Friday, April 19, 2013

Datuk Mustafa Ali Diminta Bersumpah Di Masjid

Salam sejahtera buat pembaca sekalian dan para pejuang pakatan
pembangkang,nampaknya seperti yang dijangkakan kita bahawa permainan
retorik "bersumpah" puak UBN telah pun berulang,saya malas nak
merungkai jauh terhadap isu video lucah UMNO sebab di akhir
cerita,seperti yang kita tahu, adegan "bersumpah" pasti ada bagi
mengungkap peleraian ataupun plot bagi mewujudkan klimaks seperti baru
baru ini iaitu puak UBN mula menyoalkan kenapa beliau,Datuk Mustapha
Ali tidak membuat laporan polis mengenai fitnah video sex melibatkan
beliau,mungkin di atas beberapa sebab,antaranya ialah,beliau tidak
mahu perkara tersebut digembar gemburkan meskipun 1 Malaysia sudah
sedia maklum dengan keadaan beliau,terpulang pada tanggapan rakyat
samaada mahu percaya ataupun tidak beliau difitnah.
Seperti yang kita tahu bahawa,dahulu,filem filem lucah melibatkan DSAI
ketua pembangkang juga tidak membuat laporan polis,namun beliau menang
dalam kes dan bebas fitnah.
Mungkin beliau,Datuk Mustafa Ali mengambil pendekatan yang sama
seperti apa yg Anwar lakukan dahulu dengan menyerahkan semua kepada
peguam,namun pada tanggapan saya,setiausaha Agung Pas,
Datuk Mustafa Ali perlu bersikap jujur dan
ikhlas berhubung penyebaran video lucah yang
mengaitkan beliau dengan melakukan sumpah.
Menurut Pengerusi Yayasan Kemajuan Islam
Darul Ridzuan (Kadir), Datuk Azhar Ahmad,
berdolak-dalik hanya akan memburukkan
keadaan kerana dilihat tidak mampu
membersihkan nama pemimpin itu dan maruah
Islam.
''Dalam perkara ini hanya dua orang sahaja yang
tahu, tuan badan dan Allah, dia (Mustafa) kena
gentlemen jika bersalah, mohon maaf cepat.
''Nak bersumpah kena ikhlas mengikut cara
Islam, kalau boleh, bersaksikan ulama-ulama
pondok yang berkecuali,'' katanya ketika
dihubungi di sini hari ini.
Mustafa sehingga kini masih lagi mengambil
pendekatan berdiam diri dan hanya
menyalahkan pihak lain berhubung isu video
seks yang pelakunya dikatakan mirip pemimpin
Pas tersebut.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Cina
Muslim Malaysia, Ann Wan Seng mahu wujud
ketegasan dari pihak Mustafa bagi merungkai
segala keraguan yang timbul.
Jelasnya, Mustafa harus berpegang kepada
prinsip Islam atau menggunakan saluran rasmi
dengan menyerahkan kes tersebut kepada pihak
berkuasa bagi mencari penyelesaian.
''Serahkan kepada pihak polis atau bersumpah
untuk jaga nama baik dia, dia orang besar dalam
sebuah parti yang berteraskan agama, dia kena
bertegas,'' katanya.

No comments:

Post a Comment