plakad bertulisan 'Pengerusi SPR sila letak jawatan' dan 'Mari turun 22 Jun Blackout'. Kira-kira 30 orang termasuk petugas media kini berada di hadapan ibu pejabat polis ini untuk mengetahui perkembangan lanjut mereka yang ditahan. Aktivis mahasiswa, Adam Adli adalah antara yang menunggu di hadapan balai ketika ini. Seorang peguam, New Sin Yew yang tiba di pintu masuk IPD Dang Wangi itu untuk menemui mereka yang ditahan polis. Anggota polis yang berkawal di pintu masuk tidak membenarkan New masuk atas alasan beliau perlumenunggu arahan pegawai atasan sebelum dibenarkan berbuat demikian. "Saya kenal Eddy secara peribadi dan saya di sini untuk menemui beliau," katanya. Beliau kemudiannya dibenarkan masuk selepas bertegas mahu membuat laporan kerana dihalang mewakili mereka yang ditahan.

Monday, June 10, 2013

Pembuat Bom Dari Malaysia Mati

SEORANG jurucakap Tentera Filipina, Kolonel Marcelo Burgos menunjukkan gambar Zulkifli Abdul Hir pada satu sidang akhbar di Manila semalam. MANILA – Tentera Filipina mendakwa pihaknya telah berjaya membunuh tiga orang militan Islam paling dikehendaki termasuk seorang pembuat bom dari Malaysia, Zulkifli Abdul Hir (gambar) dalam satu serangan udara yang dibantu oleh penasihat tentera dari Amerika Syarikat (AS) semalam. Serangan bom itu dilakukan menjelang subuh di sebuah pulau terpencil di bahagian selatan yang turut menyebabkan 15 orang ahli kumpulan Abu Sayyaf dan Jemaah Islamiah yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda terbunuh. "Ini satu kemenangan besar. Tiga orang pemimpin kanan terbunuh. Ia akan memberi impak yang sangat besar terhadap kemampuan pengganas," kata seorang komander tentera wilayah Filipina, Mejar Jeneral Noel Coballes. Pesawat-pesawat membedil pinggir sebuah kampung di pulau Jolo selepas sumber risikan memaklumkan bahawa kira-kira 30 militan berpangkalan di kampung berkenaan. Tiada tentera darat dikerahkan dalam operasi tersebut. Zulkifli yang juga dikenali sebagai Marwan merupakan seorang warga Malaysia yang didakwa menjadi orang kanan rangkaian pengganas Jemaah Islamiah dan dalang beberapa siri serangan bom di Filipina. Zulkifli juga dituduh menjadi pemimpin Kumpulan Mujahidin Malaysia, sebuah kumpulan mirip Jemaah Islamiah yang mahu membentuk sebuah negara Islam di Asia Tenggara. Pada tahun 2007, AS menawarkan wang sebanyak AS$5 juta (RM15 juta) sebagai ganjaran penangkapan Zulkifli, sekali gus menjadikannya antara orang yang paling dikehendaki oleh AS. Dalam laman web Jabatan Negara AS yang memaparkan maklumat mengenai orang paling dikehendaki kerana aktiviti keganasan, hanya empat orang ditawarkan wang ganjaran tinggi. Antaranya ialah Ketua Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri. Pihak berkuasa Malaysia menyambut baik berita kematian Zulkifli. "Kami mengalu-alukan berita kematian Zulkifli ketika pasukan keselamatan di rantau ini meneruskan usaha menentang militan sepertinya," kata Ketua Gerak Khas Malaysia mengenai keganasan, Ayob Khan Mydin Pitchay. Tentera Filipina memberitahu antara yang terbunuh dalam serangan sama ialah Abu Pula, juga dikenali sebagai Doktor Abu dan Umbra Jumdail, salah seorang pemimpin utama organisasi militan Abu Sayyaf. Abu Sayyaf didakwa melakukan serangan-serangan pengganas terburuk di Filipina termasuk meletupkan sebuah feri di Manila yang membunuh lebih 100 orang, selain banyak kes penculikan di kawasan terpencil di selatan yang dihuni majoriti penduduk Islam. – Agensi

