Friday, May 10, 2013

‘Tsunami Cina’ untuk tutup kegagalan besar Najib

JOM DAFTAR 8SHARE DI SINI » http://bit.ly/ZvSiOv
UNTUK LIVE 18sx VIDEO CLICK » http://bit.ly/10xq4VL
UNTUK PENJELASAN MENGENAI PRODUK » http://bit.ly/10xr9ga
UNTUK MELIHAT TGNA MELUDAH » http://bit.ly/13Hz895


KUALA LUMPUR: Sumber Umno muncul
kembali memberitahu Harakahdaily bahawa
rakyat dan ahli Umno terlupa mengenai
kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak yang terbesar pada Pilihan raya
Umum ke-13.
"Najib adalah Pengerusi BN Selangor. Negeri
yang mencapai pencapaian terburuk untuk
Umno dan BN ialah Selangor. Ramai terlupa
hakikat ini setelah Najib main isu 'Tsunami
Cina'. Ini perkara sebenar yang ingin ditutup
daripada ahli-ahli Umno dan rakyat," kata
sumber Umno itu.
Di PRU13, Pakatan Rakyat berjaya mendapat
44 daripada 56 kerusi Dun di Selangor,
meningkat 10 kerusi berbanding 2008.
Najib sebelum ini, sekurang-kurangnya tiga
kali mewar-warkan bahawa beliau akan
berjaya memimpin BN menawan Selangor.
"Dulu saya dah bagitahu syarat untuk Najib
kekal sebagai Presiden Umno. Satu BN dapat
kembali 2/3 majoriti di parlimen. Kedua, BN
gagal dapat 2/3 kerusi tapi Najib selaku
pengerusi BN Selangor berjaya merampas
kembali Selangor. Sekarang kedua-dua
syarat ini gagal dicapai. Najib gagal syarat
yang ditentukan Tun Mahathir," kata sumber
Umno itu.
Beliau turut memberitahu 'Tsunami Cina' –
ungkapan yang dikeluarkan dari mulut Najib
adalah strategi pertama untuk
mempertahankan kerusi Presiden Umno.
"Najib mudah ditumbangkan. Yang susah
ialah Rosmah. Tun paling pening mengenai
hal ini. Dah lama Tun cuba turunkan
Rosmah, tapi tak berjaya. Nantikan
pemilihan parti Umno, ia akan jauh lebih
menarik daripada PRU13," kata sumber
Umno itu.
Harakahdaily juga sempat bertanya apakah
keputusan PRU13 kali ini, Umno telah
membuat sesuatu untuk mengekalkan
kemenangan.
"Semua orang yang nak tewas mesti akan
lakukan sesuatu drastik. Di Malaysia,
permainannya ialah mendapat kerusi
terbanyak. Nak menang dalam PRU, kamu
semua kena jaga proses pilihanraya
sehinggalah keputusan diumumkan. Fikirlah
di mana proses pilihanraya yang kamu
semua tak jaga dengan baik selepas
keluarnya Borang 14. Nasihat saya, latihlah
polling agent mulai sekarang. Jangan last
minute baru nak latih. Polling agent cekap
boleh menjamin keputusan awal sama
dengan keputusan akhir," kata beliau
sebelum telefon terputus.

No comments:

Post a Comment