Tuesday, April 30, 2013

Lim Kit Siang tiada di Lembah Klang ketika tercetusnya peristiwa 13 Mei

Walaupun berkali-kali Lim
Kit Siang menegaskan beliau tidak ada di
Lembah Kelang ketika tercetusnya peristiwa
13 Mei, namun Umno tetap menyebarkan
fitnah menuduh beliau menjadi perancang
tragedi berdarah tahun 1969 itu.
Dalam usaha terdesak berdepan Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13) ini, pelbagai risalah
fitnah berhubung tragedi berdarah itu
disebar termasuk di pasar malam di Taman
Universiti, Skudai dengan mengaitkan
penasihat DAP itu.
Di Tanjung Piai pula, jentera DAP menemui
risalah bertajuk 'DAP Rasis' yang yang
dilaporkan turut diedar di kampung-
kampung Melayu.
Apa yang menarik, risalah yang diedarkan di
Skudai memuatkan satu wawancara akhbar
milik Umno Mingguan Malaysia dengan
bekas Ketua Pengarah Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur Datuk Noordin Abdul Razak
yang mendakwa beliau melihat Lim bersama
penunjuk perasaan anti-Melayu semasa
insiden tersebut.
Dakwaan itu bertentangan dengan
penjelasan Lim. Menurut Penasihat DAP itu,
beliau tidak berada di Kuala Lumpur pada
11, 12 dan 13hb Mei 1969.
"Saya masa itu bertanding di Bandar Melaka,
dan berada di pusat pengiraan undi di
Melaka sehingga awal pagi 11hb Mei 1969
kerana menunggu keputusan, hanya kembali
kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada
11hb Mei (hari Ahad)," kata Lim.
Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12hb Mei
1969, beliau pulang ke Bandar Melaka untuk
mengucapkan terima kasih kepada para
pengundi di perarakan terima kasih kepada
pengundi pada petang dan menghadiri satu
rapat umum terima kasih kepada pengundi
pada sebelah malamnya.
Kedua-dua acara itu katanya telah
berlangsung secara aman.
"Saya mungkin merupakan satu-satunya
wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat
mengadakan perarakan dan rapat umum
berterimakasih kepada pengundi selepas
pilihan raya kerana saya telah menempah
tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi
hari Selasa, 13hb Mei 1969 untuk membantu
dalam kempen pilihanraya calon-calon bebas
di situ, kerana pada masa itu, hari mengundi
Sabah dan Sarawak adalah diadakan
seminggu selepas keputusan pilihan raya
diumumkan di Semenanjung.
"Semasa saya berucap di rapat umum di Kota
Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah saya
terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah
berlaku di Kuala Lumpur," kata Lim.
Beliau juga memberitahu, dalam ucapan
pertamanya di Parlimen pada 23 Februari
1971 setelah beliau dibebaskan daripada
tahanan ISA pertamanya, serta selepas
Parlimen dipulihkan, semasa membahas
Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan
1971, beliau telah menyeru supaya satu
Suruhanjaya Parlimen ditubuhkan.
"Saya meminta suruhanjaya ini yang
keahliannya termasuk wakil-wakil bukan
Ahli Parlimen yang dihormati dalam bidang
mereka masing-masing, untuk antara lain,
'mengenal pasti punca rusuhan Mei 13' dan
'membuat cadangan bagaimana untuk
mencegah berulangnya rusuhan kaum Mei
13 di masa depan, dan menghentikan
masalah polarisai kaum di Malaysia'," kata
Lim.

Sunday, April 28, 2013

Adik Taib Mahmud Melanau,Onn Mahmud elak cukai berjuta dolar

KUALA LUMPUR, 28 April — Adik kepada ketua menteri Sarawak, Onn
Mahmud, telah menggunakan kawasan perlindungan cukai Pulau Cayman
untuk mengelakkan berjuta dolar
cukai hasil keuntungan dari perniagaan hartanah
di Australia sepanjang 20 tahun lalu, lapor akhbar
Australia The Age hari ini.

Akhbar tersebut melaporkan Onn menggunakan
rangkaian kewangan global rumit untuk
mengeksport pandapatannya dari portfolio
komersial Sydney dan hartanah kediaman
bernilai kira-kira A$100 juta (311.85 juta).
Laporan itu juga berkata ramai jutawan dan ahli
politik Malaysia mempunyai akaun luar pesisir di
kawasan-kawasan perlindungan cukai.
Dalam satu urusniaga yang dilaporkan oleh The
Age, Onn menjual tapak pembangunan
pangsapuri di Sydney Potts Point dengan harga A
$15.5 juta pada 2007 – mendapat keuntungan A
$10.8 juta.
Bekas rakan perniagaan Onn mengatakan tiada
cukai keuntungan dibayar dari urusan tersebut
dan semua hasil telah dipindahkan ke suatu
akaun amanah berpangkalan di syurga cukai
Pulau Cayman.
"Semua urusannya distruktur dengan berhati-
hati bagi memastikan dia tidak membayar cukai
di Australia," kata Farok Abdul Majeed kepada
akhbar tersebut yang mengatakan beliau
menguruskan perniagaan hartanah Onn di
Sydney selama bertahun-tahun.
Dokumen yang diperolehi oleh pemilik The Age
Fairfax Media menunjukkan Onn memberikan
maklumat bercanggah kepada pihak berkuasa
untuk menjamin visa perniagaan Australia dan
membina portfolio hartanah yang beliau uruskan
melalui akaun amanah Pulau Cayman diuruskan
oleh saudagar bank Merrill Lynch di Isle of Man.
Farok sekarang sedang berjuang untuk
mendapatkan berjuta-juta dolar yang beliau
dakwa yuran belum dibayar, komisen dan
perbelanjaan.
Firma Arkitek ternama Crone Partners juga
mendakwa masih belum dibayar lebih daripada A
$500,000.
Akhbar tersebut mengatakan, Onn dilaporkan
sebagai orang kedua terkaya di Malaysia dengan
kekayaan melebihi A$2bilion – kebanyakkannya
dari urusniaga melibatkan eksport kayu yang
telah menghancurkan hutan hujan tropika
Sarawak.
"Isteri Onn dan anaknya tinggal di sebuah rumah
di Carrara Road, Vaucluse, dengan pemandangan
merentasi Sydney Harbour. Akan tetapi, beliau
menghabiskan sebahagian besar masa di
Singapura dan Malaysia," kata akhbar itu.
Dikatakan permohonan visa perniagaan Onn
ditaja oleh Ryan Park Limited dan tiga syarikat-
syarikat bersekutu yang beliau dan keluarganya
kawal: Ferncroft Limited, Golden Arrow Limited
dan Cherry Blossom Limited.
Dalam permohonannya, Onn mengatakan Ryan
Park dan syarikat lain telah melaburkan lebih A
$50juta untuk hartanah Syedney akan tetapi
akhbar tersebut memetik Farok sebagai berkata
beliau percaya jumlah pelaburan hartanah di
Australia dua kali lebih daripada itu.
Nombor pendaftaran Bilangan Perniagaan
Australia Ryan Park menggambarkan ia sebagai
"Syarikat swasta Australia" tetapi ia tidak
mempunyai rekod dengan Suruhanjaya Sekuriti
dan Pelaburan Australia dan sebenarnya
didaftarkan di Pulau Cayman pada tahun 1991
sebagai entiti "bukan pemastautin", lapor akhbar
tersebut.
Pada Mac 2007, eksekutif Merrill Lynch
bersumpah dalam perakuan bersumpah di Isle of
Man yang Ryan Park adalah "syarikat asing tidak
berdaftar" dan "tidak menjalankan perniagaan di
Australia", tambahnya.
Ryan Park dan tiga lagi syarikat juga berdaftar di
Pulau Cayman telah dibatalkan pendaftaran
syarikat tersebut di kepulauan tersebut beberapa
tahun lalu, kata akhbar tersebut dalam laporan
itu.
Akhbar tersebut turut mengatakan portfolio
hartanah yang dikumpulkan Onn diantara awal
1990 an dan 2007 termasuk hotal dan kompleks
restoran di pusat Sydney dan bangunan pejabat
di Elizabeth Street, Sydney yang dijual pada 2005
dengan keutungan dipercayai sebanyak A$5juta.
Sementara itu, The Age mengatakan Farok
merupakan perunding pembangunan hartanah
dan pengurusan projek dan dilahirkan di
Malaysia telah mengambil tindakan undang-
undang untuk mendapatkan lebih daripada A$5
juta yang beliau dakwa masih belum dibayar oleh
Onn, yang enggan menjawab soalan dari akhbar
tersebut.
Pada Ogos 2007, Mahkamah Agung NSW
memerintahkan Onn untuk membayar A$2.2 juta
kepada Farok sebagai yuran dan komisen belum
dibayar. Perintah tersebut tidak diteruskan
selepas beliau gagal menghadiri perbicaraan
seterusnya dimana perintah tersebut dicabar
oleh peguam Onn.