Sepucuk Surat Dari Mangsa Rogol Tentera A.S

Sepucuk Surat Dari Fatimah Mangsa Rogol Tentera Amerika Yang Bangsat! | Pada hari Sabtu sekitar jam 12:25 tengah hari, pejuang mujahiddin telah melancarkan serangan ke atas penjara Abu Gharaib di selatan Baghdad. Serangan tersebut bagi menyahut seruan yang dibuat melalui sepucuk surat yang dikirimkan oleh seorang tahanan wanita yang bernama Fatima yang merayu agar pejuang mujahiddin mengambil tindakan. Surat Fatima, sepucuk surat yang ditulis tangan (oleh darah), baru-baru ini telah diseludup keluar dari Abu Gharaib. Fatima adalah adik kepada salah seorang pejuang mujahiddin di kawasan berkenaan. Tentara pengganas AS telah menyerbu rumahnya beberapa ketika dulu tetapi gagal menemuinya, oleh itu mereka telah menawan adik perempuannya bertujuan untuk memaksa beliau menyerah diri. Berikut adalah salinan surat Fatima yang disiarkan oleh Mafkarat al-Islam. Surat Fatima : Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya." [Qur'an, Surat 112 "al- Ikhlas"] Saya memilih surah yang suci ini daripada kitabullah kerana ia memberi satu kesan yang besar keatas saya dan ke atas kamu semua dan
ia membawa kesan yang besar dan kesadaran di dalam hati orang-orang yang beriman.

Saudaraku para mujahiddin yang berjuang pada jalan Allah SWT! Apa yang dapat saya katakan kepada kamu semua? Ingin saya nyatakan kepada kamu: Perut kami telah dipenuhi oleh anak-anak haram yang dilakukan oleh para haiwan dan b@bi yang telah memperkosakan kami. Atau saya boleh katakan kepada kamu bahawa mereka telah menelanjangkan kami, meludah ke muka kami dan mengoyak ayat al-Quran yang tergantung pada leher kami? Allahu Akbar! Dapatkah kamu memahami keadaan kami? Adakah benar kamu tidak tahu menahu apa yang telah berlaku kepada kami? Kami adalah adik-adik kamu. Allah SWT pasti akan menyoal kamu mengenainya kelak. Demi Allah, tidak pernah kami melalui satu malam semenjak kami berada di penjara ini tanpa dilompt oleh para haiwan dan b@bi tersebut untuk mengoyakkan tubuh kami dengan rakusnya. Dan kami telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi perawan kami demi kerana takutkan allah SWT. Takutlah kamu kepada Allah! Bunuhlah kami semua berserta dengan mereka! Hancurkanlah kami bersama-sama dengan mereka! Jangan tinggalkan kami di sini untuk dijadikan sebagai bahan melepas nafsu ganas mereka dengan memperkosa kami! Ia merupakan satu tindakan yang boleh menggoncang arasy Allah SWT. Takutlah kepada Allah berhubung dengan kami! Tinggalkanlah kereta kebal dan pesawat mereka di luar sana. Datanglah kepada kami di sini di penjara Abu Gharaib. Saya adalah adik-adik kamu pada jalan Allah (Fatimah). Mereka telah memperkosakan kami lebih dari sembilan kali dalam satu malam. Bolehkah kamu memahaminya ? Bayangkanlah salah seorang daripada adik-adikmu diperkosakan. Kenapa kamu semua tidak boleh membayangkannya, sedangkan saya adalah adikmu. Bersama-sama saya terdapat 13 orang gadis yang lain, kesemua mereka belum berkahwin. Kesemua mereka telah diperkosakan dihadapan mata dan telinga setiap orang. Mereka tidak membenarkan kami menunaikan solat. Mereka membuang pakaian kami dan tidak membenarkan kami memakainya. Semasa saya menulis surat ini, salah seorang daripada gadis tersebut telah membunuh diri. Beliau telah diperkosa secara rakus dan zalim. Seorang tentara telah memukul dada dan pinggangnya setelah beliau memperkosakannya. Beliau telah dijadikan mangsa penderaan dan penyiksaan. Beliau telah menghantuk kepalanya ke dinding sehingga beliau mati, kerana beliau tidak dapat menahannya lagi, walaupun membunuh diri adalah haram menurut Islam. Tetapi saya memaafkan gadis tersebut. Saya juga berharap agar Allah SWT mengampun segala dosanya, kerana Dia adalah Maha Pengampun! Saudaraku! sekali lagi ingin saya katakan, takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati keamanan. Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah! [Wa Mu'atasima!] Sebaik sahaja selepas itu, lebih kurang seramai 100 pejuang mujahiddin melancarkan serangan besar-besaran ke atas penjara Abu Gharaib, memaksa tentera kafir AS berselindung di dalam berek mereka dalam kawasan penjara. Pejuang mujahiddin telah melancarkan mortar 82mm dan 120mm ke arah tentera kafir Amerika. Orang ramai berkumpul secara beramai-ramai di luar penjara, bimbang jika mortar tersebut mengenai para tawanan yang berada di dalam penjara tetapi mereka telah diberi jaminan oleh pejuang mujahiddin yang berkata bahawa mereka tahu kedudukan penjara tersebut. Wartawan Mafkarat al-Islam di Baghdad melaporkan bahawa pejuang mujahiddin telah berjaya memusnahkan sebahagian besar dinding penjara, menyebabkan lubang sebesar empat meter di dalam dan di luar pagar yang mengelilingi penjara tersebut. Nasib Fatima dan lain-lain gadis bersamanya masih belum dapat diketahui. Pada nota terakhir, seorang individu telah menjawab surat Fatima semalam dalam halaman web Ansar dengan menulis: "Maaflah adikku, kami bukanlah lelaki yang sebenarnya. Hanya lelaki yang sebenar sahaja boleh menjawab tangisan kamu memohon pertolongan. Kami tidak mempunyai bekalan yang cukup beberapa hari ini. Maaf sekali lagi, wahai adikku." Komen seperti inilah yang menunjukkan betapa kurangnya maruah dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini. Kami di LADANG WEB telah beberapa kali mendedahkan perbuatan perkosaan ke atas gadis Islam oleh tentera Salib Amerika (yang masih dianggap wira oleh kebanyakan umat Islam di dunia ini) semenjak mereka memijakkan kaki mereka ke bumi Iraq, tetapi tidak dipedulikan. Kami merasa amat kecewa dan gagal menerima surat seperti yang dituliskan oleh Fatima sebelum ini, kerana kami tahu lebih ramai lagi Fatima yang telah diperkosa di penjara di Iraq dan Afghanistan dan ramai lagi adik-adik perempuan atau anak-anak perempuan kita yang diperkosa dengan zalim dan mereka tidak dapat melawannya. Apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadikan suara-suara mereka dapat didengar dan di manakah wira- wira Islam untuk mempertahankan maruah mereka ? Sebelum ini, pada satu ketika dulu, keagungan dan dan maruah telah diintegrasikan ke dalam kehidupan umat Islam sebagai sebahagian dari sistem Islam yang sempurna dan syumul. Sebagai contoh, seorang lelaki telah mengikat hujung pakaian seorang wanita Islam kepada kerusi semasa beliau sedang membeli belah dan apabila beliau bangun, sebahagian daripada kemaluannya telah terdedah. Beliau menjerit, "Wa Mu'atasima", dan seruannya telah sampai kepada pengetahuan khalifah. Khalifah telah menulis surat kepada ketua gereja dengan berkata:
"Kepada anjing Rome, saya akan datang kepada kamu dengan tentara-tentara kami di mana barisan hadapannya berada di pintu- pintu kami dan barisan belakangnya berada di sini." Inilah merupakan maruah dan keagungan yang bertindak ke atas sesuatu tindakan yang tidak sampai kepada tahap perkosaan. Mereka telah menghantar satu bala tentera dan bukannya 100 pejuang. Hari-hari tersebut merupakan hari di mana seorang muslim sejati dapat dicari. Nilailah diri anda dan dimanakah kedudukan iman anda.

