Tuesday, April 30, 2013

Lim Kit Siang tiada di Lembah Klang ketika tercetusnya peristiwa 13 Mei

Walaupun berkali-kali Lim
Kit Siang menegaskan beliau tidak ada di
Lembah Kelang ketika tercetusnya peristiwa
13 Mei, namun Umno tetap menyebarkan
fitnah menuduh beliau menjadi perancang
tragedi berdarah tahun 1969 itu.
Dalam usaha terdesak berdepan Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13) ini, pelbagai risalah
fitnah berhubung tragedi berdarah itu
disebar termasuk di pasar malam di Taman
Universiti, Skudai dengan mengaitkan
penasihat DAP itu.
Di Tanjung Piai pula, jentera DAP menemui
risalah bertajuk 'DAP Rasis' yang yang
dilaporkan turut diedar di kampung-
kampung Melayu.
Apa yang menarik, risalah yang diedarkan di
Skudai memuatkan satu wawancara akhbar
milik Umno Mingguan Malaysia dengan
bekas Ketua Pengarah Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur Datuk Noordin Abdul Razak
yang mendakwa beliau melihat Lim bersama
penunjuk perasaan anti-Melayu semasa
insiden tersebut.
Dakwaan itu bertentangan dengan
penjelasan Lim. Menurut Penasihat DAP itu,
beliau tidak berada di Kuala Lumpur pada
11, 12 dan 13hb Mei 1969.
"Saya masa itu bertanding di Bandar Melaka,
dan berada di pusat pengiraan undi di
Melaka sehingga awal pagi 11hb Mei 1969
kerana menunggu keputusan, hanya kembali
kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada
11hb Mei (hari Ahad)," kata Lim.
Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12hb Mei
1969, beliau pulang ke Bandar Melaka untuk
mengucapkan terima kasih kepada para
pengundi di perarakan terima kasih kepada
pengundi pada petang dan menghadiri satu
rapat umum terima kasih kepada pengundi
pada sebelah malamnya.
Kedua-dua acara itu katanya telah
berlangsung secara aman.
"Saya mungkin merupakan satu-satunya
wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat
mengadakan perarakan dan rapat umum
berterimakasih kepada pengundi selepas
pilihan raya kerana saya telah menempah
tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi
hari Selasa, 13hb Mei 1969 untuk membantu
dalam kempen pilihanraya calon-calon bebas
di situ, kerana pada masa itu, hari mengundi
Sabah dan Sarawak adalah diadakan
seminggu selepas keputusan pilihan raya
diumumkan di Semenanjung.
"Semasa saya berucap di rapat umum di Kota
Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah saya
terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah
berlaku di Kuala Lumpur," kata Lim.
Beliau juga memberitahu, dalam ucapan
pertamanya di Parlimen pada 23 Februari
1971 setelah beliau dibebaskan daripada
tahanan ISA pertamanya, serta selepas
Parlimen dipulihkan, semasa membahas
Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan
1971, beliau telah menyeru supaya satu
Suruhanjaya Parlimen ditubuhkan.
"Saya meminta suruhanjaya ini yang
keahliannya termasuk wakil-wakil bukan
Ahli Parlimen yang dihormati dalam bidang
mereka masing-masing, untuk antara lain,
'mengenal pasti punca rusuhan Mei 13' dan
'membuat cadangan bagaimana untuk
mencegah berulangnya rusuhan kaum Mei
13 di masa depan, dan menghentikan
masalah polarisai kaum di Malaysia'," kata
Lim.

No comments:

Post a Comment