Thursday, April 25, 2013

Abby Abadi akan menyertai konvoi Kembara PerantauGanukite

KUALA LUMPUR: Abby Abadi akan
menyertai konvoi Kembara Perantau
Ganukite jelajah Terengganu mulai 1 Mei ini.
"Konvoi ini adalah kesinambungan kepada
konvoi Kembara PAS Ganti Umno (PGU6) ke
Paka pada hujung tahun lepas. Tetapi pada
kali ini kita akan adakan konvoi Perantau
Pulang Pakoh Pakatan (P3P) pula," kata
setiausaha penganjur konvoi, Zulhilmi Abd
Rahman.
Setakat ini, katanya penyertaan adalah
menggalakkan dan pendaftaran awal telah
melebihi 10 buah kenderaan dan dijangka
mencecah lebih 40 buah kerana tidak ada
yuran pendaftaran yang dikenakan.
Tambahnya, pihak sekretariat juga sedang
menghubungi dan mengalu-alukan tokoh-
tokoh akademik dan mahasiswa yang
berasal dari Terengganu untuk bersama-
sama memeriahkan kembara P3P kali ini.
"Program konvoi ini dinaungi oleh Tengku
Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Sultan
Ismail akan bermula jam 8.00 pagi 1 Mei
sempena cuti hari pekerja," ujarnya.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh
menghubungi talian sekretariat, Zulhimi
012-9283560 atau Hafizul Muda 019-9506457.

No comments:

Post a Comment