Gadis Dirogol Dan Digantung

Gila dan Kejam Gadis Ini Dirogol selepas itu Di
Gantung Berbogel | Negara Amerika Latin aku
tengok semakin hari keruntuhan moral begitu
dashyat. Keruntuhan negara bukan kerana
peperangan atau kebuluran tetapi keruntuhan
muda mudi yang akan menyebabkan
kehancuran sesebuah negara dengan erti kata
yang sebenarnya bala Allah yang dihantar.
Sekarang nie aku tengok kat Malaysia pun
tidak kurangnya dengan berita yang
menakutkan seperti pembunuhan bersenjata
yang berlaku akhir-akhir ini.
Di mana silapnya berlaku bencana ini, ini
kerana masyarakat telah menolak Al- Quran
dan Al-Hadis. Teringat aku sepotong Hadis
yang selalu di baca di mimbar Jumaat iaitu
kamu tidak akan sesat dan tidak sesekali akan
terpesong jika kamu berpegang kepada 2
perkara iaitu Al- Quran dan Al -Hadis.
jom layan berita ini kejadian yang berlaku di
Brazil:
Orang awam yang sedang berjogging awal pagi
terkejut bila menjumpai mayat seorang
perempuan tergantung dalam keadaan bogel.
Gadis berusia 22 tahun itu dirogol, kemudian
dicekik sampai mati dan kemudian digantung
di dataran awam.
Penyerang telah menggunakan seluar jeans
untuk menggantung mangsa. Menurut pihak
polis, besar kemungkinan yang membunuhnya
adalah dari kenalan rapat. Suspek utama ialah
teman lelaki mangsa. Kejadian ini berlaku di
Brazil.

