Sunday, June 2, 2013

Ibu 7 Anak Dipaksa Melakukan Sex Oral

Y.K. Gajehindran, J.T.Malvin dan P.
Aravinthiran dibawa keluar dari mahkamah
selepas didapati bersalah merogol seorang ibu
kepada tujuh anak di Mahkamah Sesyen Klang,
semalam.[UTUSAN]


KLANG 30 Mei - Seorang ibu tujuh anak dirogol
di dalam semak, dipaksa melakukan hubungan
seks luar tabii dan kemaluannya ditusuk dengan
kayu ketika dalam perjalanan menuju ke kilang
tempatnya mencari rezeki, tiga tahun lalu.
Hari ini, tiga lelaki yang bertanggungjawab
melakukan perbuatan kejam dan tidak
berperikemanusiaan itu menerima balasan
apabila dihukum penjara 28 tahun dan sebatan
antara 14 dan 20 kali oleh Mahkamah Sesyen di
sini.
Hakim Ahmad Fairuz Mohd. Puzi menjatuhkan
hukuman itu terhadap eksekutif akaun, Y.K.
Gajehindran, 26; penghantar surat, J.T. Malvin
Isaac, 24; dan pelajar kolej, P. Aravinthiran, 22,
selepas mendapati mereka bersalah atas
pertuduhan itu.
Menurut hakim tersebut, mahkamah mendapati
kesemua tertuduh gagal menimbulkan keraguan
munasabah terhadap pertuduhan berkenaan
kerana pembelaan mereka bersifat penafian
semata-mata.
Beliau berkata, tertuduh keempat kes itu telah
mengaku bersalah pada 2010 bagi tuduhan
melakukan seks luar tabii terhadap mangsa dan
selepas itu dijadikan saksi pendakwaan.
''Keterangan daripada tertuduh keempat selari
dengan keterangan mangsa dan mahkamah tiada
alasan untuk tidak mempercayai keterangan
mereka,'' ujar Ahmad Fairuz.
Bagi tuduhan merogol mangsa yang berusia 38
tahun itu, ketiga-tiga mereka dipenjara 28 tahun
dan sebatan lima kali setiap seorang.
Gajehindran dan Aravinthiran yang didakwa
memaksa mangsa melakukan seks luar tabii
dipenjara 18 tahun dan sebatan 14 kali manakala
Malvin dipenjara 10 tahun dan sebatan dua kali
bagi tuduhan cuba melakukan perbuatan sama.
Malvin juga dihukum penjara 20 tahun dan
sebatan 10 kali atas kesalahan memasukkan
sebatang kayu ke dalam kemaluan mangsa
sehingga wanita itu terpaksa menerima 10
jahitan.
Kesemua lelaki terbabit turut dihukum penjara
15 tahun dan sebatan lima kali bagi tuduhan
mendatangkan cedera parah kepada mangsa
menggunakan ranting kayu.
Kesemua kesalahan itu dilakukan mereka di
kawasan semak berdekatan Jalan Kebun Nenas
2H/KS7, Bandar Putera Klang di Klang pada
pukul 6.45 pagi, 11 Februari 2010.
Mereka turut dihukum penjara tujuh tahun bagi
kesalahan menculik dan melarikan wanita itu
pada waktu sama di ibu pejabat Tenaga Nasional
Bhd. (TNB) di sini.
Kesemua hukuman penjara diperintahkan
berjalan serentak.
Secara keseluruhan, mereka dipenjara 28 tahun
sementara bagi hukuman sebatan, Gajehindran
dan Aravinthiran, masing-masing disebat 14 kali
dan Malvin 20 kali.
Ahmad Fairuz turut tidak membenarkan
permohonan peguam bela V. Ramavelu yang
mewakili kesemua tertuduh untuk
menangguhkan pelaksanaan hukuman kerana
tiada keadaan istimewa dalam kes itu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azilah Mat dan
Siti Noorbaya Jamil.
Mangsa yang hadir ke mahkamah bagi
membacakan kenyataan impak kesalahan
terhadap mangsa (VIS) berkata, selepas kejadian
ngeri itu, dia tidak keluar dari rumahnya selama
setahun setengah kerana mengalami trauma
yang teruk.
''Saya malu untuk keluar dari rumah, bibir saya
terkoyak kerana dibelasah, saya terpaksa
minum menggunakan straw selama dua minggu
dan mengalami kesukaran untuk makan.
''Apa dosa saya pada mereka sehingga mereka
sanggup memperlakukan saya seperti
binatang?'' katanya sambil menangis.
Mangsa juga mendakwa mengalami masalah
untuk melakukan hubungan intim dengan
suaminya.
Dalam perbicaraan, mahkamah diberitahu,
mangsa ternampak kereta dengan bonet terbuka
dan seorang lelaki berdiri di sebelah kereta
seperti sedang membaikinya.
Lelaki terbabit kemudian berlari ke arah mangsa
lalu mengheretnya masuk ke dalam kereta yang
ada tiga lelaki lain di dalamnya.
Kesemua lelaki tersebut mengoyak pakaiannya,
memaksa dia melakukan seks luar tabii dan
merampas beg tangannya.
Selepas itu, dua daripada lelaki itu pergi ke
mesin pengeluaran wang automatik (ATM)
untuk mengeluarkan wang milik mangsa
manakala dua lagi mengawalnya.
Mangsa kemudian dibawa ke dalam semak dan
dipaksa melakukan seks luar tabii serta
kemaluannya ditusuk dengan kayu sebelum
ditinggalkan di situ.

No comments:

Post a Comment