Tak dapat pukul tuan punya badan,pukul poster jadi la.
KUALA LUMPUR - Polis hari ini menahan seorang
lelaki berusia 55 tahun kerana bertindak memukul
poster wajah pemimpin negara dengan selipar di
hadapan pintu masuk Kompleks Mahkamah Jalan
Duta di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur,
Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki itu ditangkap oleh
sepasukan anggota yang ke tempat kejadian
selepas mendapat maklumat daripada pusat
kawalan pada kira-kira 11.25 pagi.
Katanya, ketika ditangkap lelaki itu sedang
memegang gambar seorang pemimpin negara dan
memukulnya dengan selipar.
Suspek, yang bertongkat dengan kaki kirinya
bersimen, dikatakan datang berseorangan ke
tempat kejadian pada kira-kira 10.30 pagi.
Lelaki yang dikatakan mempunyai tiga anak itu
kemudiannya dibawa ke Balai Polis Sentul untuk
siasatan.
Ketika dihubungi Bernama hari ini, Ku berkata, lelaki
itu mendakwa bertindak demikian kerana tidak
berpuas hati rumahnya di Sungai Besi, mengalami
masalah paip tandas tidak dipasang, pendawaian
elektrik yang tidak sempurna dan dia tidak
menerima sebarang bantuan kesihatan walaupun
menghidap penyakit kencing manis.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta
Kesalahan Kecil 1995 yang membawa hukuman
denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Ketua Pengawal Keselamatan di
Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Sahit Urit
memberitahu pemberita bahawa sebelum itu
beliau telah menasihati lelaki tersebut supaya tidak
melakukan kekecohan dan keluar dari situ tetapi
tidak dihiraukannya. - Bernama
Bodoh UMNO makin melampau-lampau,haram poster dipukul dan berdosa
jangan
hairan jika fathul Bari kata UMNO macam
Allah......Wallahualam.....Elok dikencing UMNO biar kuyup.
No comments:
Post a Comment