Monday, May 20, 2013

Air Asia abaikan penumpang Malaysia di vietnam

Kira-kira jam 8.45 malam tadi, mengikut waktu
tempatan di Vietnam, saya terlihat penumpang
pesawat AK 1455, warga Malaysia dihampiri
oleh kakitangan lelaki Air Asia. Penerbangan
pulang ke Kuala Lumpur dijadualkan berlepas
pada jam 9 malam ( 10 malam waktu Malaysia ).
Setelah beberapa minit berlalu, perlahan saya
kemudian mendekati kumpulan penumpang
itu dan mengajukan soalan.
"Ada masalah apa puan?"
"Kakitangan Air Asia ini berkata, anak saya
dilarang menaiki pesawat kerana dia demam
campak. Kami sekeluarga, dua belas orang,
datang ke Ho Chi Minh pada hari Rabu lalu.
Kami memang ada membawa bekalan ubat
demam, jadi bagi kepada dia kalau dia demam.
Dia sudah tidak demam lagi," ujar ibu bayi,
Izan Suhaila Mohd Ali, 36 tahun.
"The mother and the baby had to stay here for
five days. They cannot board the aircraft," arah
kakitangan Vietnam Air Asia berdiri di sebelah
saya.
Mereka bimbang sekiranya deman terbabit
menjangkiti penumpang lain.
Menurut ahli keluarga Izan, semua beg
pakaian mereka telah dimasukkan ke dalam
pesawat. Setelah bercuti selama empat hari,
kandungan beg bercampur aduk dan barangan
keperluan asas Izan dan anaknya, Maryam
sukar dipisahkan.
Bayi, Maryam Sofea Mohd Reza, berusia 14
bulan.
Lalu saya terangkan keadaan sebenar kepada
kakitangan syarikat penerbangan tambang
murah itu.
"So, all twelve had to stay then ," balasnya.
"I understand the situation, law is a law but
don't forget, these are human beings not dogs
or cats. If she were going to stay here for
another five days, she and the baby need cloth
to wear. Please refer this matter to your
superior again before making further decision,"
balas saya.
Tidak lama kemudian, muncul seorang
penumpang MELAYU memperkenalkan dirinya
sebagai pegawai perubatan ( medical doctor )
datang menghampiri dan menyentuh tubuh
Maryam.
"Dia kena chicken pox tetapi sudah tidak
demam lagi. Hanya tinggal kesan tompokan
hitam sahaja di tubuh," ujar doktor terbabit.
Namun kenyataan beliau tidak dihiraukan oleh
petugas di situ.
Beberapa minit kemudian tampil pula
jururawat wanita tempatan dan pantas
menyelitkan jangka suhu di bawah ketiak bayi
itu sebanyak dua kali.
"Apabila kita bertanya, berapakah suhu badan
Maryam, dia membisu," ujar kakak Izan,
Norhamiza.
Saya perhatikan, airmata jernih mula
bergenang di bawah dua kelopak mata Izan
sambil dia terus mendakap erat anaknya
mengalami sindrom down.
Barangkali dia bak tidak mampu
mempercayai cabaran didepaninya tatkala itu
amat getir. Tambahan pula suami tersayang
tidak bersamanya untuk mengharung detik
hitam tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang
hayatnya itu.
Keputusan muktamat telah dibuat oleh
kakitangan Air Asia berpenampilan bongkak
biarpun tidak dipersetujui ramai penumpang
lain.
"The captain doesn't allow this baby on board,"
ujar pegawai sama kepada kami.
Warga Malaysia berkunjung ke bandaraya Ho
Chi Minh untuk membeli-belah. Lazimnya,
ramai tidak membawa baki wang tunai tatkala
pulang ke Malaysia.
Di saat perpisahan hampir menjenguk, Izan
dipeluk erat oleh ahli keluarganya. Mereka juga
tidak berupaya menahan deraian airmata
tumpah di pipi.
"Ibu ini diarahkan untuk tinggal bersama
anaknya selama lima hari lagi di sini. Barangkali
dia tidak mempunyaii wang tunai mencukupi.
Kalau hati terbuka untuk menghulurkan
bantuan, dipersilakan," kata saya spontan
kepada semua penumpang sedang beratur
untuk menaiki pesawat.
Tidak semena-mena, warga Malaysia pelbagai
bangsa, Melayu, Cina dan India, tergesa-gesa,
tanpa berfikir panang, mengeluarkan
matawang pelbagai jenis dari poket serta beg
duit mereka dan pantas menghulurkan kepada
Izan.
Hebat sungguh warga Malaysia. Memori
sebegitu bakal terus terpahat di minda saya,
selagi hayat dikandung badan.
Saya berasa amat kagum.
Biarpun mereka tidak mengenali Izan dan
keluarga, fakta itu diketepikan. Saya melihat
lelaki Cina bertubuh tinggi menyeluk saku lalu
menghulurkan sejumlah wang kepada Izan,
berdiri di elevator.
Kakitangan Air Asia bertugas bak tidak sabar
untuk membawa Izan, Maryam dan dua anak
buahnya keluar daripada kawasan itu.
Sebelum beredar, Izan sempat dipeluk oleh
beberapa wanita Melayu tidak pernah
dikenalinya. Sebilangan wanita lain, berlari
mendapatkan ibu bertugas sebagai kakitangan
Hong Leong Bank itu dan mendermakan wang
