Tuesday, July 2, 2013

LINKIN PARK LIVING THING WORLD TOUR CONCERT KL

ROCK BAND LINKIN PARK LIVING THINGS WORLD TOUR LIVE IN KUALA LUMPUR 2013. Memang teruja sangat sebab konsert akan berlangsung pada 10 Syawal atau awal sebelum tu,tapi saya rasa tak salah kalau nak berhibur pada waktu itu,lagipun bukan mudah nak menyaksikan band yang diminati datang di Malaysia kan ? Sidang media akan dibuat bersempena dengan pengunguman pada tempoh yang terdekat kelak dan kosert tersebut ditaja oleh Wonderland+. Band yang popular dengan lagu "Breaking The Habit" itu akan mengadakan konsert jelajah dunia di Kuala Lumpur bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Isnin 19 August 2013 pada jam 8 malam,apa tunggu lagi ? Apa yang lagi bertuah, Malaysia adalah di antara negara Asia yang terpilih sebagai salah satu lokasi konsert di Asia Tenggara. Malah, Thailand,Indonesia, dan Singapura juga tidak dipilih sebagai lokasi persinggahan mereka kerana kesuntukan masa penjelajahan tersebut.


Kepada peminat Linkin Park, anda boleh mendapatkan tiket Konsert Live Linkin Park 2013 di www.ticketcharge.com.my atau hubungi ke talian (+60) 3 9222 8811 atau www.facebook.com/thewonderlandplus dengan harga tiket: Kategori tempat duduk bebas, RM95, RM195 dan RM295.

Kategori tempat berdiri bebas, RM350 (Zon Playground), RM450 (Zon Rock), RM550 (The Pit) dan RM680 (VIP). Anda juga boleh mendapat diskaun sebanyak 10% jika anda membeli tiket Konsert mereka lebih awal, sepanjang tempoh pra jualan bermula 21 hingga 30 Jun depan.

No comments:

Post a Comment