Saturday, April 27, 2013

Ceramah Tun M di Presint 9 Putrajaya pada jam 8 malam ini

Sila daftar http://bit.ly/ZvSiOv sekarang sebelum terlambat sementara
pendaftaran masih free,mungkin akan sedikit sebanyak dapat membantu
anda menampung perbelanjaan harian,terima kasih.

PUTRAJAYA: Setelah menyaksikan
bagaimana laungan takbir mengegarkan
Masjid Besi Putrajaya dan sambutan
menggerunkan di Presint 3 terhadap
kehadiran Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Tun
Dr Mahathir Mohamad akhirnya terpaksa
turun ke padang hari untuk menyelamatkan
Putrajaya.
Putrajaya, yang selama ini digempar-
gempurkan sebagai kubu paling selamat
untuk Barisan Nasional, di mana Timbalan
Presiden BN Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin
bahawa calon PAS Datuk Husam Musa bakal
kehilangan deposit kini goyah.
Sambutan menggerunkan pada setiap
program Husam sudah memberikan signal
yang cukup jelas bahawa Umno di dalam
bahaya di Putrajaya.
Jika tidak, perlukah Mahathir datang
berkempen di Putrajaya? Ada banyak lagi
kawasan yang perlu dihadiri Mahathir untuk
berkempen, tapi beliau terpaksa
meluangkan masa malam ini untuk
membuat ceramah perdana bertajuk
"Pertahankan Putrajaya."
Malam ini, Mahathir akan berceramah jam 8
malam di Bilik Gerakan PDM Metropolitan,
Presint 9, Putrajaya.
Makluman itu dimuatkan di Facebook
beliau.
Semalam, sumber Umno memberitahu
Harakahdaily bahawa Mahathir dan
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak akan
turun ke Putrajaya kerana keadaan di situ
kini berpihak kepada Husam.
"Kan semalam saya dah kata Mahathir akan
turun ke Putrajaya. Selepas ini Najib pula.
Ini indikator yang saya kata semalam, nyawa
Umno-BN tinggal 9 hari sahaja lagi. Ini kali-
lah," kata beliau kepada Harakahdaily
sambil ketawa.
"Tak sangka. Akhirnya saya juga terkena
gelombang menyebut Ini-Kalilah,"
tambahnya.
Menjawab persoalan Harakahdaily semalam,
mengapa Umno harus gelabah di Putrajaya
sedangkan itu kubu kuat mereka, sumber
Umno itu menyatakan kerana mood di
ceramah Husam sungguh memberi inspirasi
ke arah perubahan.
"Sesiapa saja hadir akan terpukau dan akan
tergerak hatinya untuk mengundi PAS dan
Pakatan Rakyat kali ini," katanya lagi.
Sumber Umno itu turut menyatakan bahawa
pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan
Mahathir bakal bertandang ke Putrajaya
tidak lama lagi untuk menyelamatkan calon
mereka Setiausaha Agong Umno Tengku
Adnan Tengku Mansor.
"Muhyiddin dah turun ke Putrajaya dan
terus serang Husam. Selepas ini Najib dan
Mahathir akan datang menyerang Husam,
itulah indikator Putrajaya dah goyang,"
katanya.
Apa yang dikatakan sumber Umno itu kini
menjadi kenyataan dengan bertandangnya
Mahathir ke Putrajaya dengan ceramah
bertajuk 'Pertahankan Putrajaya.'
"Kubu kuat dah kena pertahan. Itu petanda
apa dari Mahathir? Gelabah," tambah
sumber Umno itu lagi.

No comments:

Post a Comment