Saturday, June 1, 2013

Lari tinggalkan kekasih yang sesak nafas

PILU...Bapa mangsa, Mohamad Sahak, 58, (dua
dari kiri) dan isterinya, Maimunah Ismail, 44,
ditenangkan oleh ahli keluarga selepas
melawat jenazah anaknya, Aimi Hamizah
Mohamad, 14, (gambar kecil) di Hospital
Melaka. - Foto Mohd Zaidi Ya'acob


[BH] Melaka Tengah: Kematian seorang pelajar
perempuan Tingkatan Dua di Kampung Solok
Gaung, Ayer Molek dekat sini, Rabu lalu,
dipercayai akibat sesak nafas.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri,
Superintendan P R Gunarajan, berkata
maklumat itu berdasarkan siasatan ke atas
seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang
ditahan polis.
Katanya, mengikut keterangan awal, remaja
yang juga kekasih mangsa, mengaku pergi ke
kawasan semak iaitu lokasi mangsa ditemui
dengan menaiki motosikal jenis Yamaha RXZ.
Temui mangsa malam kejadian
Beliau berkata, suspek tinggal di taman
perumahan sama mengambil mangsa pada
malam kejadian, sebelum ke kawasan semak
terbabit, kira-kira jam 9 malam.
Tidak lama selepas itu, mangsa dikatakan
mengalami sesak nafas dan suspek cuba
memberikan bantuan pernafasan (CPR), namun
gagal. Panik dengan keadaan itu, suspek
bertindak meninggalkan mangsa, katanya pada
sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen
(IPK) negeri, Bukit Beruang di sini, semalam.
BH semalam melaporkan, remaja lelaki itu
ditahan polis bagi membantu siasatan
berhubung penemuan mayat Aimi Hamizah
Mohamad, 14, di kawasan semak, kira-kira
empat kilometer dari kediamannya.
Mayat mangsa yang juga pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Ayer Molek yang lengkap
berbaju kurung ditemui terbaring di atas papan
lapis oleh sekumpulan remaja lelaki kira-kira
jam 7 malam Rabu lalu ketika mereka sedang
bermain bola sepak di tanah lapang
berhampiran kawasan semak berkenaan.
Mengulas lanjut, Gunarajan berkata, suspek
turut bertindak mengambil beg yang
mengandungi buku serta telefon bimbit milik
mangsa, sebelum meletakkannya di surau
berhampiran.
Siasatan masih dijalankan kerana laporan bedah
siasat tidak dapat mengenal pasti punca
kematian mangsa kerana keadaan mayat yang
mereput.
Kita akan menyiapkan kertas siasatan dan
mengambil keterangan suspek sebelum
menyerahkannya kepada pihak pendakwaan
dan menunggu arahan selanjutnya, katanya.
Beliau berkata, suspek direman sehingga 6 Jun
ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan.

No comments:

Post a Comment