Sunday, June 9, 2013

Orang Utan Dijadikan Pelacur Di Indonesia

Gambar Orang Utan Di Jadikan Pelacur Di Indonesia-Pony merupakan seekor Orang Utan
betina yang telah dijumpai di perkampungan pelacur di Kepulauan Borneo, Indonesia. Ketika dijumpai, seluruh tubuh Pony telah dicukur dan terdapat kesan gigitan nyamuk yang banyak pada badannya.

Pony telah ditangkap dan dicukur bagi membuatkan ia lebih cantik dan dilanggan oleh lelaki yang mengunjungi perkampungan tersebut. Apabila lelaki mendekatinya, Pony akan membelakangkan pelanggannya dan membuat aksi seolah-olah sedang melakukan seks. Pony dipercayai telah ditangkap sejak kecik dan telah dilacurkan oleh seorang yang dikenali sebagai Madam. Ketika pihak Orangutan Survival Foundation mendapat tahu akan perkara ini, penduduk kampung berkenaan telah menghalang daripada Pony diselamatkan kerana Pony merupakan salah satu sumber pendapatan penduduk kampung tersebut. Selama setahun pihak Orangutan Survival Foundation cuba untuk menyelamatkan Pony tetapi gagal kerana setiap kali pihaknya datang ke kampung tersebut, Madam dan penduduk kampung tersebut akan bersedia dengan sumpit beracun dan mengugut untuk menyerang sesiapa sahaja yang mendekati Pony. Tidak berputus asa, pihak Orangutan Survival Foundation berjaya mengumpul dana dan membawa 35 anggota polis yang lengkap bersenjatakan AK-47 dan memaksa pihak Madam menyerahkan Pony. Akhirnya Pony berjaya diselamatkan dan dirawat di kawasan hutan simpan.

Friday, June 7, 2013

Mumia 700 Tahun Masih Sempurna

Terdapat satu laporan di mana ada penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan ditemukan ketika pekerja sedang membina sesuatu di China bahagian Timur. Apa yang luar biasa adalah keadaan tubuh mumia yang masih sangat baik. Dikatakan ia milik perempuan pejabat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di kota Taizhou, Daerah Jiangsu.
Arkeologi China terkejut bagaimana utuh keadaan kulit, rambut, alis, dan wajah mumia itu. Seakan-akan dia baru meninggal beberapa tahun lalu. Ia mengenakan pakaian dari sutera yang masih terawat. Mumia tersebut ditemukan di dalam keranda kayu di kedalaman dua meter dari permukaan tanah. Apa yang ia pakai dan bagaimana keadaan dirinya memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu China. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, boleh disebutkan mumia ini sangat lengkap dan baik. Adakah ia seorang Islam? Kerana Dinasti Ming dikatakan sebuah kerajaan Islam.

Adalah dipercayai bahawa Chu Yuan Chang, pengasas kerajaan Ming itu
ialah seorang Islam. Baginda menggunakan gelaran Maharaja Hung
Wu,seorang Islam dari keturunan Semu (semitik) yang telah datang ke China dalam zaman Yuan. Permaisurinya iaitu Ratu Ma Hou jelas beragama Islam kerana baginda berasal daripada keluarga Ma di An Hui. Setelah menawan Nanking, Chu Yuan Chang telah mendirikan sebuah masjid
jami'. Masjid ini dinamakan Masjid Chin Juieh
yang bermaksud 'Pencerahan Murni'.
Bahkan baginda sendiri telah menulis sebuah sajak untuk diabadikan pada dinding masjid yang dibinanya itu. Ibrahim Tien Ying Ma, bekas mufti Peking (Beijing) dan salah seorang pegawai Republik China sebelum China jatuh ke tangan Komunis pada tahun 1949, telah menyatakan bahawa Dinasti Ming itu memang sebuah kerajaan Islam. Beliau menjelaskan bahawa 'Ming' bermaksud 'gilang-gemilang atau
terang-benderang'.[AP]

Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh

Dewan Pemuda PAS
Negeri (DPPN) Pulau Pinang melahirkan
kekesalan atas tragedi runtuhan Jambatan
Kedua yang berlaku lewat petang semalam.
DPPN Pulau Pinang difahamkan runtuhan
tersebut berlaku di susur keluar Batu
Maung, melibatkan laluan jalan yang
digunakan oleh orang awam.
"DPPN Pulau Pinang dengan ini mendesak
supaya siasatan segera dilakukan oleh pihak
berwajib bagi mengenal pasti punca kejadian
runtuh jambatan kedua yang pernah
diisytiharkan PM sebagai 'hadiah' BN kepada
rakyat Pulau Pinang ini," ujar Setiausahanya,
Afnan Hamimi Taib Azamudden dalam satu
kenyataan.
Katanya, DPPN Pulau Pinang memandang
serius akan siri-siri tragedi runtuh yang
berlaku dalam negara setelah runtuhan
sebuah masjid di Terengganu baru-baru ini.
Beliau berkata, kerajaan dan pihak berwajib
harus mengambil tanggungjawab
sepenuhnya bagi mengelakkan tragedi
buruk ini terus berulang dan mencemarkan
imej negara.
"DPPN Pulau Pinang percaya bahawa rakyat
Pulau Pinang tidak akan menerima 'hadiah'
yang membahayakan nyawa mereka,"
ujarnya lagi.[HD]

USAHA MENYELAMAT MANGSA SEDANG GIAT DIJALANKAN.
Kejadian stagging konkrit jambatan kedua Pulau
Pinang runtuh. Kerja mencari mangsa yang
tersekat dibawah timbunan besi dan konkrit
sedang giat dijalankan.
Seramai lebih kurang 100 orang pegawai,anggota
bomba serta polis sedang melakukan kerja
menyelamat. Difahamkan beberapa buah kereta
serta mangsa awam masih lagi tersekat dibawah
timbunan besi yang runtuh. Kerja kerja mencari
sedang giat dijalankan. Dijangka kerja kerja
menyelamat akan mengambil masa yang lama
memandangkan banyak runtuhan besi serta
keadaan yang gelap menyukarkan tugas tugas
menyelamat.
Manakala pihak UMNO menuduh kegagalan projek ini adalah disebabkan
oleh Lim Guan Eng, kontraktor di pilih oleh PDC dan
pengerusi PDC ialah Lim Guan Eng
Kontraktor bagi Projek Batu Maung Interchange
yang runtuh ini adalah syarikat Cergas Murni Sdn.
Bhd., merupakan syarikat tempatan yang
mendapat kontrak bernilai RM152.7 juta. Bukan
tanggungjawab Jambatan Kedua Sdn Bhd.

Monday, June 3, 2013

GEMPAR!!!! Blogger UMNO Naik Minyak !

Blogger UMNO menyerang pemilik blog popular Blog Serius melalui print screen di twitter,namun tuduhan melulu blogger UMNO adalah tidak munasabah dan tiada alasan yang kukuh mengatakan blogger itu menghina YDP Agung.

Pssss.......ada komen ? Siapa yang bangang ? Dia atau Obefriend ?
Kalau pasal print skrin UMNO no 1...

3 Maut Dalam Kemalangan di Johor

KULAIJAYA – Tiga maut termasuk seorang
anggota polis sukarelawan selepas terlibat
dengan kemalangan melibatkan tiga buah
kenderaan di KM 24 Jalan Johor Bahru-Ayer
Hitam berhampiran Senai, di sini, malam
kelmarin.
Kesemua yang maut adalah konstabel, Mohamad
Amir Fairuz Mohamad Sobri, 22; dan seorang
suspek, serta seorang pemandu kereta Proton
Iswara yang merupakan warga Indonesia
bertaraf penduduk tetap, Rosde Tukiyo, 48.
Dalam kejadian jam kira-kira 7.40 malam itu,
lapan lagi mangsa yang terlibat dalam
kemalangan terbabit cedera dan kini mendapat
rawatan di Hospital Temenggong Seri Mahajara
Tun Ibrahim, Kulaijaya, di sini, dan dilaporkan
stabil.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Deputi
Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata,
kejadian itu dipercayai berlaku apabila pacuan
empat roda yang dinaiki empat anggota polis
bersama empat suspek hilang kawalan
seterusnya memasuki laluan bertentangan dan
bertembung dengan sebuah bas dan kereta
Proton Iswara.
"Siasatan awal mendapati pacuan empat roda itu
yang sedang membawa empat suspek yang baru
sahaja ditahan atas satu kes kecurian di sebuah
pasaraya menuju ke Balai Polis Senai.
"Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan
kenderaan terbabit dikatakan hilang kawalan
dan termasuk ke laluan sebelah sebelum
berlanggar dengan bas dan kemudiannya sebuah
kereta yang dipandu seorang lelaki warga
Indonesia," katanya mengesahkan kejadian, di
sini, semalam.
Mohad Samuri berkata, mereka yang terbunuh
dihantar ke Unit forensik Hospital Temenggong
Seri Mahajara Tun Ibrahim, Kulaijaya untuk
dibedah siasat sebelum dituntut keluarga
masing-masing.
"Pemandu bas bersama 25 penumpang tidak
mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat
mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan
1987.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang
maklumat diminta menghubungi mana-mana
balai polis berhampiran bagi membantu siasatan
yang dijalankan," katanya.
Sementara itu, seorang mangsa yang tercedera
dalam kemalangan terbabit, Konstabel Shahrin
Midai, 20 berkata, kejadian terbabit berlaku
terlalu pantas, namun bersyukur dirinya
terselamat dalam peristiwa yang tidak disangka
itu.
"Kami baru sahaja selesai menjalankan tugas dan
dalam perjalanan pulang ke Balai Polis Senai
sebelum secara tiba-tiba kami terlibat dengan
kemalangan dan saya terus pengsan.
"Apabila saya sedar sekitar jam 6.00 pagi (semalam), saya sudah terbaring di katil hospital. Saya tahu seorang rakan saya meninggal dunia, tetapi tidak tahu keadaan rakan-rakan lain yang tercedera," katanya. Shahrin yang juga anggota polis sukarelawan
mengalami patah tangan kiri dan cedera di muka
selain menerima enam jahitan di bahagian kepala akibat kemalangan terbabit. – Sinar Harian Online

Sunday, June 2, 2013

Blackberry AngelHack tawar hadiah RM30 ribu

Model menunjukkan telefon pintar BlackBerry
Z10.[BERNAMA]

Blackberry menjalin perkongsian dengan
AngelHack untuk mengendalikan pertandingan
Blackberry-AngelHack Start-Up Challenge Asia
Pasifik, yang menyasar penyertaan usahawan,
pemaju dan peminat teknologi.
Syarikat telefon pintar terkemuka global itu
dalam kenyataannya semalam berkata, peserta
akan bukan saja berpeluang untuk memenangi
telefon pintar BlackBerry Z10 malah turut
memenangi hadiah utama AS$10,000 (RM30,703).
Peserta perlu menghadiri satu acara AngelHack
di Asia Pasifik dan berdaftar pada majlis acara itu.
Pasukan perlu mengemukakan pelan perniagaan
baru pasukan berkenaan termasuk BlackBerry
10 ketika mengemukakan pendaftaran, katanya.
Acara itu akan diadakan di Cyberjaya pada 8
hingga 9 Jun ini.
Selepas mendaftar, peserta perlu membuat reka
bentuk dalam tempoh 30 hari dari acara yang
dihadiri di AngelHack.
Guna tablet BlackBerry PlayBook
Satu permohonan prototaip yang boleh diguna
menggunakan tablet BlackBerry PlayBook atau
platform BlackBerry 10.
Permohonan juga perlu dikemukakan
menggunakan BlackBerry 10 Native atau
pembangun alatan Web atau kerangka sokongan
pembangunan bagi BlackBerry 10.
Peserta akan dibantu oleh pakar BlackBerry
melalui proses pembangunan itu, katanya.
BlackBerry berkata, dua ahli dari setiap pasukan
akan diterbangkan ke BlackBerry Jam Asia 2013
di Hong Kong, bagi mengambil bahagian di
dalam bengkel pementoran oleh mentor
AngelHack dan pakar teknikal dan
pembangunan perniagaan BlackBerry.
Akhirnya, pasukan akan bersaing melawan satu
sama lain di hadapan penonton Jam Asia bagi
memenangi hadiah utama, katanya.

Ibu 7 Anak Dipaksa Melakukan Sex Oral

Y.K. Gajehindran, J.T.Malvin dan P.
Aravinthiran dibawa keluar dari mahkamah
selepas didapati bersalah merogol seorang ibu
kepada tujuh anak di Mahkamah Sesyen Klang,
semalam.[UTUSAN]