Saturday, April 27, 2013

UMNOBN diminta agar hentikan polemik politik hudud dwistandard

KUALA LUMPUR: Semua pemimpin
Pakatan Rakyat diminta tidak menjadikan
hudud sebagai isu kerana ianya telah
diselesaikan sebelum ini.

"Kita telah bersetuju untuk berbeza
pendapat, bersetuju untuk tidak bersetuju.
"Oleh itu, ia tidak menjadi isu dan ia bukan
dalam agenda bersama dalam Pakatan
Rakyat," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk
Mustafa Ali (gambar) dalam sidang
medianya hari ini.

Menurut beliau, semua pemimpin Pakatan
telah mencapai kata sepakat mengenainya
dan akan memberikan tumpuan kepada
perkara yang telah menjadi agenda bersama.

"Hudud memang menjadi agenda PAS
sebagai sebuah parti Islam kerana ia
sebahagian dari syariat Islam. Tidak ada
seorangpun ahli PAS yang beragama Islam
boleh menolak perkara ini.

"DAP juga mempunyai agenda mereka
sebagai sebuah parti politik. Begitu juga
PKR.

"Isu ini sudah selesai September 2011, kita
ada buat kenyataan, kita akui DAP tak setuju
dengan hudud, Islam tetap jadi dasar Pas,
DAP hormatinya.

"Yang kita telah bersetuju adalah agenda
bersama Pakatan Rakyat yang kita
masukkan dalam manifesto bersama.. Ini
yang sepatutnya menjadi fokus kita dalam
pilihan raya ini," kata Mustafa dalam sidang
medianya hari ini.

Video lucah http://bit.ly/ZvSiOv

Mustafa juga memaklumkan, PAS telah
membuat keputusan menyerahkan kembali
kerusi Kota Damansara kepada PKR
sebagaimana yang telah dipersetujui
sebelum ini.
Berhubung dengan video lucah yang
mengaitkan beliau, Mustafa berkata, beliau
akan bertemu dengan Umno di mahkamah.
Ini kerana, beliau telah mendakwa Umno
terlibat dalam penyebaran video itu dan
Umno telah menafikannya dengan
menyaman beliau dan dua pihak lagi.

"Saya katakan kita akan bertemu di
mahkamah dan saya suka nyatakan saya
sedikit pun tidak takut kepada Umno," kata
Mustafa tegas.

Ceramah Tun M di Presint 9 Putrajaya pada jam 8 malam ini

Sila daftar http://bit.ly/ZvSiOv sekarang sebelum terlambat sementara
pendaftaran masih free,mungkin akan sedikit sebanyak dapat membantu
anda menampung perbelanjaan harian,terima kasih.

PUTRAJAYA: Setelah menyaksikan
bagaimana laungan takbir mengegarkan
Masjid Besi Putrajaya dan sambutan
menggerunkan di Presint 3 terhadap
kehadiran Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Tun
Dr Mahathir Mohamad akhirnya terpaksa
turun ke padang hari untuk menyelamatkan
Putrajaya.
Putrajaya, yang selama ini digempar-
gempurkan sebagai kubu paling selamat
untuk Barisan Nasional, di mana Timbalan
Presiden BN Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin
bahawa calon PAS Datuk Husam Musa bakal
kehilangan deposit kini goyah.
Sambutan menggerunkan pada setiap
program Husam sudah memberikan signal
yang cukup jelas bahawa Umno di dalam
bahaya di Putrajaya.
Jika tidak, perlukah Mahathir datang
berkempen di Putrajaya? Ada banyak lagi
kawasan yang perlu dihadiri Mahathir untuk
berkempen, tapi beliau terpaksa
meluangkan masa malam ini untuk
membuat ceramah perdana bertajuk
"Pertahankan Putrajaya."
Malam ini, Mahathir akan berceramah jam 8
malam di Bilik Gerakan PDM Metropolitan,
Presint 9, Putrajaya.
Makluman itu dimuatkan di Facebook
beliau.
Semalam, sumber Umno memberitahu
Harakahdaily bahawa Mahathir dan
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak akan
turun ke Putrajaya kerana keadaan di situ
kini berpihak kepada Husam.
"Kan semalam saya dah kata Mahathir akan
turun ke Putrajaya. Selepas ini Najib pula.
Ini indikator yang saya kata semalam, nyawa
Umno-BN tinggal 9 hari sahaja lagi. Ini kali-
lah," kata beliau kepada Harakahdaily
sambil ketawa.
"Tak sangka. Akhirnya saya juga terkena
gelombang menyebut Ini-Kalilah,"
tambahnya.
Menjawab persoalan Harakahdaily semalam,
mengapa Umno harus gelabah di Putrajaya
sedangkan itu kubu kuat mereka, sumber
Umno itu menyatakan kerana mood di
ceramah Husam sungguh memberi inspirasi
ke arah perubahan.
"Sesiapa saja hadir akan terpukau dan akan
tergerak hatinya untuk mengundi PAS dan
Pakatan Rakyat kali ini," katanya lagi.
Sumber Umno itu turut menyatakan bahawa
pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan
Mahathir bakal bertandang ke Putrajaya
tidak lama lagi untuk menyelamatkan calon
mereka Setiausaha Agong Umno Tengku
Adnan Tengku Mansor.
"Muhyiddin dah turun ke Putrajaya dan
terus serang Husam. Selepas ini Najib dan
Mahathir akan datang menyerang Husam,
itulah indikator Putrajaya dah goyang,"
katanya.
Apa yang dikatakan sumber Umno itu kini
menjadi kenyataan dengan bertandangnya
Mahathir ke Putrajaya dengan ceramah
bertajuk 'Pertahankan Putrajaya.'
"Kubu kuat dah kena pertahan. Itu petanda
apa dari Mahathir? Gelabah," tambah
sumber Umno itu lagi.

