Blog Informasi semasa Malaysia dan luar negara. Selamat datang buat pengunjung dan pembaca setia sekalian,blog MC masih baharu dan kalau tak keberatan sila follow MC dan MC akan followback,terima kasih. Visit www.failluredream.com for Malaysia Greats Views of ethnick,cultural,news and tourism information...Thank you.
Monday, September 9, 2013
OPS CANTAS - GAMBAR Ayahnda Bertatu Ditahan
Seramai 34 individu dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap ditahan
dalam Ops Cantas Khas Polis Kuala Lumpur dalam tempoh lebih tiga
minggu sehingga hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata jumlah itu
adalah daripada 502 orang yang ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah
selepas pemeriksaan terhadap 10,126 orang dalam operasi di sekitar
Kuala Lumpur.
Beliau berkata dalam serbuan dan pemeriksaan secara terancang di
beberapa lokasi 'hotspot' pada Sabtu dan Ahad lepas sahaja, seramai
tujuh daripada 53 individu yang ditahan terbabit dalam kumpulan kongsi
gelap dan pelbagai senjata api dirampas.
"Dalam serbuan ke atas sebuah kereta jenis Toyota Prius Sabtu lepas
kira-kira pukul 8.30 malam di hadapan sebuah restoran di Taman
Usahawan Kepong, polis menahan dua lelaki dan hasil pemeriksaan
menemui satu kelopak peluru bersaiz 9mm berisi 10 butir peluru yang
disorokkan di dalampoket seluar salah seorang daripada mereka.
"Susulan tangkapan itu, satu lagi serbuan dijalankan di pangsapuri
Saujana, Damansara Damai. Seorang lelaki ditahan dan (polis) merampas
tiga pucuk pistolsemi auto jenama Hammerli P26., G23 Milspec dan PX4
Custom, tiga kelopak peluru berisi 29 butir peluru kapur, sepasang
gari ibu jari dan pelbagai komponen pistol," katanya dalam sidang
media di sini, Isnin.
Mohmad berkata seorang daripada tiga yang ditahan mempunyai rekod
jenayah lampau bersabit dadah dan polis kini sedang mengesan seorang
lagi rakan kumpulan ini yang dikenali sebagai A'wan.
Kesemua mereka ditahan mengikut akta berkaitan senjata api dan samun
dan kini direman sehingga 14September, katanya.
Turut didedahkan dalam sidang media itu ialah penahanan seorang lelaki
berusia 40an yang memiliki watikah pelantikan sebagai 'ayahanda'.
Beliau dipercayai terlibat dengan kumpulan silat.Tiga pucuk pistol
palsu dirampas dalam satu serbuan Ahad lepas kira-kira pukul 3.35 pagi
di sebuah studio muzik di Taman Sri Rampai.
"Di badan lelaki ini dipenuhi dengan tatoo…Kita masih jalankan
siasatan untuk mengenal pasti sama ada kumpulan yang disertainya itu
adalah pertubuhan haram atau kumpulan kongsi gelap," katanya.
Mohmad berkata lelaki itu ditahan reman sehingga esok dan kes disiasat
mengikut Seksyen 52 Akta Pertubuhan 1966.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment