Sunday, July 7, 2013

Suami Bunuh Isteri dan anak

SIBU – Penduduk Sibu digemparkan dengan kes bunuh apabila seorang lelaki dipercayai bertindak membunuh isteri dan dua anaknya disyaki menggu­nakan gas beracun di kedia­man mereka di Lorong 1B, Pulau Li Hua, semalam.
Suspek yang melarikan diri selepas kejadian berjaya ditangkap polis di Bintulu, malam tadi.
Anak lelaki sulung suspek, Tiang Soon Thai, 17, yang terselamat dalam kejadian itu dipercayai ada terhidu bau gas beracun ketika terjaga pada kira-kirajam 6 pagi.
Difahamkan, gas beracun disalurkan ke dalam bilik menggunakan dua paip yang disambungkan kepada sil­inder gas yang diletakkan di luar rumah.
Soon Thai terjaga buat kali kedua pada jam 10 pagi ketika ayahnya yang berusia 43 tahun mengacu batang buluh ke arah lehernya dipercayai dengan niat untuk membunuhnya.


Mangsa turut dipukul oleh ayahnya menyebabkan dia mengalami kecederaan di tengkuk dan telinga kanannya.
Ibu dan adik lelaki mangsa yang berusia dua tahun dijumpai terbaring tidak bernyawa di tepi tilam sementara adik perempuannya, 14, terbaring di atastilam.
Soon Thai berjaya menyelamatkan diri setelah bertindak melompat dari tingkat atas rumah menerusi balkoni sambil dikejar oleh ayahnya.
Mangsa berjaya diselamatkan oleh jiran yang tinggalbertentangan rumah mereka yang kemudiannya mengunci pintu pagar setelah dimaklumkan mengenai kejadian pembunuhan itu.
Jiran mangsa turut menghubungi pihak polis untuk menahan suspek.
Selepas 10 minit berdiri di hadapan pintu pagar rumah mereka, suspek bertindak melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail yang mengesahkan kejadian itu mengklasifikasikan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.
Suspek yang merupakan kontraktor membersihkan ladang kelapa sawit telah membawa ahli keluarganya keluar makan malam pada malam sebelum kejadian.
Sekembalinya ke rumah, suspek dipercayai memaksa ahli keluarganya ke dalam sebuah bilik sebelum memberi pil yang dipercayai pil tidur bagi membuatkan mereka tertidur.

"Pihak polis masih menyiasat sama ada suspek cubamemberi pil sebelum melakukan pembunuhan. Polis juga menyiasat sama ada suspek membunuh ahli keluarga di bilik dipenuhi gas beracun," ujar Shafie.

Polis telah mengenal pasti mangsa sebagai Ling Yung Ming, 40, anak perempuannya Christine Tiang Soon Ai, 14, dan anak lelakinya Victor Tiang Soon Heng, 2.
Ling Yung Ming merupakan kakak kepada Ling Ting Hock yang dibunuh bersama tiga lagi ahli keluarganya oleh seorang remaja berusia 17 tahun di kediaman mereka di Jalan RTM pada 3 Januari 2012. –Borneo Post

No comments:

Post a Comment