Blog Informasi semasa Malaysia dan luar negara. Selamat datang buat pengunjung dan pembaca setia sekalian,blog MC masih baharu dan kalau tak keberatan sila follow MC dan MC akan followback,terima kasih. Visit www.failluredream.com for Malaysia Greats Views of ethnick,cultural,news and tourism information...Thank you.
Monday, June 10, 2013
Pembuat Bom Dari Malaysia Mati
SEORANG jurucakap Tentera Filipina, Kolonel Marcelo Burgos menunjukkan
gambar Zulkifli Abdul Hir pada satu sidang akhbar di Manila semalam.
MANILA – Tentera Filipina mendakwa pihaknya telah berjaya membunuh
tiga orang militan Islam paling dikehendaki termasuk seorang pembuat
bom dari Malaysia, Zulkifli Abdul Hir (gambar) dalam satu serangan
udara yang dibantu oleh penasihat tentera dari Amerika Syarikat (AS)
semalam.
Serangan bom itu dilakukan menjelang subuh di sebuah pulau terpencil
di bahagian selatan yang turut menyebabkan 15 orang ahli kumpulan Abu
Sayyaf dan Jemaah Islamiah yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda
terbunuh.
"Ini satu kemenangan besar. Tiga orang pemimpin kanan terbunuh. Ia
akan memberi impak yang sangat besar terhadap kemampuan pengganas,"
kata seorang komander tentera wilayah Filipina, Mejar Jeneral Noel
Coballes.
Pesawat-pesawat membedil pinggir sebuah kampung di pulau Jolo selepas
sumber risikan memaklumkan bahawa kira-kira 30 militan berpangkalan di
kampung berkenaan.
Tiada tentera darat dikerahkan dalam operasi tersebut.
Zulkifli yang juga dikenali sebagai Marwan merupakan seorang warga
Malaysia yang didakwa menjadi orang kanan rangkaian pengganas Jemaah
Islamiah dan dalang beberapa siri serangan bom di Filipina.
Zulkifli juga dituduh menjadi pemimpin Kumpulan Mujahidin Malaysia,
sebuah kumpulan mirip Jemaah Islamiah yang mahu membentuk sebuah
negara Islam di Asia Tenggara.
Pada tahun 2007, AS menawarkan wang sebanyak AS$5 juta (RM15 juta)
sebagai ganjaran penangkapan Zulkifli, sekali gus menjadikannya antara
orang yang paling dikehendaki oleh AS.
Dalam laman web Jabatan Negara AS yang memaparkan maklumat mengenai
orang paling dikehendaki kerana aktiviti keganasan, hanya empat orang
ditawarkan wang ganjaran tinggi.
Antaranya ialah Ketua Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri.
Pihak berkuasa Malaysia menyambut baik berita kematian Zulkifli.
"Kami mengalu-alukan berita kematian Zulkifli ketika pasukan
keselamatan di rantau ini meneruskan usaha menentang militan
sepertinya," kata Ketua Gerak Khas Malaysia mengenai keganasan, Ayob
Khan Mydin Pitchay.
Tentera Filipina memberitahu antara yang terbunuh dalam serangan sama
ialah Abu Pula, juga dikenali sebagai Doktor Abu dan Umbra Jumdail,
salah seorang pemimpin utama organisasi militan Abu Sayyaf.
Abu Sayyaf didakwa melakukan serangan-serangan pengganas terburuk di
Filipina termasuk meletupkan sebuah feri di Manila yang membunuh lebih
100 orang, selain banyak kes penculikan di kawasan terpencil di
selatan yang dihuni majoriti penduduk Islam. – Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment