Friday, June 7, 2013

Mumia 700 Tahun Masih Sempurna

Terdapat satu laporan di mana ada penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan ditemukan ketika pekerja sedang membina sesuatu di China bahagian Timur. Apa yang luar biasa adalah keadaan tubuh mumia yang masih sangat baik. Dikatakan ia milik perempuan pejabat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di kota Taizhou, Daerah Jiangsu.
Arkeologi China terkejut bagaimana utuh keadaan kulit, rambut, alis, dan wajah mumia itu. Seakan-akan dia baru meninggal beberapa tahun lalu. Ia mengenakan pakaian dari sutera yang masih terawat. Mumia tersebut ditemukan di dalam keranda kayu di kedalaman dua meter dari permukaan tanah. Apa yang ia pakai dan bagaimana keadaan dirinya memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu China. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, boleh disebutkan mumia ini sangat lengkap dan baik. Adakah ia seorang Islam? Kerana Dinasti Ming dikatakan sebuah kerajaan Islam.

Adalah dipercayai bahawa Chu Yuan Chang, pengasas kerajaan Ming itu
ialah seorang Islam. Baginda menggunakan gelaran Maharaja Hung
Wu,seorang Islam dari keturunan Semu (semitik) yang telah datang ke China dalam zaman Yuan. Permaisurinya iaitu Ratu Ma Hou jelas beragama Islam kerana baginda berasal daripada keluarga Ma di An Hui. Setelah menawan Nanking, Chu Yuan Chang telah mendirikan sebuah masjid
jami'. Masjid ini dinamakan Masjid Chin Juieh
yang bermaksud 'Pencerahan Murni'.
Bahkan baginda sendiri telah menulis sebuah sajak untuk diabadikan pada dinding masjid yang dibinanya itu. Ibrahim Tien Ying Ma, bekas mufti Peking (Beijing) dan salah seorang pegawai Republik China sebelum China jatuh ke tangan Komunis pada tahun 1949, telah menyatakan bahawa Dinasti Ming itu memang sebuah kerajaan Islam. Beliau menjelaskan bahawa 'Ming' bermaksud 'gilang-gemilang atau
terang-benderang'.[AP]

No comments:

Post a Comment