Shiaralda Diana | Create Your Badge
PELAKON terkenal, Adi Putra akn membuat sidang akhbar berhubung
gosipnya dengan isteri seorang ahli perniagaan dari Johor pada Selasa
ini pukul 3 petang.
Sidang akhbar itu bukannya yang pertama diadakandengan tujuan untuk
membersihkan namanya.Pelakon memiliki nama Muhamed Hadi Putra Halim
itu sebelum ini pernah mengadakan sidang akhbar berhubung kes
perceraiannya pada tahun lalu.
Pada 22 Mac 2012, aktor berusia 32 tahun itu telah muncul pada sidang
akhbar yang diadakan di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur untuk
menjelaskan tentang kes perceraiannya.
Penjelasan itu dibuat selepas dia membuka fail perceraian terhadap
isterinya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei 2012.
Namun, Adi menutup semula fail tersebut selepas 10 hari dia
mengemukakan kes perceraiannya.
Ketika itu, Adi dan isterinya, Zuhaida Yusof mengadakan sidang akhbar
di sebuah kafe di Hotel Park Royal bagi menjelaskan mengenai status
mereka selepas timbul spekulasi bahawa mereka sudah tidak sehaluan.
Namun, selepas isu perceraian itu selesai, nama Adi naik lagi malah
menjadi sebutan bibir ke bibir. Kes siasatan polis berhubung gangguan
Adi terhadap isteri ahli perniagaan itu kini menjadi sebutan.
Pada minggu lalu, Adi muncul di Esplanade, Singapura apabila berlakon
dalam teater Akulah arahan Erma Fatima.Dalam pementasan teater itu,
dia membawakan watak seorang Datuk yang mempunyai hubungan sulit
dengan wanita lain.Bagaimanapun, ia cuma teater. Dalam alam realiti
Adi belum membuka mulut menerangkan keadaan yang sebenar tentang isu
dia didakwa menganggu isteri orang.
Skandal Adi dengan isteri orang itu kini disiasat polisselepas suami
wanita berkenaan membuat laporan.
Menurut laporan tersebut, pelakon itu didakwa saling berbalas-balas
mesej dan bertukar-tukar gambar lucah dengan wanita berkenaan yang
berusia 30 tahun walaupun mereka baru berkenalan selama seminggu.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita tersebut menerusi laman
Instagram sebelum mereka kerap berbalas-balas mesej melalui aplikasi Whatsapp sejak 29 Julai lalu.
Bagi menjernihkan keadaan yang sedang panas ini, Adi mengesahkan
kepada Kosmo! bahawa dia akan mengadakan sidang akhbar pada 10
September ini pada pukul 3 petang di Bunga Tanjung Lounge, Riverside,
Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, kenyataan tentang sidang akhbar itu telah dikeluarkan
oleh pengasas Fereena Beauty Care, Zulkifly Muhamad yang juga rakan
niaga Adi untuk produk kecantikan tersebut.
"Adi menyatakan dia mahu membuat sidang akhbarini untuk menjelaskan
keadaan yang sebenar berhubung tuduhan tentang skandalnya antara dia
dengan isteri seorang ahli perniagaan. Dia melihat semua yang berlaku ini sebagai satu hikmah dan dari sudut positif," ujar Zulkifly.
Selain rakan niaga, Adi Putra juga bertindak sebagai duta produk
Fereena. Menurut Zulkifly, tuduhan tersebut tidak akan menjejaskan
hubungan pelakon itu dengan syarikat produk tersebut.
"Walaupun terdapat kes polis berhubung skandal Adi bersama isteri
kepada seorang usahawan di Johor, ia tidak akan menjejaskan
hubungannya sebagai rakan niaga dan tugasnya sebagai duta produk
kecantikan Fereena Beauty Care," katanya.
Menurut Zulkifly, kontroversi tersebut juga bukan satu isu yang akan
memberi impak buruk terhadap perniagaan produk dan syarikat Fereena
kerana ia merupakan soal peribadi yang tiada kaitan dengan jatuh
bangun syarikat.
"Bagi saya, tiada masalah kerana apa yang berlaku adalah hal peribadi
yang tidak melibatkan syarikat. Perkara itu (skandal Adi) berlaku di
alam maya. Kadangkala kesahihan fakta itu tidak berani disentuh kerana
kita tidak tahu keadaan sebenar," kata Zulkifly, rakan niaga Adi sejak
bulan lalu.
Menurut Zulkifly, pelakon filem Haq itu datang menemuinya pada Rabu
lalu di Old Town Setiawangsa pada pukul 4 petang untuk bertanyakan
tentang kedudukan dirinya dalam syarikat tersebut.
"Adi datang berjumpa saya untuk bertanyakan tentang reputasi dan
keadaan terkini sama ada saya mahu meneruskan kerjasama sebagai rakan
niaga dan tugasnya sebagai duta. Dia menceritakan kepada saya tentang
berita skandal yang tersebar di laman maya" jelas Zul yang turut
memberitahu bahawa Adi mempunyai saham dalam syarikat mereka itu. -
Kosmo!
Dah baca ? Please follow yer......
No comments:
Post a Comment