Thursday, May 23, 2013

Adam Adli dibebaskan dengan ikat jamin

Datin Seri Wan Azizah iaitu isteri Ketua Pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim
turut menyertai himpunan solidariti suara
rakyat Malaysia malam tadi
di hadapan penjara berpusat,Jinjang Kuala
Lumpur pada malam tadi.


Mahkamah Sesyen Kuala
Lumpur pagi ini membebaskan Adam Adli
Abdul Halim dengan ikat jamin RM5,000
dengan seorang penjamin.
Hakim Norsharidah Awang memutuskan
demikian setelah aktivis mahasiswa itu
mengaku tidak bersalah atas tuduhan
mengeluarkan kata-kata hasutan melalui
ucapannya pada 13 Mei lalu.
Mahkamah juga membuat keputusan kes
tersebut akan disebut semula pada 2 Julai
depan.
Adam, 24, dituduh mengikut Seksyen 4(1)
Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan
hukuman penjara tidak kurang tiga tahun
dan denda maksimum RM5,000 atau kedua-
duanya.
Beliau yang diwakili peguam S Ambiga
sebelum ini ditahan selama lima hari di
lokap Balai Polis Jinjang.
Pagi tadi, lebih 50 orang penyokong aktivis
mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim hadir di
Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini, pagi ini
bagi memberi sokongan kepada Adam yang
akan didakwa di bawah Akta Hasutan.
Adam telah ditahan di bawah Seksyen 4(1) C
Akta Hasutan dan Seksyen 124B Kanun
Keseksaan di Bangsar Utama pada 18 Mei
lalu berhubung ucapan beliau pada satu
forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala
Lumpur-Selangor 13 Mei lalu.
Adam, 24, disiasat kerana ucapannya pada
satu forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-
Selangor 13 Mei lalu.
Turut hadir peguam N. Surendran, S Ambiga
dan juga bapa Adam, Abdul Halim Abdul
Hamid.
Pada awalnya keadaan menjadi sedikit
kecoh apabila pihak polis tidak
membenarkan penyokong Adam Adli
memasuki pekarangan lobi mahkamah.
Namun keadaan kembali reda apabila
perbincangan dilakukan antara penyokong
dengan pihak polis.

1 comment:

  1. bukan ke natang babi ni sudah disumbat ke lokap balik ? Padan muka kau,student lain sambung study tapi sebaliknya apa apa pun kau tak dapat,habiskan duit mak bapak kau ajer,baik p mampus awal...tak menyusahkan orang......harrrkkktuuuiiihhh.......

    ReplyDelete