Saturday, May 4, 2013

PAS akan pastikan Melayu Islam terbela dalam PR

KUALA LUMPUR: PAS memberi jaminan
akan mempastikan Islam dan Melayu terbela
sepenuhnya dalam Pakatan Rakyat jika ia
mendapat mandat mentadbir negara selepas
pilihan raya umum ke 13 ini.
Jaminan ini diberikan oleh dua pemimpin
tertinggi PAS iaitu Mursyidul Am Tuan Guru
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden
PAS, Datuk Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Nik Mat dalam kenyataan berasingan
mereka.
"Saya dengan ini, memberi jaminan
seutuhnya sekiranya Pakatan Rakyat
menguasai Putrajaya, maka PAS akan terus
menjunjung kemuliaan Islam dan
memastikan kedaulatan Raja-Raja Melayu
sebagai tunjang kepada sistem Raja
Berperlembagaan," kata Tuan Guru Nik Aziz
dalam kenyataannya.
"PAS akan memastikan kepentingan Melayu
dan Islam terjaga dengan baik dalam
Pakatan Rakyat tanpa sedikitpun
mengganggu atau bertindak tidak adil
kepada mana-mana pihak," kata Tuan Guru
Abdul Hadi pula dalam kenyataannya.
"Maka kewujudan agensi dan entiti seperti
UITM, MARA, Tabung Haji dan lain-lainnya
akan terus diperkukuhkan sesuai dengan
tuntutan masa untuk menghadapi cabaran
yang semakin sengit di dunia luar," tegas
beliau lagi.
Berikut adalah kenyataan penuh mereka
berdua:
KENYATAAN MEDIA MURSYIDUL AM PAS
Bismilllahir-Rahmanir-rahim.
Assalamu'alaikum waramatullahi wa
barakatuh.
Saudara saudari pengundi sekelian,
Dalam masa kurang dari 48 jam dari
sekarang, kita akan melalui satu proses
demokrasi bagi menentukan parti manakah
yang akan memegang tampuk pemerintahan
negara untuk tempoh 5 tahun akan datang.
Pada penghujung tempoh berkempen ini,
saya yakin saudara saudaritelah menerima
pelbagai bentuk maklumat mengenai
tawaran-tawaran dari Barisan Nasional
mahu pun dari Pakatan Rakyat, sama ada
melalui media arus perdana atau media baru
seperti Facebook, Blog, Twitter dan
sebagainya.
Berdasarkan perkembangan kempen selama
dua minggu ini, maka saya dengan rendah
hati merayu agar saudara saudari sekalian
dapat mengundi calon-calon Pakatan Rakyat.
Jika di Dun/Parlimen itucalon PAS, maka
undilah PAS. Begitulah di mana Parti
Keadilan Rakyat (PKR) bertanding, undilah
PKR dan di mana ada calon DAP, maka
undilah DAP.
Atas semangat pemuafakatan tahaluf siasi,
PAS, PKR dan DAP sedia menjadi pilihan
terbaik dari apa yang Barisan Nasional
lakukan selama 55 tahun memerintah
Malaysia.
Justeru PAS sebagai sebuah parti politik
yang memperjuangkan politik Islam, sudah
tentu PAS tidak akan berganjak seinci pun
dalam memelihara kesucian agama Islam.
Atas penegasan ini, maka PAS sedia
menawarkan peranan yang lebih besar bagi
menjamin kedudukan Islam sebagai agama
Persekutuan. PAS sedia memastikan
kedudukan Islam dimartabatkan
sebagaimana yang diperuntukkan di dalam
Perlembagaan Negara. Ini telah dibuktikan
sepanjang sejarah perjuangan PAS sejak dari
dahulu lagi––PAS tanpa rasa kekok atau
apologetik––PAS sentiasa meletakkan
kesucian Islam pada kedudukan yang paling
tinggi di dalam perjuangan kami.
Saya dengan ini, memberi jaminan
seutuhnya sekiranya Pakatan Rakyat
menguasai Putrajaya, maka PAS akan terus
menjunjung kemuliaan Islam dan
memastikan kedaulatan Raja-Raja Melayu
sebagai tunjang kepada sistem Raja
Berperlembagaan. Hal ini penting, tatkala
Sistem Beraja dicabar oleh beberapa
pindaan Perlembagaan sejak 80-an lagi,
PASlah satu-satunya parti yang konsisten di
dalam mempertahankan sistem
Raja Berperlembagaan ini di hadapan
rakyat. Natijahnya, PAS sedia memastikan
institusi Raja terus disanjung, seiringan
dengan kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai
institusi bersejarah di tanah air tercinta ini.
Oleh itu PAS akan terus memelihara
keluhuran Perlembagaan sebagai undang-
undang dasar yang paling tinggi di dalam
sistem pemerintahan Negara, dan tidak rela
perlembagaan itu dimanipulasikan oleh
mana-mana pihak demi agenda politik
tertentu. Tekad PAS adalah untuk terus
menjuarai usaha-usaha untuk melindungi
dan mempertahankan hak-hak rakyat,
khususnya orang Melayu dan kaum
Bumiputera sebagaimana termaktub di
dalam Perkara153 Perlembagaan Malaysia.
PAS tidak akan segan silu untuk menjadi
jurubicara rakyat dalam Perkara ini, dan
dalam masa yang sama, memberikan hak-
hak yang adil dan saksama kepada seluruh
kaum-kaum lain sebagaimana peruntukan
yang ada.
Akhir sekali, saya memberi jaminan bahawa
PAS akan terus berjuang untuk
membebaskan penjawat awam dari
cengkaman politik dan mempastikan tiada
seorang pun kakitangan awam menjadi
mangsa politik walaupun mereka
mempunyai kefahaman politik yang
berbeza.
Kita memberi jaminan bahawa tidak ada
seorang pun penjawat awam, termasuklah
15,000 kakitangan KEMAS dan 10,000
kakitangan JKKK di seluruh negara yang
akan dibuang kerja jika Pakatan Rakyat
memerintah negara selepas PRU-13 nanti.
Undilah PAS. Undilah calon-calon Pakatan
Rakyat. Ini kalilah! Ubah!
Kekal Kelantan Ubah Putrajaya.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik
Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS
merangkap Menteri Besar Kelantan
-----------------------------------
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
Sabtu 4 Mei 2013/23 Jamadil Akhir 1434
"JAMINAN PAS TERHADAP KEPENTINGAN
MELAYU-ISLAM DI MALAYSIA"

