Gambar Orang Utan Di Jadikan Pelacur Di
Indonesia-Pony merupakan seekor Orang Utan
betina yang telah dijumpai di perkampungan
pelacur di Kepulauan Borneo, Indonesia. Ketika
dijumpai, seluruh tubuh Pony telah dicukur dan
terdapat kesan gigitan nyamuk yang banyak pada
badannya.Pony telah ditangkap dan dicukur bagi
membuatkan ia lebih cantik dan dilanggan oleh
lelaki yang mengunjungi perkampungan
tersebut.
Apabila lelaki mendekatinya, Pony akan
membelakangkan pelanggannya dan membuat
aksi seolah-olah sedang melakukan seks. Pony
dipercayai telah ditangkap sejak kecik dan telah
dilacurkan oleh seorang yang dikenali sebagai
Madam. Ketika pihak Orangutan Survival
Foundation mendapat tahu akan perkara ini,
penduduk kampung berkenaan telah
menghalang daripada Pony diselamatkan kerana
Pony merupakan salah satu sumber pendapatan
penduduk kampung tersebut.
Selama setahun pihak Orangutan Survival
Foundation cuba untuk menyelamatkan Pony
tetapi gagal kerana setiap kali pihaknya datang
ke kampung tersebut, Madam dan penduduk
kampung tersebut akan bersedia dengan sumpit
beracun dan mengugut untuk menyerang sesiapa
sahaja yang mendekati Pony.
Tidak berputus asa, pihak Orangutan Survival
Foundation berjaya mengumpul dana dan
membawa 35 anggota polis yang lengkap
bersenjatakan AK-47 dan memaksa pihak Madam
menyerahkan Pony. Akhirnya Pony berjaya
diselamatkan dan dirawat di kawasan hutan
simpan.
No comments:
Post a Comment