Terdapat satu laporan di mana ada penemuan
mumia terbaru di China, yang secara kebetulan
ditemukan ketika pekerja sedang membina
sesuatu di China bahagian Timur. Apa yang luar
biasa adalah keadaan tubuh mumia yang masih
sangat baik. Dikatakan ia milik perempuan
pejabat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di kota Taizhou, Daerah Jiangsu.
Arkeologi China terkejut bagaimana utuh
keadaan kulit, rambut, alis, dan wajah mumia
itu. Seakan-akan dia baru meninggal beberapa
tahun lalu. Ia mengenakan pakaian dari sutera
yang masih terawat. Mumia tersebut ditemukan
di dalam keranda kayu di kedalaman dua meter
dari permukaan tanah. Apa yang ia pakai dan
bagaimana keadaan dirinya memperlihatkan
bagaimana kehidupan masa lalu China. Dari
hujung rambut hingga hujung kaki, boleh
disebutkan mumia ini sangat lengkap dan baik.
Adakah ia seorang Islam? Kerana Dinasti Ming
dikatakan sebuah kerajaan Islam.
Adalah dipercayai bahawa Chu Yuan Chang, pengasas kerajaan Ming itu
ialah seorang Islam. Baginda menggunakan gelaran Maharaja Hung
Wu,seorang Islam dari keturunan Semu (semitik)
yang telah datang ke China dalam zaman Yuan.
Permaisurinya iaitu Ratu Ma Hou jelas beragama
Islam kerana baginda berasal daripada keluarga
Ma di An Hui. Setelah menawan Nanking, Chu
Yuan Chang telah mendirikan sebuah masjid
jami'. Masjid ini dinamakan Masjid Chin Juieh
yang bermaksud 'Pencerahan Murni'.
Bahkan baginda sendiri telah menulis sebuah
sajak untuk diabadikan pada dinding masjid
yang dibinanya itu. Ibrahim Tien Ying Ma, bekas
mufti Peking (Beijing) dan salah seorang
pegawai Republik China sebelum China jatuh ke
tangan Komunis pada tahun 1949, telah
menyatakan bahawa Dinasti Ming itu memang
sebuah kerajaan Islam. Beliau menjelaskan
bahawa 'Ming' bermaksud 'gilang-gemilang atau
terang-benderang'.[AP]
No comments:
Post a Comment