Monday, May 27, 2013

Misteri kehilangan dua sahabat sejak sebulan lalu yang dibunuh

SHAH ALAM – Misteri kehilangan dua sahabat
sejak sebulan lalu terungkai selepas penyebaran
beberapa keping gambar di percayai mayat
kedua-dua mangsa, di sebuah laman sosial
Facebook didaftarkan atas nama Ridan Pendewa
Titisannnya Sakera.
Susulan penyebaran gambar tersebut, dua
individu ditahan dipercayai ada kaitan dengan
kehilangan dua mangsa yang dikenali sebagai
Dofi, 21, dan Saiful, 19, yang dilaporkan hilang
selepas keluar membeli barang di pusat membeli
belah di Seri Kembangan pada 1 Mei lalu.
Hasil soal siasat ke atas seorang daripada suspek
kemudiannya membawa kepada penemuan dua
rangka manusia dalam semak di tepi Sungai
Klang, berhampiran kawasan perindustrian di
Seksyen 26, di sini, petang semalam.
Sepupu Dofi, Hamsani, 46, yang ditemui di lokasi
kejadian berkata, mangsa bersama rakan
baiknya, Saiful, pergi ke pusat membeli belah
tersebut dengan menaiki sebuah teksi.
"Kedua-dua mereka bagaimanapun gagal
dihubungi setelah tempoh 24 jam, sebelum bapa
Dofi, terima panggilan daripada seorang yang
tidak dikenali meminta duit sebanyak RM5,000.
"Bapa Dofi hanya memasukkan duit berjumlah
RM 2,500 melalui satu akaun bank yang diberi,
sebelum dia dimaklumkan kedua-dua mangsa
sudah dibebaskan dan dalam perjalanan pulang
ke rumah dengan menaiki teksi," katanya.
Menurutnya, kedua-dua mangsa bagaimanapun
tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi
menyebabkan bapa Dofi membuat satu lagi
laporan polis berhubung perkara itu.
Ketika ditanya bagaimana dia mengetahui
berhubung Facebook terbabit, Hamsani berkata,
dia mengetahui melalui bapa saudaranya.
"Setelah kami melihat gambar yang terdapat
dalam Facebook itu, bapa Dofi mengecam
pakaian, kasut dan tali pinggang yang dipakai
oleh anaknya," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Serdang,
Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika
dihubungi mengesahkan berhubung penemuan
rangka manusia di kawasan terbabit, semalam.
Beliau berkata, penemuan rangka kedua-dua
mangsa ditemui kira-kira jam 3.15 petang
semalam, selepas suspek pertama ditahan ketika
menunjukkan lokasi kejadian kepada polis.
"Siasatan awal dapati kes pembunuhan ini ada
kaitan dengan kes kehilangan di Kotaraya, Kuala
Lumpur, awal bulan ini."
"Susulan penemuan rangka itu, kita tahan
seorang lagi suspek di sekitar kawasan Serdang,
hari ini (semalam), kesemua yang ditahan itu
warga Indonesia. Difahamkan suspek merupakan
ahli kumpulan 'Sakera'," katanya.
Menurutnya, kedua-dua rangka manusia itu
dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat
dan kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 302
Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Sinar
Harian Online

No comments:

Post a Comment