Kakitangan awam bergred41 ke bawah tidak pelu membayar cukai jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya

TG Nik Aziz bersama Husam dan tetamu
lain di atas pentas malam tadi.
PUTRAJAYA: Calon PAS bagi Parlimen
Putrajaya Datuk Husam Musa memberi
jaminan bahawa kakitangan awam bergred
41 ke bawah tidak pelu membayar cukai jika
Pakatan Rakyat berjaya membentuk
Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13) ini.
Katanya, ianya sesuai dengan tuntutan
agama Islam yang mengajar bahawa cukai
hanya dikutip dari golongan kaya sahaja.
"Apa yang kerajaan Pakatan Rakyat boleh
buat, gred 41 ke bawah tak pelu bayar cukai
jika Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan
Persekutuan.
"Dalam Islam cukai hanya untuk orang kaya
sahaja," katanya ketika berceramah di
hadapan puluhan ribu rakyat yang hadir di
Presint 3 di sini malam tadi.
Turut hadir malam tadi Mursyidul Am PAS
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
serta calon PKR Lembah Pantai yang juga
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Selain itu, Pakatan Rakyat juga kata Husam
akan menurunkan cukai bandar di Putrajaya
yang sekarang ini sangat membebankan
masyarakat di sini.
"Di Putrajaya ini cukai bandarnya adalah
paling tinggi di Malaysia. Orang-orang kaya
datang mengadu minta turunkan, orang yang
berpendapatan rendah pun minta
diturunkan.
"Saya kata insya Allah kita akan turunkan
cukai bandar di Putrajaya ini," kata beliau
lagi.
Sementara itu beliau turut memberi jaminan
bahawa Pakatan Rakyat juga akan
menghapuskan caj 4 peratus pinjaman
perumahan dan kenderaan bagi kakitangan
awam.
Katanya perkara itu telah dilaksanakan oleh
kerajaan negeri Kelantan sejak mengambil
alih pentadbiran negeri itu pada tahun 1990.
"Kalau Pakatan Rakyat menang memerintah
Malaysia, dasar Tok Guru Nik Aziz di
Kelantan akan kita gunakan di seluruh
negara.
"Caj 4 peratus pinjaman akan kita hapuskan,
Di Kelantan kita dah buat, tak bankrap pun"
ujarnya.
Seperkara lagi yang turut ditawarkan Husam
adalah penurunan harga sewa kedai di
Putrajaya.
Katanya, ramai di kalangan peniaga di
Putrajaya merungut ekoran harga sewa
kedai yang terlalu mahal.
"Kita boleh turunkan harga sewa kedai ini
kerana bangunan disini dibina oleh
Perbadanan Putrajaya dan Putrajaya Holding
menggunakan wang negara wang Petronas.
"Kita hapuskan peranan orang tengah,"
katanya.

Thursday, April 25, 2013

Abby Abadi akan menyertai konvoi Kembara PerantauGanukite

KUALA LUMPUR: Abby Abadi akan
menyertai konvoi Kembara Perantau
Ganukite jelajah Terengganu mulai 1 Mei ini.
"Konvoi ini adalah kesinambungan kepada
konvoi Kembara PAS Ganti Umno (PGU6) ke
Paka pada hujung tahun lepas. Tetapi pada
kali ini kita akan adakan konvoi Perantau
Pulang Pakoh Pakatan (P3P) pula," kata
setiausaha penganjur konvoi, Zulhilmi Abd
Rahman.
Setakat ini, katanya penyertaan adalah
menggalakkan dan pendaftaran awal telah
melebihi 10 buah kenderaan dan dijangka
mencecah lebih 40 buah kerana tidak ada
yuran pendaftaran yang dikenakan.
Tambahnya, pihak sekretariat juga sedang
menghubungi dan mengalu-alukan tokoh-
tokoh akademik dan mahasiswa yang
berasal dari Terengganu untuk bersama-
sama memeriahkan kembara P3P kali ini.
"Program konvoi ini dinaungi oleh Tengku
Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Sultan
Ismail akan bermula jam 8.00 pagi 1 Mei
sempena cuti hari pekerja," ujarnya.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh
menghubungi talian sekretariat, Zulhimi
012-9283560 atau Hafizul Muda 019-9506457.

Monday, April 22, 2013

Perbezaan ketara antara UMNOBe END & PAS

SAMBUNGAN

Dapatkah anda nilaikan ? Jika anda gagal,anda adalah seorang UMNO,
"seorang insan yang waras akalnya,pasti akan dapat menilai yang mana
baik dan yang mana buruk.

Sekian dari saya.......wassalam....

UMNO lebih teruk jika dibandingkan dengan PAS,UMNO tak layak

Kalau dilihat dan dinilaikan dengan mata kasar di sini,yang mana akan
kamu pilih ? Yang hijau ke yang "Haru Biru" ? Mungkin banyak persoalan
yg bermain di minda kita mengenai 2 jurang perbezaan yang amat ketara
ini,kalau kita meliwat 3 wanita yg brpakaian "Haru Biru" mungkin ada
yang akan mengatakan..."Kita masih belum tahu samaada dia islam atau
tidak,melayu ke cina ? Kalau nak katakan mereka berketurunan
india,maafkan saya,jauhnya panggang dari api.Jauh sangat.
UMNOBN gagal menerapkan semangat keislaman dalam hati rakyat,contoh
kalau kita lihat lihat melalui 2 cara berkempen seperti di atas,UMNO
ternyata gagal dan masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka
gagal,kalau nak dikatakan salah seorang mereka beragama islam,mereka
adalah wanita UMNO,hari hari bercakap pasal lucah,video sex Mustafa
Ali,mereka pasti suka dan takkan berhenti.Kalau anda tak percaya,cuba
hampiri seorang ahli wanita UMNO dan bawa dia borak pasal "video sex"
saya yakin,lepas mereka penat bercakap,nafsu mereka pasti naik "awok
nim asyik dok kecek pasey sex je lah,awok nak ke" ITU ADALAH GAMBARAN.
Mungkin anda takkan percaya apa yang penulis cuba untuk bagitahu,tapi
di sini,apa yang penulis ingin tekankan,cara berkempen AHLI UMNO tak
kira lelaki mahupun perempuan,PUTERI LEMBU UMNO lebih suka dijadikan
"KELDAI" bagi penyebaran video sex dan bercakap mengenai sex di
khalayak ramai,LEMBU kalau dah meragut rumput,rumput beracun pon
diorang balun.Mereka lupa yang status mereka sebagai kaum
wanita,itulah antara "keajaiban sex dalam umno.
Manakala dari segi hukum hudud,hukum yang ditetapkan dalam islam
pula,UMNO diibaratkan sebagai "syaitan yang bisu" dimana mereka
sanggup membiarkan islam dikeji oleh puak MCA,
Persoalannya, pimpinan UMNO yang berdiam diri
dan mengangguk kepala bersetuju serta dayus
untuk berhadapan dengan pimpinan MCA yang
menghina syariat Islam. Kalau UMNO jujur untuk
memperjuangkan Islam, sudah tentu pimpinan
UMNO akan membawa UMNO keluar daripada
Barisan Nasional atau UMNO mengeluarkan MCA
daripada Barisan Nasional tapi UMNO tidak
berani melakukannya kerana cita-cita dan
perjuangan UMNO sama dengan MCA, bahkan
MCA telah memperkudakan UMNO puluhan
tahun untuk membolot harta rakyat dan
menghalang perjuangan Islam. Apabila Chua Soi
Lek menghina undang-undang Islam dan Hudud,
seluruh pimpinan UMNO tersenyum dan
mengiyakannya. Dato Seri Najib, Presiden UMNO
telah menyokong Presiden MCA dengan memberi
jaminan bahawa Hudud tidak akan dilaksanakan
di Malaysia dan mengganggap perlaksanaannya
akan menyebabkan huru hara. Memalukan
masyarakat Islam dan seluruh ahli UMNO yang
cintakan Islam, apabila YB Ayub, wakil rakyat
UMNO daripada Johor yang mencadangkan agar
Johor melaksanakan Hudud tetapi dianggap oleh
Presiden MCA sebagai seorang yang hilang akal.
Hilang akal bererti gila. Seolah-olah pimpinan
MCA kata kepada pimpinan UMNO gila tapi
pimpinan dan ahli UMNO diam mengiyakannya.
Kerjasama Pakatan Rakyat sangat berbeza
dengan kerjasama dalam Barisan Nasional,
bahkan PAS sangat berbeza dengan UMNO. PAS
bertegas dengan sesiapa sahaja untuk
mempertahankan perjuangan dan dasarnya.Jika
pengundi melayu Islam mahu dan sayangkan
Islam dengan jaminan perlaksanaan syariah
Islam dan keadilan untuk semua, nescaya mereka
akan meninggalkan UMNO dan bersama dengan
PAS. PAS telah bersedia ganti UMNO untuk ke
Wisma darul Iman dan Putrajaya kerana PAS
sangat berbeza dengan UMNO. Itulah furqan
(perbezaan) yang diajar oleh Al-Quraan untuk
diikuti. Rakyat sahaja yang boleh menentukan
perbezaan ini dalam PRU 13.

Sunday, April 21, 2013

Pewaris UMNO

Haru biru UMNOBN.......Haru biru.......Haru biru......Siapa tak meliur
? Ingat orang robot ? Inilah contoh teladan yang UMNO sampaikan
terhadap generasi baru rakyat di negara ini ! Makin lama UMNO
ditubuhkan MAKIN BEBAL sesebuah bangsa dan islam semakin jauh
dipinggirkan.......

Friday, April 19, 2013

Datuk Mustafa Ali Diminta Bersumpah Di Masjid

Salam sejahtera buat pembaca sekalian dan para pejuang pakatan
pembangkang,nampaknya seperti yang dijangkakan kita bahawa permainan
retorik "bersumpah" puak UBN telah pun berulang,saya malas nak
merungkai jauh terhadap isu video lucah UMNO sebab di akhir
cerita,seperti yang kita tahu, adegan "bersumpah" pasti ada bagi
mengungkap peleraian ataupun plot bagi mewujudkan klimaks seperti baru
baru ini iaitu puak UBN mula menyoalkan kenapa beliau,Datuk Mustapha
Ali tidak membuat laporan polis mengenai fitnah video sex melibatkan
beliau,mungkin di atas beberapa sebab,antaranya ialah,beliau tidak
mahu perkara tersebut digembar gemburkan meskipun 1 Malaysia sudah
sedia maklum dengan keadaan beliau,terpulang pada tanggapan rakyat
samaada mahu percaya ataupun tidak beliau difitnah.
Seperti yang kita tahu bahawa,dahulu,filem filem lucah melibatkan DSAI
ketua pembangkang juga tidak membuat laporan polis,namun beliau menang
dalam kes dan bebas fitnah.
Mungkin beliau,Datuk Mustafa Ali mengambil pendekatan yang sama
seperti apa yg Anwar lakukan dahulu dengan menyerahkan semua kepada
peguam,namun pada tanggapan saya,setiausaha Agung Pas,
Datuk Mustafa Ali perlu bersikap jujur dan
ikhlas berhubung penyebaran video lucah yang
mengaitkan beliau dengan melakukan sumpah.
Menurut Pengerusi Yayasan Kemajuan Islam
Darul Ridzuan (Kadir), Datuk Azhar Ahmad,
berdolak-dalik hanya akan memburukkan
keadaan kerana dilihat tidak mampu
membersihkan nama pemimpin itu dan maruah
Islam.
''Dalam perkara ini hanya dua orang sahaja yang
tahu, tuan badan dan Allah, dia (Mustafa) kena
gentlemen jika bersalah, mohon maaf cepat.
''Nak bersumpah kena ikhlas mengikut cara
Islam, kalau boleh, bersaksikan ulama-ulama
pondok yang berkecuali,'' katanya ketika
dihubungi di sini hari ini.
Mustafa sehingga kini masih lagi mengambil
pendekatan berdiam diri dan hanya
menyalahkan pihak lain berhubung isu video
seks yang pelakunya dikatakan mirip pemimpin
Pas tersebut.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Cina
Muslim Malaysia, Ann Wan Seng mahu wujud
ketegasan dari pihak Mustafa bagi merungkai
segala keraguan yang timbul.
Jelasnya, Mustafa harus berpegang kepada
prinsip Islam atau menggunakan saluran rasmi
dengan menyerahkan kes tersebut kepada pihak
berkuasa bagi mencari penyelesaian.
''Serahkan kepada pihak polis atau bersumpah
untuk jaga nama baik dia, dia orang besar dalam
sebuah parti yang berteraskan agama, dia kena
bertegas,'' katanya.

Thursday, April 18, 2013

Tolak Budaya Politik Lucah UMNO,ISLAM PASTI SELAMAT

UMNO bagaikan 'kesiamang' dan ibarat cacing kepanasan sebaik sahaja
Video sex fitnah UMNO terhadap Datuk Mustapha Ali yang bertahan selama
4 hari dan selebihnya disebarkan melalui media sesawang
facebook,twitter oleh cybertrooper UMNOBN yang ternyata jelas
memperjuangkan sex sebagai kempen PRU13 semata mata untuk memburuk
pakatan pembangkang melalui fitnah dan tohmahan mereka,pada pengamatan
penulis melalui media facebook,kebanyakkan puaka UMNOBN tak kira
lelaki mahupun perempuan tidak jemu jemu membicarakan tentang video
sex berulang ulang kali tanpa jemu,malahan,penulis juga mengaku
tersilap masuk ke dalam kandang 'lembu gila' UMNO,iaitu Puteri
UMNO,penulis memang dapat mengagak bahawa mereka dari spesis puteri
lembu,memang tak terdaya penulis mengatakan bahawa video sex mustapha
ali video fitnah dan bertambah kantoi lagi,blogger upahan UMNOBN
memfitnah dan mengharubirukan pakatan pembangkang dengan mengatakan
bahawa 2 AMK telah ditahan bagi membantu siasatan dalam penyebaran
video sex Mustapha Ali dan pihak polis mengatakan bahawa setakat ini
masih belum ada tangkapan dibuat.

Permainan licik juak UMNO tidak bertahan lama,video fitnah PAPAGOMO
gagal sama sekali,modal untuk melucah UMNO sudah ketandusan,melalui
pandangan kita,penulis ingin bertanya,adakah UMNO masih layak digelar
kaum islam ? Adakah UMNO layak digelar melayu murtad ? Adakah kita
sebagai rakyat wajib mempertahankan UMNO setelah apa yang mereka
lakukan terhadap sesama kaum islam dari parti PAS ? - UMNO JAHILLIAH
mempersoalkan dan memperlekehkan keislaman PAS, wajarkah kita berpaut
pada dahan yang semakin mereput ? Apakah bukti UMNO murtad ? Mungkin
saya akan katakan di sini bahawa HUDUD adalah satu punca murtadnya
seseorang atau sesebuah organisasi,badan jika
menolak,melambatkan,mempertikaikan dan mempersoalkan hukum yang
ditetapkan sebagai 'harus' di dalam islam.Di bawah ada sedikit artikel
yang dipetik dari Harakah Daily untuk renungan kita bersama,mungkin
artikel yang akan menyusul nanti akan saya hujahkan mengenai bahayanya
akidah yang dipesong dari sebuah kenyataan palsu yang songsang,tolak
politik lucah UBN,tolak UMNO Islam pasti selamat di dunia dan
akhirat,Insha'llah.