KLANG 30 Mei - Seorang ibu tujuh anak dirogol
di dalam semak, dipaksa melakukan hubungan
seks luar tabii dan kemaluannya ditusuk dengan
kayu ketika dalam perjalanan menuju ke kilang
tempatnya mencari rezeki, tiga tahun lalu.
Hari ini, tiga lelaki yang bertanggungjawab
melakukan perbuatan kejam dan tidak
berperikemanusiaan itu menerima balasan
apabila dihukum penjara 28 tahun dan sebatan
antara 14 dan 20 kali oleh Mahkamah Sesyen di
sini.
Hakim Ahmad Fairuz Mohd. Puzi menjatuhkan
hukuman itu terhadap eksekutif akaun, Y.K.
Gajehindran, 26; penghantar surat, J.T. Malvin
Isaac, 24; dan pelajar kolej, P. Aravinthiran, 22,
selepas mendapati mereka bersalah atas
pertuduhan itu.
Menurut hakim tersebut, mahkamah mendapati
kesemua tertuduh gagal menimbulkan keraguan
munasabah terhadap pertuduhan berkenaan
kerana pembelaan mereka bersifat penafian
semata-mata.
Beliau berkata, tertuduh keempat kes itu telah
mengaku bersalah pada 2010 bagi tuduhan
melakukan seks luar tabii terhadap mangsa dan
selepas itu dijadikan saksi pendakwaan.
''Keterangan daripada tertuduh keempat selari
dengan keterangan mangsa dan mahkamah tiada
alasan untuk tidak mempercayai keterangan
mereka,'' ujar Ahmad Fairuz.
Bagi tuduhan merogol mangsa yang berusia 38
tahun itu, ketiga-tiga mereka dipenjara 28 tahun
dan sebatan lima kali setiap seorang.
Gajehindran dan Aravinthiran yang didakwa
memaksa mangsa melakukan seks luar tabii
dipenjara 18 tahun dan sebatan 14 kali manakala
Malvin dipenjara 10 tahun dan sebatan dua kali
bagi tuduhan cuba melakukan perbuatan sama.
Malvin juga dihukum penjara 20 tahun dan
sebatan 10 kali atas kesalahan memasukkan
sebatang kayu ke dalam kemaluan mangsa
sehingga wanita itu terpaksa menerima 10
jahitan.
Kesemua lelaki terbabit turut dihukum penjara
15 tahun dan sebatan lima kali bagi tuduhan
mendatangkan cedera parah kepada mangsa
menggunakan ranting kayu.
Kesemua kesalahan itu dilakukan mereka di
kawasan semak berdekatan Jalan Kebun Nenas
2H/KS7, Bandar Putera Klang di Klang pada
pukul 6.45 pagi, 11 Februari 2010.
Mereka turut dihukum penjara tujuh tahun bagi
kesalahan menculik dan melarikan wanita itu
pada waktu sama di ibu pejabat Tenaga Nasional
Bhd. (TNB) di sini.
Kesemua hukuman penjara diperintahkan
berjalan serentak.
Secara keseluruhan, mereka dipenjara 28 tahun
sementara bagi hukuman sebatan, Gajehindran
dan Aravinthiran, masing-masing disebat 14 kali
dan Malvin 20 kali.
Ahmad Fairuz turut tidak membenarkan
permohonan peguam bela V. Ramavelu yang
mewakili kesemua tertuduh untuk
menangguhkan pelaksanaan hukuman kerana
tiada keadaan istimewa dalam kes itu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azilah Mat dan
Siti Noorbaya Jamil.
Mangsa yang hadir ke mahkamah bagi
membacakan kenyataan impak kesalahan
terhadap mangsa (VIS) berkata, selepas kejadian
ngeri itu, dia tidak keluar dari rumahnya selama
setahun setengah kerana mengalami trauma
yang teruk.
''Saya malu untuk keluar dari rumah, bibir saya
terkoyak kerana dibelasah, saya terpaksa
minum menggunakan straw selama dua minggu
dan mengalami kesukaran untuk makan.
''Apa dosa saya pada mereka sehingga mereka
sanggup memperlakukan saya seperti
binatang?'' katanya sambil menangis.
Mangsa juga mendakwa mengalami masalah
untuk melakukan hubungan intim dengan
suaminya.
Dalam perbicaraan, mahkamah diberitahu,
mangsa ternampak kereta dengan bonet terbuka
dan seorang lelaki berdiri di sebelah kereta
seperti sedang membaikinya.
Lelaki terbabit kemudian berlari ke arah mangsa
lalu mengheretnya masuk ke dalam kereta yang
ada tiga lelaki lain di dalamnya.
Kesemua lelaki tersebut mengoyak pakaiannya,
memaksa dia melakukan seks luar tabii dan
merampas beg tangannya.
Selepas itu, dua daripada lelaki itu pergi ke
mesin pengeluaran wang automatik (ATM)
untuk mengeluarkan wang milik mangsa
manakala dua lagi mengawalnya.
Mangsa kemudian dibawa ke dalam semak dan
dipaksa melakukan seks luar tabii serta
kemaluannya ditusuk dengan kayu sebelum
ditinggalkan di situ.

