Wednesday, July 3, 2013

Pelukis Kartun Menghina Nabi Muhammad Dibakar Api Misteri

SUBHANALLAH..dalam laporan siasatan sebuah akhbar yang diterbitkan dari Arab Saudi, telah mendakwa bahawa Kurt Westergaard, kartunis Denmark yang menggemparkan dunia Islam kerana menghina Nabi Muhammad SAW dalam karikaturnya, telah meninggal dunia dalam kejadian kebakaran. Pihak berkuasa Denmark telah cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan kematiannya yang telah membuatkan seluruh umat Islam seluruh dunia marah dengan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW. Rentetan dari itu kartunis ini telah menerima ancaman dari seluruh dunia yang marah kerana penerbitan yang berulang-ulang di akhbar Eropah. Pada Februari 2008, tiga warga Arab telah ditangkap kerana tuduhan penglibatan mereka dalam yang merancang kematian Kurt.Seorang lelaki Somalia telah juga cuba menikam beliau tetapi polis berjaya menyelamatkan beliau. Laporan siasatan berkata, kejadian itu berlaku di mana Westergaard telah terbakar serius dan mati di tempat kejadian dan kejadian berlaku dalam biliknya, anehnya, bilik itu telah di kawal ketat tanpa sesiapa pun boleh masuk.Bagaimana dia boleh terbakar ? takkan pengawal di luar rumah x perasan ? misteri kematiannya x terungkai dan yang paling penting ia di rahsiakan dari pengetahuan umum. Laporan itu juga mendakwa bahawa beberapa saksi-saksi juga bersedia untuk memberi keterangantentang apa yang berlaku. Pihak berkuasa Denmark setakat ini tidak dapat mencari sebarang punca mengenai api tersebut, sambil menganggap ini adalah konspirasi dari luar yang ingin membunuh kartunis tersebut.

Bilik pelukis laknat yang dipercayai terbakar dan bukannya akibat khianat dari manusia,Wallahualam.

Menurut BBC, sebanyak dua belas orang yang terlibat dalam penerbitan karikatur menghina Nabi Muhammad, tetapi semua mereka, kecuali Kurt, telah memilih untuk bersembunyi untuk melarikan diri dari kemarahan awam selepas umat Islam di seluruh dunia telah mengambil bahagian dalam perhimpunan bantahan yang dihadiri oleh berjuta-juta orang. Orang2 di Malaysia juga telah menyertai saudara-saudara mereka seperti orang-orang di Indonesia, Bangladesh, India dan banyak negara-negara Arab untuk menyatakan bantahan terhadap konspirasi untuk memburuk-burukkan Agama Islam. Yang membuatkan lagi ramai umat Islam kesal ialah beliau tidak menyesal dengan apa yg di lakukan. Akhbar Saudi berkata kematian Kurt menunjukkan betapa kekuasaan Allah SWT, walaupun di kawal ketat dan di tempatkan di dalam bilik yg selamat, tiada dapat menyelamatkan dia dari balasan dan azab dari Allah Taala.

No comments:

Post a Comment