KUALA LUMPUR: 14 NGO wanita serta tiga
personaliti bergabung tenaga hari ini bagi
membantah penyebaran video lucah di media.
Bagi mereka, langkah itu satu tindakan yang tidak kena dan melanggar
tatasusila hidup masyarakat negara ini.
Dr Harlina membantah keras pendekatan politik lucah untuk meraih
undi...beliau mengajak
semua wanita tunjukkan bantahan di kertas undi. Itupun selemah-lemah
iman, katanya)Sehubungan itu, mereka mengajak seluruh rakyat khasnya
wanita menolak mereka yang menggunakan pendekatan sebegitu dalam
kempen mereka.
Mereka menyatakan demikian pada sidang media 'Bantahan Terhadap
Penyebaran Video Lucah
Menjelang PRU13' di sebuah hotel di Sungai Besi, pagi ini.
Kumpulan wanita ini diketuai oleh Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj,
Penyelaras Bantahan Bersama NGO Wanita merangkap Naib Ketua Wanita
IKRAM &Pengerusi JK Pembangunan Sosial Ikram.
Antara NGO wanita yang menyertai bantahan ini
adalah:

1) Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
2) Helwa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
3) Biro HALUANITA, Pertubuhan Himpunan
Lepasan 4) Institusi Pendidikan Malaysia
(HALUAN)
5) Integrated Muslimah Associations and
Networks Alliance (IMAANA)
6) Pertubuhan Nisa' Malaysia (NISA')
7) Pertubuhan Mawaddah Malaysia
(MAWADDAH)
8) Association of Women's Initiative for 9)
Research, Development & Advancement
(WIRDA)
10) Muslimah Interest Zone and Networking
(MIZAN)
11) Wadah Kecerdasan Umat Malaysia (WADAH)
12) Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA)
13) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
(PKPIM)
14) IKRAM Siswa
B. Individu perseorangan
1) Prof Dr. Muhaya Muhammad ( Pakar Motivasi
& Personaliti TV)
2) Pn Wardina Safiyyah Fadhullah ( Pengacara
dan Personaliti TV)
3) Ustazah Fatimah Syarha Hj Mohd Noordin
( Penulis Novel Dakwah & Penceramah)

sumber : harakahdaily

Muhyidin Yasin Patut Meminta Maaf Kerana Menipu

TPM Tan Sri Muhyidin Yassin sepatutnya meminta maaf kepada seluruh
rakyat Malaysia kerana setiap ucapan beliau samaada di
Sarawak,Sabah,Semenanjung amat berunsur kepada pandangan negatif
terhadap Manifesto Pakatan Rakyat,malahan,beliau bukan sahaja memburuk
burukkan PR,malah beliau turut mencela pemimpin PR dengan mengatakan
yang pemimpin PR sebagai pemimpin yang tiada moral.

Tidak cukup dengan kenyataan beliau,maaf,saya terpaksa ulang mengenai
hujah beliau "rakyat boleh kehilangan pekerjaan jika PR memerintah
Malaysia" berhubung dengan kenyataan beliau,tidak kah di sini wujudnya
unsur satu penipuan,menghasut minda rakyat atau lebih dikenali sebagai
"brain wash" supaya terus membenci PR sedangkan fakta dan realiti di
sini hanya kerajaan UMNOBN sahaja yang akan ditukar dan bukan nya
kekitangan awam,penjawat awam yang sedia ada.

Beliau juga turut mendakwa mempunyai bukti yang menjurus kepada
keburukan PR bahawa Pakatan Pembanngkang ingin membuat kekacauan
semasa menjelangnya PRU 13 kelak,maka sehubungan dengan itu beliau
turut mengulas kembali sejarah berdah pada 13 May 1969 dimana
kekacauan berlaku pada PRU sehingga menyebabkan ramai yang berbunuhan
sesama kaum.Nampaknya Muhyidin Yassin berjaya menakutkan rakyat dan
menerapkan sentimen anti Pakatan Rakyat seperti yang beliau
harapkan.Sekali lagi rakyat ditipu dan diperbodohkan.

"MANIFESTO PAKATAN RAKYAT MENIPU RAKYAT"

Diantara manifesto PR adalah ingin menurunkan harga kereta buatan
tempatan,jelas beliau di dalam kenyataannya "pakatan rakyat
menipu,sekiranya cukai kereta dihapuskan,harga kereta diturunkan
syarikat boleh bankrap" begitu juga dengan manifesto lain PR iaitu
menghapuskan PTPTN,namun PR gagal memberi pelajaran percuma di
selangor di atas sebab sebab tertentu.Merujuk pada kenyataan
Muhyidin,beliau di sini seolah olah kepanasan dengan manifesto yang
relevan dari PR,"kita tidak meniru manifesto pakatan
pembangkang,perkara ini sudah di dalam perancangan sejak dari dulu"
(wajar ke penulis menarik balik perkataan "cukai kereta mahupun harga
kereta tidak boleh diturunkan,syarikat pembuatan boleh jatuh bankrap")
kita akan menurunkan harga kereta dan bukan untuk meniru manifesto PR
dan cukai akan dikurangkan,tidak dihapuskan....Ada perbezaan ? Jelas
di sini menunjukka Manifesto BN meniru Manifesto PR meskipun UBN
membidas kenyataan itu.

Walau bagaimanapun,Muhyidin kini dengan lantangnya meneruskan penipuan
dan memesongkan minda rakyat supaya membenci pakatan pembangkang,namun
yang jelas di sini,adakah masih relevan buat kita untuk memlih BN yg
jelas menipu,pendusta dalam kat kata dan terus mengaibkan Pakatan
Pembangkang ? Terpulang kepada persepsi anda untuk menentukan.

UMNO PELUCAH BN PENCIPLAK MANIFESTO PR

PENGERUSI BARISAN NASIONAL Datuk Seri Najib Razak melancarkan
manifesto 'Aku Janji' di Shah Alam malam tadi.
Tertarik dengan manifesto BN dan kempen yg dianggap menipu,meniru dan
memperbodohkan rakyat,mengulas kenyataan ucapan Muhyiddin Yassin yang
dianggap sebagai 'demi untuk kesenangan diri beliau,BN,MCA,MIC dan
UMNO.
Manifesto 'Aku janji' adalah pencetus kepada sebuah manifesto yang
tampak jelas menipu,menghasut dan memperbodohkan rakyat,berbalik
kepada ungkapan Muhyidin Yassin yang dianggap menipu "Adakah anda mahu
pemimpin yang tiada moral memerintah anda ? "Adakah anda mahu
sekiranya ahli keluarga anda dan anda sendiri kehilangan pekerjaan
yang sedia ada...jadi begitu kenapa tak meneruskan saja kerajaan yang
sedia ada ? Ulasnya dalam ucapan.

