Tuesday, May 21, 2013

Penyokong UMNOBN minta agar ISA dihidupkan semula

penyokong UMNOBN hari ini meminta agar ISA dihidupkan semula semata
untuk menahan tanpa bukti pihak yang bertanggungjawab menimbulkan
segala kekacauan di negara ini.Orang yang mereka hendak tahan adalah
Anwar Ibrahim dan semua penganjur perhimpunan haram dari hasutan
Pakatan Pembangkang.
ISA ataupun Internal Security Act lebih dikenali sebagai akta
keselamatan dalam negeri mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia
penubuhannya pada tahun 1960an dan dimansuhkan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada tahun 2011.



"Pokoknya, akta-akta itu nanti
bermatlamatkan untuk memelihara
keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta
kerukunan hidup rakyat dan negara.

"Seperti mana yang saya janjikan dalam
ucapan sulung saya semasa saya mula-mula
mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada
3 April 2009, bahawa ISA akan dikaji secara
komprehensif. Sehubungan itu, suka saya
mengumumkan pada malam yang bersejarah
ini, bahawa ISA akan dimansuhkan terus,'' kata
Perdana Menteri.

Najib berkata, melalui undang-undang baru itu
kerajaan akan tetap memastikan hak asasi
mereka yang terbabit terpelihara.

"Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan
mengambil kira hak dan kebebasan asasi
berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

"Undang-undang baru ini juga akan
memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis
yang secara substansialnya lebih pendek
daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa
tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan
perintah mahkamah,'' ujarnya

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata,
undang-undang berkaitan keganasan masih
dikekalkan bawah kuasa Menteri.
Di dalam ucapannya itu beliau berkata,
kerajaan turut memberi komitmen bahawa
mana-mana individu tidak akan ditahan
semata-mata hanya kerana ideologi politik.

"Kuasa untuk melanjutkan penahanan juga
akan beralih daripada badan eksekutif kepada
badan kehakiman kecuali undang-undang
berkaitan keganasan,'' katanya lagi.
Beliau menambah, kerajaan juga tidak akan
teragak-agak untuk meminda atau
memansuhkan undang-undang yang tidak
relevan.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib
berkata, kajian semula terhadap beberapa
undang-undang negara secara lebih
komprehensif turut melibatkan Akta
Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak
dan Penerbitan 1984.

"Bagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,
prinsip pembaharuan tahunan akan
dihapuskan sebaliknya akan digantikan
dengan pengeluaran lesen sehingga ia
dibatalkan,'' katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mengkaji
semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan
mengambil kira peruntukan Perkara 10
Perlembagaan Persekutuan mengenai
kebebasan berhimpun dengan prinsip
menentang sekeras-kerasnya demonstrasi
jalanan.

Selama 52 tahun rakyat berjuang menuntut penghapusan akta zalim ISA,
perjuangan rakyat dilakukan atas penuh sedar bahawa ISA mencabul
keadilan dan menzalimi rakyat dengan hukuman tanpa perbicaraan.

ribuan aktivis menjadi mangsa akta kezaliman ISA tersebut,sepanjang
perjuangan itu juga,kerajaan Malaysia terus menafikan dakwaan banyak
pihak yang mengatakan ISA sebagai senjata politik pihak pemerintah.
Secara kajian menyeluruh,jika ISA dihidupkan semula oleh kerajaan
UMNOBN,ini akan menambah buruk lagi ketegangan yang ada dan sekaligus
mencelarukan sistem yang sedia ada.Apa gunanya Polis ? Kenapa perlu
ISA ? Saya berharap agar menteri UMNO tidak bersusah payah mencampuri
urusan polis,kerana dikhuatiri,setiap campurtangan menteri UMNO akan
menghilangkan 'Profesional' badan berkanun itu.
Undang undang di Malaysia takkan mampu untuk mendakwa Datuk Seri Anwar
Ibrahim,melalui dengan setiap perhimpunan beliau pasti akan
menyebabkan banyak pemimpin UMNO bahkan penyokong UMNO kepanasan
ibarat 'lembu naik minyak,maka,pendekatan untuk merayu agar ISA undang
undang rimba terpaksa dituntut supaya dihidupkan.
Apa yang penulis ingin terapkan adalah,kita sebagai penyokong Pakatan
Rakyat harus berjuang dan menghormati sesama lain,buktikan
sesungguhnya kita benar benar mahu merampas kuasa dari pihak yang gila
kuasa dan bukannya hendak menggulingkan kerajaan.
Penulis juga berharap agar kerajaan UMNOBN tidak akan mencabar
rakyat,jangan dihidupkan ISA,sekiranya tidak,UMNOBN mungkin akan
terhapus dan terpaksa berhadapan dengan kuasa kebangkitan
rakyat,sekian dari saya.

"JANGAN CABAR KUASA RAKYAT"

No comments:

Post a Comment