Thursday, May 9, 2013

Pak Lah tidak setuju jika PRU13 dikaitkan dengan isu perkauman

CLIK PHOTO ADS KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri
Tun Abdullah Ahmad Badawi berpendapat,
adalah tidak wajar untuk mengaitkan
keputusan Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13) lalu sebagai isu perkauman.
Katanya, adalah tidak adil untuk menuduh
dan menyalahkan kaum tertentu terhadap
keputusan PRU13 lalu dan perkara itu tidak
boleh dibiarkan berlaku.

gambar hiasan
"Kita tidak boleh membiarkan sebarang
percubaan untuk menjadikan keputusan
pilihan raya sebagai isu perkauman.
"Tindakan tuduh-menuduh dan
menyalahkan mana-mana komuniti adalah
tidak adil dan tidak memberi manfaat,"
katanya.
Kenyataan Abdullah itu sekaligus menyelar
pandangan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak yang menyimpulkan bahawa
kemerosotan BN pada PRU13 ini sebagai
"Tsunami Cina".
Ia seolah-olah menyalahkan kaum Cina
kerana bersolidariti mengundi DAP dan
menolak BN.
Bukan Najib sahaja, seorang lagi bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
juga berpendirian serupa iaitu berlakunya
Tsunami Cina pada PRU13 ini.
Beliau menuduh, keadaan itu berlaku kerana
faktor DAP yang membangkitkan kebencian
orang Cina terhadap Melayu sekaligus
menyaksikan Orang cina tidak mengundi
Umno BN.
Sedangkan, apa yang berlaku adalah
kebangkitan seluruh rakyat Malaysia tanpa
mengira kaum menolak Umno BN pada
PRU13 lalu.
Pada PRU13 lalu, Pakatan Rakyat berjaya
menambah tujuh lagi kerusi parlimen
berbanding 2008 menjadikan 89 kerusi
kesemuanya.
BN pula merosot tujuh kerusi menjadikan
133 kerusi berbanding 140 pada 2008.
Biarpun BN menang dengan majoriti mudah,
undi popular BN hanya 46 peratus
berbanding undi popular kepada Pakatan
Rakyat yang mencecah 50.3 peratus.
Hakikat yang terpaksa diakui BN juga
bahawa, keputusan PRU13 ini menyaksikan
prestasi Najib adalah lebih teruk dari Pak
Lah.
Perkara tersebut diakui sendiri oleh
Mahathir yang kecewa dengan prestasi
Najib.

No comments:

Post a Comment