Pada pandangan penulis,adakah ini yang dinamakan demokrasi ? Mana
hilangnya "democracy's running fertile in Malaysia ? Ask najib where
that word's lost ? Is that in Rosmah stomach ? Where you put your
brain ? Why we not change our vote from now ? Saya bukannya nak
memburuk burukkan kerajaan sekarang,tapi sebaliknya saya sungguh
pening memikirkan manifesto tiruan BN dari PR.
Kalau kita lihat "adakah anda mahu kehilangan pekerjaan yang sedia ada
? Pada 2 bulan lepas saya rasa,Seorang PEGAWAI BANK telah dilucutkan
jawatan dan dibuang kerja gara gara dia menyifatkan bahawa
"BERKEMUNGKINAN PR AKAN MENAN BESAR DI MALAYSIA" dengan hanya anggapan
sedemikian,beliau terus dibuang kerja,itulah yang dimaksudkan dengan
"adakah anda mahu kehilangan pekerjaan yang sedia ada" dan itulah
bukti "democracy's running fertile in Malaysia" - Najib........memang
saya salute habis dengan kepimpinan UBN,HIDUP RUSMAH !!
Dibawah adalah satu artikel yang dipetik daripada HARAKAHDAILY
mengenai ulasan Muhyiddin.
"Mereka hanya menokok tambah apa yang telah
dilaksanakan kerajaan BN, kemudian menjaja
kononnya BN meniru agenda yang dibentangkan
mereka," kata Muhyiddin.
Pakatan telah membentangkan manifestonya
pada 25 Februari lepas, sebulan setengah
sebelum BN mengumumkan manifestonya pada 6
April secara langsung di semua media TV.
Ramai yang berpendapat bahawa banyak
tawaran yang dikemukakan oleh PR ada di dalam
manifesto BN.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali
menunjukkan sembilan perkara yang diciplak
oleh Barisan Nasional dari manifesto Pakatan.
Ia termasuklah menaikkan royalti minyak
kepada negeri-negeri pengeluar minyak dari 5 ke
20 peratus, penurunan harga kereta dan juga
lebuhraya di Sabah dan Sarawak.
Ketua Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pula
berkata 22 perkara dalam manifesto PR diceduk
BN.
Meskipun demikian, Muhyiddin tetap menuduh
PR meniru manifestonya.
"Selama ini BN serang manifesto PR akan
bangkrapkan negara. Jadi, BN marah PR ciplak
manifesto dia yang bakal bankrapkan negara?
Atau BN akui cara dia bakal bankrapkan negara?
Tapi, buat apa PR nak ciplak manifesto yang
bakal bangkrapkan negara?" tulis Ketua
Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man di laman Fbnya.
Mengambil sudut tawaran turun harga kereta,
Tuan Ibrahim menyoal mengapa setelah BN
memerintah 56 tahun baru BN terlintas ada
inisiatif untuk menurunkan harga kereta.
"Selepas PR umum turun harga kereta, BN serang
kata tawaran itu akan bankrapkan negara.
"BN kemudian umum turun harga kereta, tuduh
pula PR ciplak manifesto BN. Jadi BN masukkan
benda yang bakal bankrapkan negara dalam
manifesto dia?" sindir Tuan Ibrahim.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menyindir
kehebatan kepimpinan BN dalam menceduk
sehingga ayat "BN ciplak manifesto PR" turut
diceduknya.

Wednesday, April 17, 2013

GEMPARRRR !!!!!!! RUSMAH MANSUR TAKUTKAN BAYANG SENDIRI !!!!

GEMPAR TAHAP BABI !!!!! Isteri Perdana Menteri
Datin Sri Rosmah Mansor seolah-olah seperti
takut bayang-bayangnya sendiri apabila
terus mengeluarkan kenyataan penafian
campur tangan beliau dalam menentukan
calon BN sejurus selepas semua nama calon
diumumkan semalam.

"Menjelang PRU ini saya telah banyak
difitnah dan ditohmah... inilah yang saya
rasa sebagai isteri pemimpin negara dan
perkara itu sememangnya tidak boleh
dielakkan.

"Antara (tohmahan) yang saya dengar, ada
pihak yang bercakap saya masuk campur
dalam pemilihan calon...itu tidak benar
kerana kalau saya masuk campur pasti saya
tahu siapa yang dicalonkan atau
digugurkan," kata Rosmah yang dipetik Sinar
Harian Online.

Satu sumber Umno memberitahu
Harakahdaily, Rosmah tidak boleh
menyalahkan pihak pemerhati politik yang
melihat calon-calon yang dikemukakan BN
semalam mirip calon pilihan isteri perdana
menteri itu.

"Ini gerenti bukan senarai calon yang disukai
oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini lebih
mirip citarasa calon Kak Ros.

"Boleh dikatakan Najib telah memilih calon-
calon yang menepati citarasa isterinya.
Sekarang di kalangan Umno sendiri dah
tersebar ungkapan calon-calon ini ialah
calon-calon Kak Ros," kata sumber itu.

Beliau juga terkejut melihat orang yang
paling tidak disenangi Mahathir, Khairy
Jamaluddin tersenarai sebagai calon untuk
Rembau dan ahli parlimen Jerlun Mukhriz
Mahathir 'dihalau' ke Dewan Undangan
Negeri (Dun).

"Di mana ada Khairy, di situlah tanda
kekalahan Mahathir. Selepas berusaha
sekian lama, Mahathir masih gagal
mencantas Khairy. Ada Khairy di dalam
senarai bermaksud Mahathir dah tewas di
tangan Kak Ros.

"Kak Ros bukan suka sangat kat Khairy, tapi
Khairy adalah tropi kemenangan bila
berlawan dengan Mahathir. Dan Kak Ros nak
send signal itu, dan pada masa yang sama
terlalu gelabah dituduh sebagai dalang
dalam pemilihan calon," kata sumber Umno
itu lagi.

Sumber itu juga memberitahu, kerjaya
politik Mukhriz kini katanya sedang cuba
ditamatkan oleh golongan tertentu.

"Jika tidak, mengapa bagi Ayer Hitam,
kawasan kuat PAS dan bukan Kota Seputih,"
soalnya.

"Saya dah bagitahu awal lagi winnable
candidate ini tiada piawai. Winnable ialah
mengikut kesukaan Kak Ros," katanya lagi.
Selain itu, beliau juga bberkata Umno Shah
Alam kini berasa malu apabila Timbalan
Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin
dicadangkan sebagai calon di sana.

"Mereka kata pencalonan Zulkifli sekarang
dah jadi bahan jenaka di masjid-masjid
negeri Selangor," katanya.

Puteri LEMBU UMNO Dijadikan Keldai Lucah Dalam Penyebaran Video Sex

Kalau kita melihat daris segi cara sesebuah parti politik
berkempen,ambil pendekatan yang mudah dan jelas,UMNO adalah sinonim
dengan parti yang memperjuangkan SEX sebagai modus kempen pilihanraya
melalui pembikinan filem hitam putih low quality dan mempunyai barisan
pelakon porno dan juga selaku "ahli" dalam UMNO,orang yang dimaksudkan
adalah Rahim Thambi yang juga bekas Menteri Besar Melaka yang
dilucutkan jawatan di atas sebab sebab kehancuran moral.Namun
demikian,walaupun telah dilucutkan jawatan sebagai Menteri
Besar,beliau tetap ahli dalam UMNO,jika dilihat dari sejarah,beliau
pernah didakwa di atas sebab Merogol gadis bawah umur dan menuduh Lim
Guan Eng sebagai pelaku kejadian tersebut,perihal rogol budak bawah
umur tersebut akhirnya terbongkar apabila seorang nenek mengadu yang
cucunya mempunyai hubungan intim dan dirogol sewaktu beliau masih
bergelar menteri besar Melaka.
Berbalik pada filem sex hitam putih iaitu cinadol,BN menyarankan agar
tidak menuduh UMNO sebagai dalang di sebalik penyebaran dan mengarah
filem yang bertajuk cinadol yang dirakamkan di thailand,UMNO
berbekalkan modus yang sama selepas filem Liwat I iaitu : Gagal
mendapatkan bukti bahawa Anwar meliwat syaiful,dan memaksa DSAI
bersumpah laknat bahawa beliau tidak melakukan perkara terkutuk
itu.Modus Permainan UMNO berterusan dgn terbitnya filem filem lucah
berserta adegan "bersumpah laknat".Namun demikian,PUTERI LEMBU UMNO
juga memainkan peranan dalam menyebar video video lucah tersebut pada
khalayak ramai dan menuduh DSAI adalah pelakon utama dalam filem
cinadol.

