Wednesday, April 17, 2013

GEMPARRRR !!!!!!! RUSMAH MANSUR TAKUTKAN BAYANG SENDIRI !!!!

GEMPAR TAHAP BABI !!!!! Isteri Perdana Menteri
Datin Sri Rosmah Mansor seolah-olah seperti
takut bayang-bayangnya sendiri apabila
terus mengeluarkan kenyataan penafian
campur tangan beliau dalam menentukan
calon BN sejurus selepas semua nama calon
diumumkan semalam.

"Menjelang PRU ini saya telah banyak
difitnah dan ditohmah... inilah yang saya
rasa sebagai isteri pemimpin negara dan
perkara itu sememangnya tidak boleh
dielakkan.

"Antara (tohmahan) yang saya dengar, ada
pihak yang bercakap saya masuk campur
dalam pemilihan calon...itu tidak benar
kerana kalau saya masuk campur pasti saya
tahu siapa yang dicalonkan atau
digugurkan," kata Rosmah yang dipetik Sinar
Harian Online.

Satu sumber Umno memberitahu
Harakahdaily, Rosmah tidak boleh
menyalahkan pihak pemerhati politik yang
melihat calon-calon yang dikemukakan BN
semalam mirip calon pilihan isteri perdana
menteri itu.

"Ini gerenti bukan senarai calon yang disukai
oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini lebih
mirip citarasa calon Kak Ros.

"Boleh dikatakan Najib telah memilih calon-
calon yang menepati citarasa isterinya.
Sekarang di kalangan Umno sendiri dah
tersebar ungkapan calon-calon ini ialah
calon-calon Kak Ros," kata sumber itu.

Beliau juga terkejut melihat orang yang
paling tidak disenangi Mahathir, Khairy
Jamaluddin tersenarai sebagai calon untuk
Rembau dan ahli parlimen Jerlun Mukhriz
Mahathir 'dihalau' ke Dewan Undangan
Negeri (Dun).

"Di mana ada Khairy, di situlah tanda
kekalahan Mahathir. Selepas berusaha
sekian lama, Mahathir masih gagal
mencantas Khairy. Ada Khairy di dalam
senarai bermaksud Mahathir dah tewas di
tangan Kak Ros.

"Kak Ros bukan suka sangat kat Khairy, tapi
Khairy adalah tropi kemenangan bila
berlawan dengan Mahathir. Dan Kak Ros nak
send signal itu, dan pada masa yang sama
terlalu gelabah dituduh sebagai dalang
dalam pemilihan calon," kata sumber Umno
itu lagi.

Sumber itu juga memberitahu, kerjaya
politik Mukhriz kini katanya sedang cuba
ditamatkan oleh golongan tertentu.

"Jika tidak, mengapa bagi Ayer Hitam,
kawasan kuat PAS dan bukan Kota Seputih,"
soalnya.

"Saya dah bagitahu awal lagi winnable
candidate ini tiada piawai. Winnable ialah
mengikut kesukaan Kak Ros," katanya lagi.
Selain itu, beliau juga bberkata Umno Shah
Alam kini berasa malu apabila Timbalan
Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin
dicadangkan sebagai calon di sana.

"Mereka kata pencalonan Zulkifli sekarang
dah jadi bahan jenaka di masjid-masjid
negeri Selangor," katanya.

No comments:

Post a Comment