Thursday, July 4, 2013

Presiden Morsi Diguling Tentera

Terkini, Dr Morsi telah dijatuhkan dengan cara rampasan kuasa oleh pihak tentera Mesir.

Tentera Mesir guling Presiden Morsi,Berita sedih untuk umat Islam di seluruh dunia. Angkatan tentera Mesir menggulingkan Presiden Mohamed Morsi pada lewat semalam selepas ketegangan selama seminggu yang menggambarkan berjuta orang membanjiri jalan raya bagi menuntut pemimpin dari parti Islam itu meletakkan jawatan selepas setahun berkuasa.

Pengumuman itu dibuat menerusi televisyen oleh menteri pertahanan Morsi Panglima Tentera Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi sambil disambut sorakan dikalangan penunjuk perasaan yang berkhemah di jalan raya selepas beberapa hari. Sisi juga mengumumkan menggantung perlembagaan dan akan membuat pilihan raya Presiden dalam tempoh terdekat - AFP.

Dilaporkan sekarang ini pihak berkuasa Mesir melakukan operasi tangkapan besar-besaran kepada pimpinan kumpulan Islam-Ikhwan Muslimin, Salafi dan lain-lain. Stesen televisyen milik Ikhwan Muslimin Misr25 Salafi,Rahmah dan An-Nas ditutup langsung sejurus ucapan Ketua tentera Abdul Fatah As-Sisi. Semua media pro-morsi telah ditutup. Amerika, Israel, UAE (Abu Dhabi dan Dubai), rejim Syria, Syiah, Saudi, Iran.Mubarak dan golongan sekular. mereka semua mengucapkan tahniah kepada rakyat mesir yang menentang morsi (president mesir) kerana menentang pemimpin Islamyang melampau. Lantas apakah nasib umat Islam di seluruh dunia khasnya di Syria. Terbela kah mereka selepas ini ? Adakah kedutaan Syria akan kembali dibuka di Kaherah ? Adakah pelarian Syria akan bebas menikmati kehidupan sebelum ini yang dilayan sebagai tetamu bukan pelarian ?

1 comment:

  1. Allah sayangkan orang seperti beliau....takkan islam hilang di dunia...Allahuakbar....Subhanallah....

    ReplyDelete