1. Penubuhan suatu gagasan besar yang
bernama Pakatan Rakyat (PR) oleh Parti
Islam SeMalaysia (PAS), Democratic Action
Party (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)
adalah untuk membawa Malaysia ke satu era
baru, iaitu menolak politik berasaskan
perkauman yang sekian lama di monopoli
oleh parti-parti yang membentuk Barisan
Nasional dan untuk menolak kerosakan
yang telah membarah dalam negara kita ini.
2. Pakatan Rakyat telah bergerak dengan
begitu teguh, di mana kebersamaannya
adalah di asaskan oleh perkara yang
dipersetujui bersama di antara PAS, DAP dan
PKR yang telah diperincikan menerusi
deklarasi-deklarasi Konvensyen PR, Buku
Jingga dan Manifesto yang tidak menindas
hak mana-mana bangsa, agama ataupun
jantina. Hasilnya, PR telah menjadi suatu
muafakat politik yang mampu untuk
menggantikan Barisan Nasional yang sudah
semakin bermasalah untuk menguruskan
negara kita ini.
3. Sehubungan dengan mandat besar
yang kita perlukan dari rakyat dalam PRU-13
ini, PAS sekali lagi ingin memberikan
jaminan bahawa institusi awam yang berkait
rapat dengan kedudukan orang Melayu
beragama Islam dalam negara ini
sepertimana yang termaktub di dalam
Perlembagaan Persekutuan tidak akan
terjejas sedikit pun.
4. PAS akan memastikan kepentingan
Melayu dan Islam terjaga dengan baik dalam
Pakatan Rakyat tanpa sedikitpun
mengganggu atau bertindak tidak adil
kepada mana-mana pihak. Maka kewujudan
agensi dan entiti seperti UITM, MARA,
Tabung Haji dan lain-lainnya akan terus
diperkukuhkan sesuai dengan tuntutan
masa untuk menghadapi cabaran yang
semakin sengit di dunia luar.
5. Berasaskan jaminan PAS ini, maka
rakyat Malaysia yang menjadi pengundi
dalam PRU-13 pada 5 Mei 2013 ini tidak perlu
merasa ragu lagi untuk memberikan undi
mereka kepada Pakatan Rakyat, menerusi
lambang PAS, DAP dan PKR. PAS akan
membalas amanah rakyat untuk bersama
Pakatan Rakyat memuliakan Islam,
meluhurkan Perlembagaan serta
berkebajikan untuk rakyat.

Selamat Mengundi.

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
PAKATAN HARAPAN RAKYAT
ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS

No comments:

Post a Comment