Friday, July 5, 2013

Konsert Metallica Sah Akan Berlangsung Ogos Ini

Metallica menerusi laman web rasmi mereka hari ini telah mengesahkan kehadiran ke Malaysia buat pertama kali dan akan mengadakan konsert di Stadium Merdeka pada 21 Ogos ini. Berita yang ditulis juga memaklumkan yang penjualan tiket untuk konsert Metallica ini akan bermula 11.30 pagi pada 6 Julai ini di pusat membeli belah Fahrenheit 88, Jalan Bukit Bintang. Menurut maklumat awal, harga tiket untuk tempat duduk bebas (free seating) berharga RM380/RM350/RM195 manakala kawasan ROCKZONE berharga RM680/RM550/RM450. Manakala penjualan tiket secara atas talian (online) hanya akan bermula pada 8 Julai (Isnin) melalui www.ticketcharge.com.my dan juga laman web penganjur www.galaxy.com.my. Anda teruja untuk pergi ?

No comments:

Post a Comment