Blog Informasi semasa Malaysia dan luar negara. Selamat datang buat pengunjung dan pembaca setia sekalian,blog MC masih baharu dan kalau tak keberatan sila follow MC dan MC akan followback,terima kasih. Visit www.failluredream.com for Malaysia Greats Views of ethnick,cultural,news and tourism information...Thank you.
Saturday, June 15, 2013
Sekitar Himpunan Flasmob,Sogo KL
Seramai 16 peserta 'flashmob' termasuk seorang wanita dan kanak-kanak
ditahan sewaktu mengadakan 'flashmob' di hadapan gedung membeli-belah
Sogo sekitar jam 2.50 petang tadi.
Mereka ditahan sewaktu mengadakan acara tersebut menjelang himpunan
Black 505 di Padang Merbok pada 22 Jun ini.
Di antara yang terawal ditahan adalah Pengarah Propaganda NGO
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan
Menurut seorang pegawai polis memaklumkan bahawa mereka di bawa ke ke
Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, dengan kenderaan Black Maria
untuk tindakan lanjut.
Selepas kenderaan itu beredar, aktivis pelajar Ekhsan Bukharee dan
seorang peserta lagi kemudiannya ditahan selepas membuat pengumuman
supaya orang ramai berhimpun di depan balai Dang Wangi sebagai tanda
solidariti kepada 14 orang yang ditangkap.
Mereka dibawa IPD Dang Wangi dengan berjalan dalam keadaan bergari dan
diiring dua anggota polis.
Penahanan tersebut berlaku selepas kira-kira 30 peserta 'flashmob'
berkenaan menyeru orang ramai supaya turun ke himpunan membantah
dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum lalu.
Mereka berdiri di hadapan gedung Sogo berhadapan Jalan Tuanku Abdul
Rahman selama kira-kira 30 minit bermula sekitar jam 2.15 petang.
Sebahagian daripada mereka memegang plakad bertulisan 'Pengerusi SPR
sila letak jawatan' dan 'Mari turun 22 Jun Blackout'.
Kira-kira 30 orang termasuk petugas media kini berada di hadapan ibu
pejabat polis ini untuk mengetahui perkembangan lanjut mereka yang
ditahan.
Aktivis mahasiswa, Adam Adli adalah antara yang menunggu di hadapan
balai ketika ini.
Seorang peguam, New Sin Yew yang tiba di pintu masuk IPD Dang Wangi
itu untuk menemui mereka yang ditahan polis.
Anggota polis yang berkawal di pintu masuk tidak membenarkan New masuk
atas alasan beliau perlumenunggu arahan pegawai atasan sebelum
dibenarkan berbuat demikian.
"Saya kenal Eddy secara peribadi dan saya di sini untuk menemui
beliau," katanya.
Beliau kemudiannya dibenarkan masuk selepas bertegas mahu membuat
laporan kerana dihalang mewakili mereka yang ditahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment