Sunday, June 2, 2013

Blackberry AngelHack tawar hadiah RM30 ribu

Model menunjukkan telefon pintar BlackBerry
Z10.[BERNAMA]

Blackberry menjalin perkongsian dengan
AngelHack untuk mengendalikan pertandingan
Blackberry-AngelHack Start-Up Challenge Asia
Pasifik, yang menyasar penyertaan usahawan,
pemaju dan peminat teknologi.
Syarikat telefon pintar terkemuka global itu
dalam kenyataannya semalam berkata, peserta
akan bukan saja berpeluang untuk memenangi
telefon pintar BlackBerry Z10 malah turut
memenangi hadiah utama AS$10,000 (RM30,703).
Peserta perlu menghadiri satu acara AngelHack
di Asia Pasifik dan berdaftar pada majlis acara itu.
Pasukan perlu mengemukakan pelan perniagaan
baru pasukan berkenaan termasuk BlackBerry
10 ketika mengemukakan pendaftaran, katanya.
Acara itu akan diadakan di Cyberjaya pada 8
hingga 9 Jun ini.
Selepas mendaftar, peserta perlu membuat reka
bentuk dalam tempoh 30 hari dari acara yang
dihadiri di AngelHack.
Guna tablet BlackBerry PlayBook
Satu permohonan prototaip yang boleh diguna
menggunakan tablet BlackBerry PlayBook atau
platform BlackBerry 10.
Permohonan juga perlu dikemukakan
menggunakan BlackBerry 10 Native atau
pembangun alatan Web atau kerangka sokongan
pembangunan bagi BlackBerry 10.
Peserta akan dibantu oleh pakar BlackBerry
melalui proses pembangunan itu, katanya.
BlackBerry berkata, dua ahli dari setiap pasukan
akan diterbangkan ke BlackBerry Jam Asia 2013
di Hong Kong, bagi mengambil bahagian di
dalam bengkel pementoran oleh mentor
AngelHack dan pakar teknikal dan
pembangunan perniagaan BlackBerry.
Akhirnya, pasukan akan bersaing melawan satu
sama lain di hadapan penonton Jam Asia bagi
memenangi hadiah utama, katanya.

No comments:

Post a Comment