"Wanita merupakan aset yg penting dalam sesebuah keluarga,namun
apabila mereka dilembukan oleh UMNO,maka aset yang berharga itu akan
menghilang sedikit demi sedikit".

"Wanita dijadikan sebagai keldai video lucah UMNO adalah haram untuk
diteruskan zuriat sekiranya pelaku itu tidak bertaubat"

"Hormati hak asasi wanita,jangan jadikan mereka seperti keldai video
lucah ciptaan umno"

ABIM (Malaysia) sekali lagi dengan tegas
mengutuk perbuatan mengedarkan video
lucah untuk kempen pilihan raya ini.
Presidennya, Amidi Abdul Rahman
(gambar) berkata, ia melambangkan satu
tahap pemikiran yang tidak bertamadun
serta menjurus ke arah fenomena politik
longkang yang kotor dan menjijikkan.
"Kita menuntut agar perkara ini diberikan
perhatian serius oleh semua pihak dalam
menghadapi PRU 13 bakal menjelang," kata
Amidi dalam kenyataannya.
Baru-baru masyarakat dikejutkan lagi oleh
satu video kononnya merupakan perlakuan
lucah pemimpin sebuah parti.
Secara kebetulan ia pemimpin sebuah parti
yang sama membentuk satu pakatan dengan
pemimpin sebuah parti lain, yang didakwa
mengedar video lucahnya diedarkan tidak
lama dahulu.
Sehubungan dengan itu, Abim mengutuk
sekeras-kerasnya perbuatan ini.
Abim, katanya, tidak menolak kemungkinan
tindakan ini dipengaruhi oleh pandangan
yang mengharuskan pendedahan aib
seorang pemimpin seperti yang diqiaskan
oleh pihak tertentu seumpama memilih
"pasangan hidup!"
Mungkin inilah situasi yang dimahukan oleh
pihak berkenaan, yang berpendirian, ia
adalah untuk ketelusan dalam memilih
pihak yang wajar menjadi pemimpin negara.
Namun, katanya, pandangan yang kurang
cermat ini boleh menjerumuskan
masyarakat ke dalam situasi yang tidak
sihat.
"Persoalan Adakah benar perkara ini aib?
Atau ia adalah fitnah semata-mata? akan
terus berlegar-legar serta mencetuskan
polemik berpanjangan," tambahnya.
Justeru, Abim menggesa penyebaran perkara
ini perlu dihentikan serta merta demi
menjaga integriti semua pihak yang
bertanding dalam pilihanraya ini.
Abim tidak mahu pilihanraya menjadi
medan lambakkan video-video lucah
sebegini yang tidak memberi sebarang
terhadap perkembangan demokrasi yang
positif, tegas beliau.
Akibatnya, PRU 13 kelak akan menyaksikan
persaingan tidak lagi berasaskan tekad
untuk memperjuangkan kebajikan rakyat,
tetapi sebaliknya diwarnainya dengan aksi
video yang memualkan.
Abim menyeru agar semua pihak tanpa
mengira parti untuk menolak budaya politik
lucah ini.
"Kita khuatir ia akan menjemput kemurkaan
ALlah yang hadir bersama bala dan kutukan.
Semoga kita semua terlindung dari sebarang
keburukan atas tindakan segelintir pihak
yang tidak bertanggungjawab," tambahnya.

Tuesday, April 16, 2013

Panassss !!!!!!!! Ibrahim Ali Mengamuk !!!!!! (7 Ghambo)

Ini merupakan statement yang amat memalukan dan merasakan yang beliau
sudah betul betuk tak diguna pakai oleh umno,beliau mempersoalkan
kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin dan merasa amat tercabar
walaupun beliau tidak menyatakan yg beliau dicabar,naik gelak le
pulak...

"Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak
diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu.
Mungkin rupa paras saya tak cantik atau
sebagainya.
"Tapi saya ingin nyatakan di sini walaupun saya
bertanding di Pasir Mas bukan bererti saya
menentang BN. Saya kira hal Pasir Mas ini kes
terpencil,"

-Ibrahim dilaporkan berkata demikian kepada
pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan
Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan disambut oleh
kira-kira 300 penyokongnya.

Saya rasa kalau beliau terus diajukan dengan persoalan yang sama dari
pelbagai pihak,karang ada yang kena penangan keris sakti dari ciuman
beliau,apa apa pun,najib harus menjawab semua persoalan
ini,sebab,beliau keliru "kenapa saya tidak dicalonkan ? Adakah beliau
tidak diguna pakai dalam UMNO ? Mana keadilan buat Ibrahim Ali ? Mana
ahli ahli perkasa ? Kenapa diam ? Jangan hanya tahu menghanjenkan diri
meminta derma sewaktu utusan disaman,keadilan buat Ibrahim mesti
dituntut.....

Ibrahim Ali: Kenapa Zul dapat tapi saya tidak
Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA
Datuk Ibrahim Ali kecewa kerana tidak diberikan
laluan oleh untuk bertanding atas tiket BN bagi
mempertahankan Parlimen Pasir Mas yang
dimenanginya pada 2008.
Justeru, beliau akan tetap mempertahankan kerusi
itu sebagai calon bebas dalam pilihan raya umum
pada 5 Mei ini, lapor Astro Awani.
Ibrahim berkata, beliau kecewa kerana kerana
tidak diberikan alasan sedangkan naib presiden
PERKASA Zulkifli Noordin dicalonkan oleh BN di
Parlimen Shah Alam.Tak dendam pada BN
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak hari ini
mengumumkan Zulkifli sebagai "calon rakan BN"
untuk bertanding melawan penyandang kerusi itu
dari PAS Khalid Samad.
Bagaimanapun, di Pasir PAS, Ibrahim yang disebut-sebut bertanding atas
tiket BN tidak mendapatpeluang itu apabila ia diberikan kepada BN
sebaliknya meletakkan Timbalan Ketua Bahagian Umno kawasan itu Che
Johan Che Pa.
Sementara itu, Ibrahim menjelaskan, beliau tidak
berdendam dengan BN atau Umno apabila
memutuskan mahu bertanding sebagai calon
bebas.Beliau malah menasihati semua anggota PERKASA supaya menyokong
calon yang dikemukakan oleh BN di kerusi-kerusi lain.
Katanya, keputusan beliau itu dibuat atas
permintaan penduduk Pasir Mas dan masih ada
banyak agenda yang mahu diperjuangkannya,
khususnya yang menyentuh hal ehwal orang
Melayu dan agama Islam.
Dalam masa yang sama, Ibrahim berterima kasih
kepada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak
kerana memilih Zulkifli bertanding menggunakan
tiket BN -Malaysiakini

