Saturday, May 4, 2013

Husam Musa kehilangan Bondanya

Takziah buat beliau dan keluarga beliau,
Sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa agar roh beliau dicucuri rahmat.
Husam Musa mencium tangan bondanya
yang berada di hospital sebelum
berangkat ke Putrajaya sebelum ini bagi
membawa panji-panji Islam di sana.
Ibunya meninggal dunia tengahari ini.

KUALA LUMPUR: Menjelang hari penting
untuk calon PAS Putrajaya, Datuk Husam
Musa esok, bonda beliau Hajah Salma Haji
Idris meninggal dunia tengahari ini.
Solat jenazah untuk Allahyarham akan
disempurnakan selepas solat Asar petang ini
di Masjid Kota, Salor.

"Sama-sama kita doakan Allahyarhamah
ditempatkan di kalangan para anbiya dan
orang-orang yang beriman," kata pembantu
Husam dalam satu kenyataanya pagi ini.

"Dan semoga Datuk Husam sekeluarga terus
tabah mengharungi perjuangan membela
rakyat dan negara. Al-Fatihah," katanya lagi.
Husam sangat rapat dan menyayangi ibunya
itu. Hampir kesemua keputusan besar yang
hendak dibuatnya akan dimaklumkan
dahulu kepada ibunya untuk memohon
restu.

Sebelum menyertai pilihan raya di Putrajaya
Husam telah ke hospital di mana ibunya
sedang mendapat rawatan untuk memohon
restu beliau.

No comments:

Post a Comment