tunai.
Saya berasa amat terharu menyaksikan detik
memilukan itu tetapi gagal untuk tidak
mengizinkan kejadian itu berlaku.
Untuk rekod, beberapa petugas, lelaki dan
perempuan kelihatan berdiri di kaunter Air
Asia. Gambar mereka saya rakamkan. Siapapun
sekali mereka, kumpulan itu dilihat mewakili
syarikat penerbangan terbabit.
Andai kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes tiba-tiba
berkebetulan muncul di lokasi itu, pasti saya
tidak segan untuk merayu ...
"Tan Sri, tolong hulurkanlah sedikit bantuan.
Mungkin kakitangan Air Asia boleh
mencarikan hotel untuk mereka menginap
kerana Vietnam, negara asing bagi mereka.
Lagipun kini hampir jam 10 malam. Pengguna
perkhidmatan syarikat Tan Sri itu juga BUKAN
orang kaya dan ternama seperti Tan Sri.
Apapun, hakikatnya, Izan dan anaknya adalah
pelanggan Air Asia dan mereka telah membayar
tambang untuk pulang. Jika penumpang tidak
mengenali mereka, sudi membantu, inikan pula
Tan Sri, individu tersohor di mata rakyat
Malaysia"
Malangnya saya tidak berpeluang bersemuka
dan meluahkan rayuan itu kepada Tony tatkala
beliau diperlukan.
Saya bukan Richard Branson and I don't wear
skirt.
Lupakan Tony tetapi saya berharap selepas
membaca entri ini, beliau dan kakitangan Air
Asia akan mengambil tindakan segera
menangani kesengaraaan bakal ditempuh
penumpang malang pesawat Air Asia terbabit.
Tony, just like what I have told your staff in
Vietnam, Izan and Maryam are humans.
Sekitar jam 9.30 malam, kami semua hanya
mampu menjadi penonton ketika ibu dan anak
itu diarahkan keluar dari pintu 18, lapangan
terbang.
Pesawat AK 1455 terbang pada kira-kira jam 10
malam waktu Vietnam, terlewat kira-kira
sejam berbanding masa sebenar. Lebih
MENAKJUBKAN, tiada sebarang permohonan
maaf diumumkan kepada penumpang berikutan
kelewatan berlaku.
Sebaik menaiki pesawat, saya menceritakan
butiran kejadian kepada ketua pramugari,
Kasturi, sedang berdiri berhampiran pintu
utama pesawat. Melihat reaksi wajahnya gadis
berpakaian serba merah itu, saya dapat
menjangkakan kes itu terlalu asing bagi
dirinya.
"Tolong maklumkan kepada kapten dan ground
staff Air Asia di LCCT supaya Izan dapat
dibantu," pinta saya.
Setelah menjamah nasi lemak tidak berapa
enak dipesan, saya sekali lagi kembali
menghampiri Kasturi.
"Saya dimaklumkan, ibu dan anak itu telah
dibawa ke hospital oleh ground staff kita," kata
gadis tinggi lampai itu.
"Adakah kapten mengetahui kejadian itu?
Kerana ground staff tadi memaklumkan saya
dan keluarga Izan, kapten tidak
membenarkan Mariam menaiki pesawat," soal
saya.
"Kapten hanya tahu sebentar tadi setelah saya
maklumkan," akui Kasturi.
Kapten bertugas, Ariffin Bakar.
Sebenarnya, tiada individu bijak gemar
bertindak melanggar undang-undang. Jika
kehadiran Maryam di dalam pesawat ternyata
membahayakan nyawa semua penumpang,
molek jika bayi itu dirawat dengan kadar segera
di hospital di Ho Chi Minh terlebih dahulu.
Sewaktu tiba di LCCT, saya mendapatkan
berita terkini melalui Norhamiza dan ahli
keluarga lain termasuk ibunya, Zaiton Baharom,
71 tahun.
"Memang kami terekjut," komen Zaiton terkilan.
"Tadi sewaktu saya hubungi melalui telefon,
Izan berkata, kakitangan Air Asia itu
menghantar mereka sampai ke stesyen teksi
dan berkata, I am sorry. Izan kemudian
terpaksa pergi membelikan baju Mariam dan
dua pasang baju dia sendiri kemudian pergi
balik ke May Flower Hotel, tempat kami
menginap sebelum ini. Bayarannya, USD60
semalam. Hujung minggu, banyak hotel penuh
dan terpaksa tinggal di situ. Ini trip pertama
Izan ke Vietnam," tambah Norhamiza.
"Jadi tidak benarlah kenyataan mereka
kononnya Maryam telah dihantar ke hospital
oleh kakitangan Air Asia bertugas di lapangan
terbang?," tanya saya kepada ahli perniagaan
itu.
"Tidak," balasnya ringkas.
"Apakah pesanan puan kepada Air Asia?," soal
saya.
"Periksa secara teliti terlebih dahulu sebelum
membuat keputusan. Jika Maryam membawa
penyakit, sudah pasti kami antara individu
paling awal dijangkiti kerana kami bercampur-
gaul dengan dia. Saya sendiri tidur sebilik
dengan Maryam," luah Norhamiza, kecewa.
Apakah bakal berlaku kepada Izan dan
Maryam? Adakah mereka mempunyai wang
mencukupi untuk Maryam melakukan
pemeriksaan darah di hospital di Vietnam?
Wajarkah Air Asia lepas tangan dalam kes ini?
Sumber: Mazidul Akmal Sidek

No comments:

Post a Comment