3 Maut Dalam Serangan Bom Di Boston Marathon US

Mungkin ramai yang memikirkan bahawa di sebalik serangan bom di Boston
ini adalah angkara kaum Islam,namun apakah persepsi masyarakat Islam
di seluruh dunia andai jika si bangsa kapir sial Amerika menuduh umat
islam adalah dalang pengeboman tersebut ? Mungkin seluruh umat islam
di dunia akan menyumpah Amerika sebagai Kafir sial ? Ya,kemungkinan
itulah jawapan yang sepatutnya diterima Amerika.
Namun begitu,Obama selaku perdana Menteri AS bersikap lebih terbuka
walaupun pengeboman tersebut meragut 3 nyawa warga AS dan menyebabkan
ratusan yang lain tercedera,"motif pengeboman masih di dalam siasatan
dan saya berharak agar rakyat AS tidak menimbulkan apa apa spesikulasi
mengenai kejadian ini dan menolak khabar angin yang sumbernya tidak
sahih".Obama mengulas mengenai insiden tersebut.
Sekurang-kurangnya 3 orang telah mati dan
ratusan cedera apabila dua buah bom meletup
berhampiran garisan penamat acara Boston
Marathon semalam. Kecederaan yang dialami
termasuk terputus anggota badan, kecederan
terkena serpihan dan kecereraan anggota badan,
menurut saksi dan kakitangan hospital.
Setakat ini tiada pihak yang mengaku
bertanggungjawab ke atas serangan itu yang juga
merupakan serangan paling teruk ke atas
Amerika sejak kejadian 9/11 pada tahun 2001.
NBC News yang memetik sumber dari agensi
penguatkuasa melaporkan dua buah bom buatan
sendiri telah menjadi punca kepada letupan
tersebut. Pihak FAA telah mewujudkan zon
larangan terbang di kawasan tersebut dan semua
perkhidmatan telefon telah dipadamkan kerana
dikhuatiri akan digunakan untuk meletupkan
bom kawalan telefon.
Di White House, pita kuning digunakan untuk
menghalang pelawat dari masuk ke kawasan
White House dan agent Secret Service teleh
ditempatkan di sekelilingnya sebagai langkah
berjaga-jaga.

Ulasan Dato' Mustapha Ali Mengenai Video Sex

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk
Mustafa Ali (gambar) berkata, beliau tidak akan
menjawab sebarang pertanyaan mengenai video
lucah yang diedarkan.
Dalam satu kenyataan ringkasnya kepada
Harakahdaily, Mustafa berkata, "Semuanya saya
telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi
& Co untuk uruskan."
Beliau dipercayai merujuk kepada video lucah
yang disebarkan melalui beberapa blog Umno
sejak lewat petang semalam.
Ulasan dalam blog itu mengatakan, kononnya ia
dibuat oleh rakan PAS dalam Pakatan Rakyat
iaitu PKR. Ada juga blog Umno yang menulis ia
dibuat oleh golongan parasit dalam PAS yang
tidak senang dengan Mustafa.
Mustafa adalah mangsa yang kesekian kalinya
politik buruk Umno dalam membunuh musuh
politik mereka selepas kelihatan tersepit.
Kajian poll yang dibuat oleh akhbar Sinar Harian
online menunjukkan, manifesto yang mereka
keluarkan ditolak rakyat Malaysia apabila hanya
19 peratus menyokong manifesto BN dan 81
peratus lagi menyokong menifesto Pakatan.
Kesal dengan politik perkauman dan buruk
Umno, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek
telah mengumumkan tidak bertanding dalam
pilihan raya ini, satu sejarah baru dalam politik
Malaysia apabila presiden parti komponen BN
tidak mahu bertanding.
Bimbang dengan sokongan pengundi Cina, Tan
Sri Muhyidin Yasin telah memaksa semua guru
besar dan guru-guru sekolah Cina dari seluruh
negara menyertai perhimpunan bersamanya di
Johor 16 April ini.
Dalam suasana tertekan inilah video lucah
dikeluarkan lagi oleh BN untuk menekan
Pakatan Rakyat. Kali ini mereka cuba
menundingkan jarinya kepada rakan PAS iaitu
PKR untuk melaga-lagakan kedua-dua parti itu.
Berikut adalah kenyataan ringkas Mustafa.

KENYATAAN MEDIA

"Saya tidak akan menjawab sebarang
petanyaan mengenai isu yang diperkatakan.
Semuanya saya telah serahkan kepada
peguam saya melalui Awi & Co untuk
uruskan.

Datuk Mustafa Ali -Setiausaha Agung PAS.

Gambar Aisyah Tersebar !!!! (5 Gambar)

Foto bogel aishah amat diperlukan oleh UMNO meneruskan kempen pada
PRU13 semata mata untuk menjatuhkan kredibiliti Aishah sebagai calon
yang bertanding bagi parti PAS,UMNOBN jelas nampak begitu terdesak
hingga sanggup menuduh beliau dengan berbagai bagai tohmahan dan
sanggup menebuk lubang pada atap rumah beliau untuk mengintai beliau
semasa sedang mandi,perbuatan tak bermoral sesetengah pihak yang
menebuk lubang pada atap bahagian bilik mandi kediaman Aishah akhirnya
terbongkar apabila beliau(Aishah)mengadu bahawa atap rumahnya
bocor,bukan itu sahaja,malah,rumah Aishah turut diceroboh oleh pihak
yang tak bertanggungjawab demi semata mata mahu memasang alat perakam
video pada bilik tidur dan bilik mandi di kediaman Aishah pada hari
lepas.
Kalau pasal "VIDEO" UMNO adalah paling sinonim dan tak lekang dari
menghasil video lucah quality hitam putih,namun kebanyakkan usaha
anjing babi upahan UMNO menemukan kegagalan.Di bawah ada sedikit
mengenai ulasan Aisyah;

"Syukur alhamdulillah, Allah memelihara kita,
Allah sentiasa bersama kita, begitu juga dalam
kes Datuk Mustapha Ali, insyaallah, Allah akan
memberi petunjuknya nanti,"ujar Aishah.
Beliau berkata demikian ketika mengulas
kejadian penyebaran video tidak bermoral
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali, yang
kini menjadi bulan hangat di seluruh negara
semalam.

Sebelum itu beliau menyampaikan ceramah di
Dun Tawang, Bachok dekat sini bersama
Adunnya, Ustaz Hassan Mahmod.
Bagi Aishah, sesiapa sahaja yang berada bersama
PAS termasuk Pakatan Rakyat akan menjadi
mangsa politik kotor pihak lawan sebagai modal
akhir untuk mempertahankan hayat.
Artis yang juga calon PAS Jempol Negeri
Sembilan itu berkata, ianya dijangka 'bom' hayat
untuk menyelamatkan parti pemerintah
sebelum ini untuk berhadapan dengan pihak
lawan yang semakin mendapat sokongan rakyat.
Tambahnya, sedangkan tindakan begitu juga
akan menjadi senjata 'makan diri' kerana
akhirnya akan terpalit terkena diri.
Beliau yakin rakyat tidak akan menelan fitnah
itu mentah-mentah kerana mereka telah sedar
dan cerdik untuk terus bermimpi dengan
permainan fitnah.
Jelasnya, mentaliti rakyat Malaysia bukan lagi di
zaman dunia ketiga, mereka sekarang
berpendidikan tinggi, paling besar pendidikan
agama.

"Pihak lawan tidak perlu buat sesuatu perkara
yang cukup jijik sekiranya sedar mereka adalah
sebuah parti yang baik serta mampu membela
rakyat.
"Tidak perlu takut, sebaiknya dedahkan apa
yang ingin kita buat dan kejayaannya juga,
bukan berterusan menekan pihak lawan dengan
fitnah yang mengaibkan, kerana keaiban itu
akan menikam diri kita juga,"ujarnya.