Saturday, May 11, 2013

UMNOBN memang muka tak tahu malu

Setelah gagal mempelawa PAS supaya menyertai UMNOBN, Pada kali ini
UMNO mempelawa DAP pula untuk menyertai BN, Persoalan saya disini
"apakah UMNOBN memang muka tak tahu malu" ?
Kononnya UMNO berjaya membangunkan dan memajukan kaum Melayu tapi pada
hakikatnya UMNO gagal menyatukan masyarakat Melayu Islam di Malaysia
dan apa yang paling menghinakan adalah, Dulu pihak UMNO sentiasa
mengutuk PAS sebagai sesat, Malah Ulamak cap ayam UMNO terang terangan
mengatakan "haram jika memberi undi pada PAS" wujudnya soalan kedua
saya, Siapakah Ulamak cap ayam UMNO untuk berkata sedemikian ?
Tuhankah mereka ? Atau Nabi Melayu UMNO yang menerima "wahyu" di Bukit
Belacan ?
Selepas PRU13, UMNOBN memulakan kempen "racis" , meskipun UMNO menang,
Namun kemenangan UMNOBN pada PRU13 lebih merosot jika dibandingkan
dengan kemenangan Pak Lah pada PRU 12 2008, Dan sehubungan dengan itu,
Apabila menyedari "dominan" DAP yang memenangi lebih banyak kerusi
Parlimen berbanding PKR dan PAS maka sentimen api perkauman dihidupkan
dan gagal menyala,UMNOBN gagal, Maka demi kepentingan pentadbiran
"ketuanan melayu" maka UMNO terpaksa menebalkan muka mempelawa PAS
supaya bergabung menyertai UMNO,namun PAS menolak,begitu juga dengan
DAP, di bawah ini adalah ulasan yg dipetik dari harakahdaily mengenai
penjelasan Nik Aziz terhadap pelawaan UMNO.

KOTA BHARU: "Bukankah DAP yang
dituduh sebagai chauvinis, komunis dan
kafir harbi selama ini?" kata Mursyidul Am
PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik


Mat (gambar) sebagai reaksi kepada
cadangan agar DAP menyertai BN.
Selain itu, kata Tuan Guru Nik Aziz,
bukankah DAP yang dituduh sedang
berusaha menjadikan Malaysia sebagai
negara Kristian dan berusaha menggadaikan
kalimah Allah?
"Tiba-tiba hari ini DAP ditawar masuk BN?"
kata Tuan Guru Nik Aziz kepelikan.
Kafir harbi dan berusaha menjadikan
Malaysia negara Kristian adalah laporan
utama akhbar Umno, Utusan Malaysia yang
ditujukan kepada DAP dalam sessi kempen
PRU 13 baru-baru ini. Kafir harbi dari
tafsiran perundangan Islam adalah orang
bukan Islam yang memerangi Islam dan
mereka dihalalkan darah oleh Islam.
Menurut Tuan Guru Nik Aziz dalam
kenyataannya, beliau membaca kenyataan
bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin
Maidin yang menyarankan agar DAP
menyertai Barisan Nasional (BN) untuk
menguatkan kerajaan BN.
"Saya bagaikan kurang percaya bagaimana
seorang bekas pemimpin Umno yang masih
setia kepada parti tersebut boleh
mengeluarkan cadangan seperti ini?"
katanya.
Ekoran itu, Tuan Guru Nik Aziz berkata,
"Saya kira inilah bukti jelas menunjukkan
bahawa BN sedar mereka semakin
dipinggirkan rakyat."
Politik perkauman dan penindasan yang
diamalkan semakin ditolak sehingga
menyebabkan mereka terpaksa mencari
dahan baru untuk berpaut.
"Dalam tidak sedar, sebenarnya bukan dahan
baru yang perlu dicari, bahkan pohon tua
bernama BN itu perlu ditebang terus!" tegas
bekas Menteri Besar Kelantan itu.
Bagi beliau, daripada DAP masuk BN, lebih
baik Umno keluar BN dan menyertai
Pakatan Rakyat.
"Sedarlah, ideologi perjuangan Umno hari ini
sudah ketinggalan zaman, di Semenanjung
Malaysia yang agak maju dari sudut
teknologi dan pendedahan maklumat,
mereka telah ditolak dan Pakatan Rakyat
telah menang!
"Sudah sampai masanya BN dan Umno
bermuhasabah, jika tidak akan sampai
masanya mereka dibuang terus dari pentas
politik negara, pada masa itu tiada yang akan
sudi menerima, jatuh di tanah ayam tidak
patuk itik tidak sudu!" ujar beliau.

No comments:

Post a Comment