Friday, June 7, 2013

Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh

Dewan Pemuda PAS
Negeri (DPPN) Pulau Pinang melahirkan
kekesalan atas tragedi runtuhan Jambatan
Kedua yang berlaku lewat petang semalam.
DPPN Pulau Pinang difahamkan runtuhan
tersebut berlaku di susur keluar Batu
Maung, melibatkan laluan jalan yang
digunakan oleh orang awam.
"DPPN Pulau Pinang dengan ini mendesak
supaya siasatan segera dilakukan oleh pihak
berwajib bagi mengenal pasti punca kejadian
runtuh jambatan kedua yang pernah
diisytiharkan PM sebagai 'hadiah' BN kepada
rakyat Pulau Pinang ini," ujar Setiausahanya,
Afnan Hamimi Taib Azamudden dalam satu
kenyataan.
Katanya, DPPN Pulau Pinang memandang
serius akan siri-siri tragedi runtuh yang
berlaku dalam negara setelah runtuhan
sebuah masjid di Terengganu baru-baru ini.
Beliau berkata, kerajaan dan pihak berwajib
harus mengambil tanggungjawab
sepenuhnya bagi mengelakkan tragedi
buruk ini terus berulang dan mencemarkan
imej negara.
"DPPN Pulau Pinang percaya bahawa rakyat
Pulau Pinang tidak akan menerima 'hadiah'
yang membahayakan nyawa mereka,"
ujarnya lagi.[HD]

USAHA MENYELAMAT MANGSA SEDANG GIAT DIJALANKAN.
Kejadian stagging konkrit jambatan kedua Pulau
Pinang runtuh. Kerja mencari mangsa yang
tersekat dibawah timbunan besi dan konkrit
sedang giat dijalankan.
Seramai lebih kurang 100 orang pegawai,anggota
bomba serta polis sedang melakukan kerja
menyelamat. Difahamkan beberapa buah kereta
serta mangsa awam masih lagi tersekat dibawah
timbunan besi yang runtuh. Kerja kerja mencari
sedang giat dijalankan. Dijangka kerja kerja
menyelamat akan mengambil masa yang lama
memandangkan banyak runtuhan besi serta
keadaan yang gelap menyukarkan tugas tugas
menyelamat.
Manakala pihak UMNO menuduh kegagalan projek ini adalah disebabkan
oleh Lim Guan Eng, kontraktor di pilih oleh PDC dan
pengerusi PDC ialah Lim Guan Eng
Kontraktor bagi Projek Batu Maung Interchange
yang runtuh ini adalah syarikat Cergas Murni Sdn.
Bhd., merupakan syarikat tempatan yang
mendapat kontrak bernilai RM152.7 juta. Bukan
tanggungjawab Jambatan Kedua Sdn Bhd.

4 comments:

  1. LGE upah kontraktor gred apa ? Sapa nak dipersalahkan ? Memang dia yang upah kontraktor tu !

    ReplyDelete
  2. siapa yang bunuh siapa sekarang?DPPN jangan nak jadi bodoh,siapa yang upah kontraktor tu.

    ReplyDelete
  3. DAPig PEMBUNUH !!

    ReplyDelete
  4. Pencacai muda...taubatlah kamu,jangan jadi batu api.

    ReplyDelete