Sunday, July 28, 2013

Foto Perkahwinan Ras Adiba dan Ilias Yaakob

Tahniah diucapkan kepada Ras Adiba Radzi, 45, kerana selamat begelar isteri dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, semalam. Pembaca berita itu memilih penasihat kewangan, Ilias Yaakop, 45, sebagai suami. Berwalikan bapa Ras, Mohd. Radzi Wahab, 73, pasangan berkenaan disatukan dengan tiga kali lafaz sekitar jam 6.10 petang. Pada majlis tersebut Ras menerima mas kahwin RM99 dan wang hantaran RM10,000. Pihak lelaki turut memberikan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.

Didoakan, perkahwinan ini memberikan sinar kebahagiaan buat Ras yang mengalami lumpuh dari pinggang hingga hujung kaki sejak 2002 setelah mengalami kemalangan jalanraya. Jika diimbas semula, Ras yang mempunyai seorang anak angkat bernama Umar Ras Engel Abdullah pernah melalui episod duka dalam soal cinta apabila perancangannya mahu berkahwin dengan seorang pemuda Perancis dibatalkan seminggu sebelum dia naik pelamin. Saat itu, majlis dibatalkan walau kad sudah diedar dan dewan sudah ditempah gara-gara keluarga sebelah lelaki tidak merestui perkahwinan tersebut kerana bimbang anak mereka menghadapi masalah jika hidup bersama OKU sepertinya.

No comments:

Post a Comment