Sunday, April 28, 2013

Adik Taib Mahmud Melanau,Onn Mahmud elak cukai berjuta dolar

KUALA LUMPUR, 28 April — Adik kepada ketua menteri Sarawak, Onn
Mahmud, telah menggunakan kawasan perlindungan cukai Pulau Cayman
untuk mengelakkan berjuta dolar
cukai hasil keuntungan dari perniagaan hartanah
di Australia sepanjang 20 tahun lalu, lapor akhbar
Australia The Age hari ini.

Akhbar tersebut melaporkan Onn menggunakan
rangkaian kewangan global rumit untuk
mengeksport pandapatannya dari portfolio
komersial Sydney dan hartanah kediaman
bernilai kira-kira A$100 juta (311.85 juta).
Laporan itu juga berkata ramai jutawan dan ahli
politik Malaysia mempunyai akaun luar pesisir di
kawasan-kawasan perlindungan cukai.
Dalam satu urusniaga yang dilaporkan oleh The
Age, Onn menjual tapak pembangunan
pangsapuri di Sydney Potts Point dengan harga A
$15.5 juta pada 2007 – mendapat keuntungan A
$10.8 juta.
Bekas rakan perniagaan Onn mengatakan tiada
cukai keuntungan dibayar dari urusan tersebut
dan semua hasil telah dipindahkan ke suatu
akaun amanah berpangkalan di syurga cukai
Pulau Cayman.
"Semua urusannya distruktur dengan berhati-
hati bagi memastikan dia tidak membayar cukai
di Australia," kata Farok Abdul Majeed kepada
akhbar tersebut yang mengatakan beliau
menguruskan perniagaan hartanah Onn di
Sydney selama bertahun-tahun.
Dokumen yang diperolehi oleh pemilik The Age
Fairfax Media menunjukkan Onn memberikan
maklumat bercanggah kepada pihak berkuasa
untuk menjamin visa perniagaan Australia dan
membina portfolio hartanah yang beliau uruskan
melalui akaun amanah Pulau Cayman diuruskan
oleh saudagar bank Merrill Lynch di Isle of Man.
Farok sekarang sedang berjuang untuk
mendapatkan berjuta-juta dolar yang beliau
dakwa yuran belum dibayar, komisen dan
perbelanjaan.
Firma Arkitek ternama Crone Partners juga
mendakwa masih belum dibayar lebih daripada A
$500,000.
Akhbar tersebut mengatakan, Onn dilaporkan
sebagai orang kedua terkaya di Malaysia dengan
kekayaan melebihi A$2bilion – kebanyakkannya
dari urusniaga melibatkan eksport kayu yang
telah menghancurkan hutan hujan tropika
Sarawak.
"Isteri Onn dan anaknya tinggal di sebuah rumah
di Carrara Road, Vaucluse, dengan pemandangan
merentasi Sydney Harbour. Akan tetapi, beliau
menghabiskan sebahagian besar masa di
Singapura dan Malaysia," kata akhbar itu.
Dikatakan permohonan visa perniagaan Onn
ditaja oleh Ryan Park Limited dan tiga syarikat-
syarikat bersekutu yang beliau dan keluarganya
kawal: Ferncroft Limited, Golden Arrow Limited
dan Cherry Blossom Limited.
Dalam permohonannya, Onn mengatakan Ryan
Park dan syarikat lain telah melaburkan lebih A
$50juta untuk hartanah Syedney akan tetapi
akhbar tersebut memetik Farok sebagai berkata
beliau percaya jumlah pelaburan hartanah di
Australia dua kali lebih daripada itu.
Nombor pendaftaran Bilangan Perniagaan
Australia Ryan Park menggambarkan ia sebagai
"Syarikat swasta Australia" tetapi ia tidak
mempunyai rekod dengan Suruhanjaya Sekuriti
dan Pelaburan Australia dan sebenarnya
didaftarkan di Pulau Cayman pada tahun 1991
sebagai entiti "bukan pemastautin", lapor akhbar
tersebut.
Pada Mac 2007, eksekutif Merrill Lynch
bersumpah dalam perakuan bersumpah di Isle of
Man yang Ryan Park adalah "syarikat asing tidak
berdaftar" dan "tidak menjalankan perniagaan di
Australia", tambahnya.
Ryan Park dan tiga lagi syarikat juga berdaftar di
Pulau Cayman telah dibatalkan pendaftaran
syarikat tersebut di kepulauan tersebut beberapa
tahun lalu, kata akhbar tersebut dalam laporan
itu.
Akhbar tersebut turut mengatakan portfolio
hartanah yang dikumpulkan Onn diantara awal
1990 an dan 2007 termasuk hotal dan kompleks
restoran di pusat Sydney dan bangunan pejabat
di Elizabeth Street, Sydney yang dijual pada 2005
dengan keutungan dipercayai sebanyak A$5juta.
Sementara itu, The Age mengatakan Farok
merupakan perunding pembangunan hartanah
dan pengurusan projek dan dilahirkan di
Malaysia telah mengambil tindakan undang-
undang untuk mendapatkan lebih daripada A$5
juta yang beliau dakwa masih belum dibayar oleh
Onn, yang enggan menjawab soalan dari akhbar
tersebut.
Pada Ogos 2007, Mahkamah Agung NSW
memerintahkan Onn untuk membayar A$2.2 juta
kepada Farok sebagai yuran dan komisen belum
dibayar. Perintah tersebut tidak diteruskan
selepas beliau gagal menghadiri perbicaraan
seterusnya dimana perintah tersebut dicabar
oleh peguam Onn.

No comments:

Post a Comment