Friday, May 31, 2013

Aimi Hamiza mati dibunuh

ANGGOTA polis memeriksa tempat mayat
arwah ditemui.
Siapakah Pembunuh Aimi Hamizah? |
"Arwah sempat mengajak saya berbuka puasa
bersama, malah sebelum keluar mengaji, dia
salam saya dan mencium ibunya berulang kali
tidak seperti kebiasaan."
Begitu kata Mohamad Sahak, 58, bapa Aimi
Hamizah, 14, yang ditemui mati dalam semak di
kawasan pembuangan sampah berhampiran
tanah lapang di Kampung Solok Gaung, Ayer
Molek, di sini, malam kelmari.
Mayat pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Ayer Molek yang dilaporkan
hilang sejak Isnin lalu itu dipercayai menjadi
mangsa bunuh sebelum ditemui sekumpulan
remaja yang bermain bola di kawasan
berhampiran.

JENAZAH arwah
dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah
siasat.
Mohamad berkata, sebelum kejadian, anak
bongsu daripada tiga beradik itu berjalan untuk
mengaji di sebuah rumah kira-kira 200 meter
dari rumah mereka pada jam 7.40 malam.
"Kebiasaannya arwah pulang jam 9 malam,
namun pada malam kejadian sehingga jam 10
malam, arwah masih tidak muncul sebelum saya
mencarinya di tempat mengaji. - hmetro

No comments:

Post a Comment