Sunday, July 14, 2013

Kontroversi Gambar Pemimpin Dunia Bercium Mulut

Kontroversi Gambar Pemimpin Dunia Bercium Mulut Dalam Iklan Benetton. Kempen pengiklanan jenama pakaian terkenal, Benetton berjudul UNHATE yang dipaparkan di kedai di seluruh dunia,media cetak dan Internet baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila imej beberapa pemimpin dunia ' bercumbu' dipaparkan termasuklah imej Pope Benedict bercium dengan seorang ulamak dari Mesir.

Vatican semalam mengeluarkan kecaman terhadap kempen global syarikat pakaian Benetton kerana turut memaparkan imej Pope Benedict XVI bercium dengan Imam Masjid al-Azhar, Sheikh Ahmed el-Tayyeb.

"Kita mesti menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap penggunaan melampau imej ketua paderi yang dimanipulasi dan dieksploit secara terbuka demi memenuhi kehendak kempen komersial," kata kenyataan itu dibuat jurucakap Vatican, Federico Lombardi. Menurut Lombardi, kempen komersial berkenaan menunjukkan rasa tidak hormat syarikat terbabit kepada pemimpin tertinggi Kristian serta menghina perasaan penganut agama itu. Katanya, ia menunjukkan bagaimana sesuatu publisiti boleh dibuat secara provokatif tanpa menghormati orang lain yang menjadi peraturan asas demi menarik perhatian awam.


"Vatican mengkaji apa langkah sewajarnya perlu diambil bagi menjamin pembelaan adil terhadap imej Pope," katanya. Melalui iklan itu, Benedict dipaparkan berkucupan dengan Ahmed - seorang imam di Kaherah, Mesir, serta pemimpin Sunnah disegani. Lagi aksi pemimpin dunia lain 'berkucup'


Gambar:Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, berkucupan dengan Presiden Venezuela,Hugo Chavez


Gambar: Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, berpasangan dengan Canselor Jerman, Angela Merkel.


Gambar: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pula dipaparkan berkucupan dengan pemimpin Fatah Palestin, Mahmoud Abbas


Gambar:Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berkucupan dengan Presiden China, Hu Jintao


Gambar: Presiden Korea Utara, Kim Jong-il pula bercumbu dengan Presiden Korea Selatan, Lee Myung Bak Timbalan Pengerusi Benetton, Alessandro Benetton,berkata iklan itu adalah " provokasi membina" untuk mempromosi sikap toleransi.

"Kami memilih isu sosial dan aktif mempromosi isu kemanusiaan ke seluruh dunia," katanya.

sumber : dailymail.co.uk

No comments:

Post a Comment