Tuesday, April 16, 2013

Panassss !!!!!!!! Ibrahim Ali Mengamuk !!!!!! (7 Ghambo)

Ini merupakan statement yang amat memalukan dan merasakan yang beliau
sudah betul betuk tak diguna pakai oleh umno,beliau mempersoalkan
kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin dan merasa amat tercabar
walaupun beliau tidak menyatakan yg beliau dicabar,naik gelak le
pulak...

"Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak
diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu.
Mungkin rupa paras saya tak cantik atau
sebagainya.
"Tapi saya ingin nyatakan di sini walaupun saya
bertanding di Pasir Mas bukan bererti saya
menentang BN. Saya kira hal Pasir Mas ini kes
terpencil,"

-Ibrahim dilaporkan berkata demikian kepada
pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan
Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan disambut oleh
kira-kira 300 penyokongnya.

Saya rasa kalau beliau terus diajukan dengan persoalan yang sama dari
pelbagai pihak,karang ada yang kena penangan keris sakti dari ciuman
beliau,apa apa pun,najib harus menjawab semua persoalan
ini,sebab,beliau keliru "kenapa saya tidak dicalonkan ? Adakah beliau
tidak diguna pakai dalam UMNO ? Mana keadilan buat Ibrahim Ali ? Mana
ahli ahli perkasa ? Kenapa diam ? Jangan hanya tahu menghanjenkan diri
meminta derma sewaktu utusan disaman,keadilan buat Ibrahim mesti
dituntut.....

Ibrahim Ali: Kenapa Zul dapat tapi saya tidak
Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA
Datuk Ibrahim Ali kecewa kerana tidak diberikan
laluan oleh untuk bertanding atas tiket BN bagi
mempertahankan Parlimen Pasir Mas yang
dimenanginya pada 2008.
Justeru, beliau akan tetap mempertahankan kerusi
itu sebagai calon bebas dalam pilihan raya umum
pada 5 Mei ini, lapor Astro Awani.
Ibrahim berkata, beliau kecewa kerana kerana
tidak diberikan alasan sedangkan naib presiden
PERKASA Zulkifli Noordin dicalonkan oleh BN di
Parlimen Shah Alam.Tak dendam pada BN
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak hari ini
mengumumkan Zulkifli sebagai "calon rakan BN"
untuk bertanding melawan penyandang kerusi itu
dari PAS Khalid Samad.
Bagaimanapun, di Pasir PAS, Ibrahim yang disebut-sebut bertanding atas
tiket BN tidak mendapatpeluang itu apabila ia diberikan kepada BN
sebaliknya meletakkan Timbalan Ketua Bahagian Umno kawasan itu Che
Johan Che Pa.
Sementara itu, Ibrahim menjelaskan, beliau tidak
berdendam dengan BN atau Umno apabila
memutuskan mahu bertanding sebagai calon
bebas.Beliau malah menasihati semua anggota PERKASA supaya menyokong
calon yang dikemukakan oleh BN di kerusi-kerusi lain.
Katanya, keputusan beliau itu dibuat atas
permintaan penduduk Pasir Mas dan masih ada
banyak agenda yang mahu diperjuangkannya,
khususnya yang menyentuh hal ehwal orang
Melayu dan agama Islam.
Dalam masa yang sama, Ibrahim berterima kasih
kepada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak
kerana memilih Zulkifli bertanding menggunakan
tiket BN -Malaysiakini

No comments:

Post a Comment