Tuesday, April 16, 2013

Ulasan Dato' Mustapha Ali Mengenai Video Sex

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk
Mustafa Ali (gambar) berkata, beliau tidak akan
menjawab sebarang pertanyaan mengenai video
lucah yang diedarkan.
Dalam satu kenyataan ringkasnya kepada
Harakahdaily, Mustafa berkata, "Semuanya saya
telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi
& Co untuk uruskan."
Beliau dipercayai merujuk kepada video lucah
yang disebarkan melalui beberapa blog Umno
sejak lewat petang semalam.
Ulasan dalam blog itu mengatakan, kononnya ia
dibuat oleh rakan PAS dalam Pakatan Rakyat
iaitu PKR. Ada juga blog Umno yang menulis ia
dibuat oleh golongan parasit dalam PAS yang
tidak senang dengan Mustafa.
Mustafa adalah mangsa yang kesekian kalinya
politik buruk Umno dalam membunuh musuh
politik mereka selepas kelihatan tersepit.
Kajian poll yang dibuat oleh akhbar Sinar Harian
online menunjukkan, manifesto yang mereka
keluarkan ditolak rakyat Malaysia apabila hanya
19 peratus menyokong manifesto BN dan 81
peratus lagi menyokong menifesto Pakatan.
Kesal dengan politik perkauman dan buruk
Umno, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek
telah mengumumkan tidak bertanding dalam
pilihan raya ini, satu sejarah baru dalam politik
Malaysia apabila presiden parti komponen BN
tidak mahu bertanding.
Bimbang dengan sokongan pengundi Cina, Tan
Sri Muhyidin Yasin telah memaksa semua guru
besar dan guru-guru sekolah Cina dari seluruh
negara menyertai perhimpunan bersamanya di
Johor 16 April ini.
Dalam suasana tertekan inilah video lucah
dikeluarkan lagi oleh BN untuk menekan
Pakatan Rakyat. Kali ini mereka cuba
menundingkan jarinya kepada rakan PAS iaitu
PKR untuk melaga-lagakan kedua-dua parti itu.
Berikut adalah kenyataan ringkas Mustafa.

KENYATAAN MEDIA

"Saya tidak akan menjawab sebarang
petanyaan mengenai isu yang diperkatakan.
Semuanya saya telah serahkan kepada
peguam saya melalui Awi & Co untuk
uruskan.

Datuk Mustafa Ali -Setiausaha Agung PAS.

No comments:

Post a Comment