Saturday, April 27, 2013

Kakitangan awam bergred41 ke bawah tidak pelu membayar cukai jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya

TG Nik Aziz bersama Husam dan tetamu
lain di atas pentas malam tadi.
PUTRAJAYA: Calon PAS bagi Parlimen
Putrajaya Datuk Husam Musa memberi
jaminan bahawa kakitangan awam bergred
41 ke bawah tidak pelu membayar cukai jika
Pakatan Rakyat berjaya membentuk
Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13) ini.
Katanya, ianya sesuai dengan tuntutan
agama Islam yang mengajar bahawa cukai
hanya dikutip dari golongan kaya sahaja.
"Apa yang kerajaan Pakatan Rakyat boleh
buat, gred 41 ke bawah tak pelu bayar cukai
jika Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan
Persekutuan.
"Dalam Islam cukai hanya untuk orang kaya
sahaja," katanya ketika berceramah di
hadapan puluhan ribu rakyat yang hadir di
Presint 3 di sini malam tadi.
Turut hadir malam tadi Mursyidul Am PAS
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
serta calon PKR Lembah Pantai yang juga
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Selain itu, Pakatan Rakyat juga kata Husam
akan menurunkan cukai bandar di Putrajaya
yang sekarang ini sangat membebankan
masyarakat di sini.
"Di Putrajaya ini cukai bandarnya adalah
paling tinggi di Malaysia. Orang-orang kaya
datang mengadu minta turunkan, orang yang
berpendapatan rendah pun minta
diturunkan.
"Saya kata insya Allah kita akan turunkan
cukai bandar di Putrajaya ini," kata beliau
lagi.
Sementara itu beliau turut memberi jaminan
bahawa Pakatan Rakyat juga akan
menghapuskan caj 4 peratus pinjaman
perumahan dan kenderaan bagi kakitangan
awam.
Katanya perkara itu telah dilaksanakan oleh
kerajaan negeri Kelantan sejak mengambil
alih pentadbiran negeri itu pada tahun 1990.
"Kalau Pakatan Rakyat menang memerintah
Malaysia, dasar Tok Guru Nik Aziz di
Kelantan akan kita gunakan di seluruh
negara.
"Caj 4 peratus pinjaman akan kita hapuskan,
Di Kelantan kita dah buat, tak bankrap pun"
ujarnya.
Seperkara lagi yang turut ditawarkan Husam
adalah penurunan harga sewa kedai di
Putrajaya.
Katanya, ramai di kalangan peniaga di
Putrajaya merungut ekoran harga sewa
kedai yang terlalu mahal.
"Kita boleh turunkan harga sewa kedai ini
kerana bangunan disini dibina oleh
Perbadanan Putrajaya dan Putrajaya Holding
menggunakan wang negara wang Petronas.
"Kita hapuskan peranan orang tengah,"
katanya.

No comments:

Post a Comment