Saturday, June 1, 2013

Mangsa maut tercampak keluar

Mangsa maut akibat tercampak, manakala
motosikal yang ditungganginya terhumban ke
parit besar laluan tersebut.

[SH]SABAK BERNAM – Seorang pekerja swasta yang
ingin ke tempat kerjanya di Sungai Panchang
Bedena, Sungai Besar, di sini, maut selepas
motosikal yang ditungganginya dirempuh
sebuah kereta Proton Wira, di Kilometer 44
Jalan Teluk Intan-Klang, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, mangsa
Salahuddin Khairi, 23, berasal dari Kampung
Tebuk Pulai tengah, Sabak Bernam, meninggal
dunia di tempat kejadian selepas mengalami
kecederaan parah di kepala dan patah kaki
kanan.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam,
Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata,
mangsa yang menunggang motosikal jenis
Honda EX5 dalam perjalanan dari Sungai Air
Tawar menghala ke Sungai Besar dipercayai
keluar dari simpang sebelah kiri jalan.
"Bagaimanapun, kereta Proton Wira yang dalam
perjalanan menghala ke Sungai Besar tidak
sempat mengelak lalu terus merempuh sebelah
kiri motosikal terbabit," katanya ketika
dihubungi Sinar Harian.
Noor Mushar berkata, akibat rempuhan kuat itu,
mangsa tercampak kurang 20 meter dari tempat
kejadian, manakala motosikal yang
ditungganginya terhumban ke parit besar laluan
tersebut.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke
Hospital Sungai Besar untuk bedah siasat,
sementara pemandu Proton Wira itu hanya
mengalami luka ringan.

Lari tinggalkan kekasih yang sesak nafas

PILU...Bapa mangsa, Mohamad Sahak, 58, (dua
dari kiri) dan isterinya, Maimunah Ismail, 44,
ditenangkan oleh ahli keluarga selepas
melawat jenazah anaknya, Aimi Hamizah
Mohamad, 14, (gambar kecil) di Hospital
Melaka. - Foto Mohd Zaidi Ya'acob


[BH] Melaka Tengah: Kematian seorang pelajar
perempuan Tingkatan Dua di Kampung Solok
Gaung, Ayer Molek dekat sini, Rabu lalu,
dipercayai akibat sesak nafas.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri,
Superintendan P R Gunarajan, berkata
maklumat itu berdasarkan siasatan ke atas
seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang
ditahan polis.
Katanya, mengikut keterangan awal, remaja
yang juga kekasih mangsa, mengaku pergi ke
kawasan semak iaitu lokasi mangsa ditemui
dengan menaiki motosikal jenis Yamaha RXZ.
Temui mangsa malam kejadian
Beliau berkata, suspek tinggal di taman
perumahan sama mengambil mangsa pada
malam kejadian, sebelum ke kawasan semak
terbabit, kira-kira jam 9 malam.
Tidak lama selepas itu, mangsa dikatakan
mengalami sesak nafas dan suspek cuba
memberikan bantuan pernafasan (CPR), namun
gagal. Panik dengan keadaan itu, suspek
bertindak meninggalkan mangsa, katanya pada
sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen
(IPK) negeri, Bukit Beruang di sini, semalam.
BH semalam melaporkan, remaja lelaki itu
ditahan polis bagi membantu siasatan
berhubung penemuan mayat Aimi Hamizah
Mohamad, 14, di kawasan semak, kira-kira
empat kilometer dari kediamannya.
Mayat mangsa yang juga pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Ayer Molek yang lengkap
berbaju kurung ditemui terbaring di atas papan
lapis oleh sekumpulan remaja lelaki kira-kira
jam 7 malam Rabu lalu ketika mereka sedang
bermain bola sepak di tanah lapang
berhampiran kawasan semak berkenaan.
Mengulas lanjut, Gunarajan berkata, suspek
turut bertindak mengambil beg yang
mengandungi buku serta telefon bimbit milik
mangsa, sebelum meletakkannya di surau
berhampiran.
Siasatan masih dijalankan kerana laporan bedah
siasat tidak dapat mengenal pasti punca
kematian mangsa kerana keadaan mayat yang
mereput.
Kita akan menyiapkan kertas siasatan dan
mengambil keterangan suspek sebelum
menyerahkannya kepada pihak pendakwaan
dan menunggu arahan selanjutnya, katanya.
Beliau berkata, suspek direman sehingga 6 Jun
ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan.