Saturday, June 1, 2013

Mangsa maut tercampak keluar

Mangsa maut akibat tercampak, manakala
motosikal yang ditungganginya terhumban ke
parit besar laluan tersebut.

[SH]SABAK BERNAM – Seorang pekerja swasta yang
ingin ke tempat kerjanya di Sungai Panchang
Bedena, Sungai Besar, di sini, maut selepas
motosikal yang ditungganginya dirempuh
sebuah kereta Proton Wira, di Kilometer 44
Jalan Teluk Intan-Klang, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, mangsa
Salahuddin Khairi, 23, berasal dari Kampung
Tebuk Pulai tengah, Sabak Bernam, meninggal
dunia di tempat kejadian selepas mengalami
kecederaan parah di kepala dan patah kaki
kanan.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam,
Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata,
mangsa yang menunggang motosikal jenis
Honda EX5 dalam perjalanan dari Sungai Air
Tawar menghala ke Sungai Besar dipercayai
keluar dari simpang sebelah kiri jalan.
"Bagaimanapun, kereta Proton Wira yang dalam
perjalanan menghala ke Sungai Besar tidak
sempat mengelak lalu terus merempuh sebelah
kiri motosikal terbabit," katanya ketika
dihubungi Sinar Harian.
Noor Mushar berkata, akibat rempuhan kuat itu,
mangsa tercampak kurang 20 meter dari tempat
kejadian, manakala motosikal yang
ditungganginya terhumban ke parit besar laluan
tersebut.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke
Hospital Sungai Besar untuk bedah siasat,
sementara pemandu Proton Wira itu hanya
mengalami luka ringan.

No comments:

Post a Comment