Thursday, April 18, 2013

Muhyidin Yasin Patut Meminta Maaf Kerana Menipu

TPM Tan Sri Muhyidin Yassin sepatutnya meminta maaf kepada seluruh
rakyat Malaysia kerana setiap ucapan beliau samaada di
Sarawak,Sabah,Semenanjung amat berunsur kepada pandangan negatif
terhadap Manifesto Pakatan Rakyat,malahan,beliau bukan sahaja memburuk
burukkan PR,malah beliau turut mencela pemimpin PR dengan mengatakan
yang pemimpin PR sebagai pemimpin yang tiada moral.

Tidak cukup dengan kenyataan beliau,maaf,saya terpaksa ulang mengenai
hujah beliau "rakyat boleh kehilangan pekerjaan jika PR memerintah
Malaysia" berhubung dengan kenyataan beliau,tidak kah di sini wujudnya
unsur satu penipuan,menghasut minda rakyat atau lebih dikenali sebagai
"brain wash" supaya terus membenci PR sedangkan fakta dan realiti di
sini hanya kerajaan UMNOBN sahaja yang akan ditukar dan bukan nya
kekitangan awam,penjawat awam yang sedia ada.

Beliau juga turut mendakwa mempunyai bukti yang menjurus kepada
keburukan PR bahawa Pakatan Pembanngkang ingin membuat kekacauan
semasa menjelangnya PRU 13 kelak,maka sehubungan dengan itu beliau
turut mengulas kembali sejarah berdah pada 13 May 1969 dimana
kekacauan berlaku pada PRU sehingga menyebabkan ramai yang berbunuhan
sesama kaum.Nampaknya Muhyidin Yassin berjaya menakutkan rakyat dan
menerapkan sentimen anti Pakatan Rakyat seperti yang beliau
harapkan.Sekali lagi rakyat ditipu dan diperbodohkan.

"MANIFESTO PAKATAN RAKYAT MENIPU RAKYAT"

Diantara manifesto PR adalah ingin menurunkan harga kereta buatan
tempatan,jelas beliau di dalam kenyataannya "pakatan rakyat
menipu,sekiranya cukai kereta dihapuskan,harga kereta diturunkan
syarikat boleh bankrap" begitu juga dengan manifesto lain PR iaitu
menghapuskan PTPTN,namun PR gagal memberi pelajaran percuma di
selangor di atas sebab sebab tertentu.Merujuk pada kenyataan
Muhyidin,beliau di sini seolah olah kepanasan dengan manifesto yang
relevan dari PR,"kita tidak meniru manifesto pakatan
pembangkang,perkara ini sudah di dalam perancangan sejak dari dulu"
(wajar ke penulis menarik balik perkataan "cukai kereta mahupun harga
kereta tidak boleh diturunkan,syarikat pembuatan boleh jatuh bankrap")
kita akan menurunkan harga kereta dan bukan untuk meniru manifesto PR
dan cukai akan dikurangkan,tidak dihapuskan....Ada perbezaan ? Jelas
di sini menunjukka Manifesto BN meniru Manifesto PR meskipun UBN
membidas kenyataan itu.

Walau bagaimanapun,Muhyidin kini dengan lantangnya meneruskan penipuan
dan memesongkan minda rakyat supaya membenci pakatan pembangkang,namun
yang jelas di sini,adakah masih relevan buat kita untuk memlih BN yg
jelas menipu,pendusta dalam kat kata dan terus mengaibkan Pakatan
Pembangkang ? Terpulang kepada persepsi anda untuk menentukan.

No comments:

Post a Comment