Saturday, April 27, 2013

UMNOBN diminta agar hentikan polemik politik hudud dwistandard

KUALA LUMPUR: Semua pemimpin
Pakatan Rakyat diminta tidak menjadikan
hudud sebagai isu kerana ianya telah
diselesaikan sebelum ini.

"Kita telah bersetuju untuk berbeza
pendapat, bersetuju untuk tidak bersetuju.
"Oleh itu, ia tidak menjadi isu dan ia bukan
dalam agenda bersama dalam Pakatan
Rakyat," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk
Mustafa Ali (gambar) dalam sidang
medianya hari ini.

Menurut beliau, semua pemimpin Pakatan
telah mencapai kata sepakat mengenainya
dan akan memberikan tumpuan kepada
perkara yang telah menjadi agenda bersama.

"Hudud memang menjadi agenda PAS
sebagai sebuah parti Islam kerana ia
sebahagian dari syariat Islam. Tidak ada
seorangpun ahli PAS yang beragama Islam
boleh menolak perkara ini.

"DAP juga mempunyai agenda mereka
sebagai sebuah parti politik. Begitu juga
PKR.

"Isu ini sudah selesai September 2011, kita
ada buat kenyataan, kita akui DAP tak setuju
dengan hudud, Islam tetap jadi dasar Pas,
DAP hormatinya.

"Yang kita telah bersetuju adalah agenda
bersama Pakatan Rakyat yang kita
masukkan dalam manifesto bersama.. Ini
yang sepatutnya menjadi fokus kita dalam
pilihan raya ini," kata Mustafa dalam sidang
medianya hari ini.

Video lucah http://bit.ly/ZvSiOv

Mustafa juga memaklumkan, PAS telah
membuat keputusan menyerahkan kembali
kerusi Kota Damansara kepada PKR
sebagaimana yang telah dipersetujui
sebelum ini.
Berhubung dengan video lucah yang
mengaitkan beliau, Mustafa berkata, beliau
akan bertemu dengan Umno di mahkamah.
Ini kerana, beliau telah mendakwa Umno
terlibat dalam penyebaran video itu dan
Umno telah menafikannya dengan
menyaman beliau dan dua pihak lagi.

"Saya katakan kita akan bertemu di
mahkamah dan saya suka nyatakan saya
sedikit pun tidak takut kepada Umno," kata
Mustafa tegas.

No comments:

Post a Comment