Wednesday, May 8, 2013

Perhimpunan ambang anak muda bangkit (LIVE) STD KELANA JAYA

PERHIMPUNAN AMBANG ANAK MUDA BANGKIT

WATCH IT LIVE HERE http://www.new.livestream.com/accounts/1706262/events/2088174

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim menyeru
kepada penyokongnya untuk hadir ke Stadium
Kelana Jaya Rabu,malam ini bagi menyatakan
bantahan ke atas penipuan yang didakwa
dilakukan dalam raya 5 Mei.
"Saya akan menjemput rakyat buat pertama
kali selepas pilihan raya umum pada Rabu,malam ini
di Stadium Kelana Jaya pada jam 8.30 malam.
Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk
bersama dan nyatakan penolakan kita
terhadap penipuan dalam pilihan raya yang
dilakukan SPR dan i Najib Razak.
"Gerakan untuk perubahan tidak boleh
dihalang. Permintaan rakyat untuk memiliki
pilihan raya yang bersih dan adil bagi
memastikan kerajaan yang kita pilih
bertanggungjawab, telus dan tiada rasuah
akan terus bergema kuat di sebalik keputusan
Pilihan Raya Umum ke-13," katanya dalam satu
kenyataan.
Anwar berkata, beliau juga akan bekerjasama
dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil
(BERSIH) bagi memastikan sebuah SPR yang
baru dan bebas ditubuhkan bagi menangani
penipuan dalam pilihan raya.
Katanya, beliau juga akan berusaha bagi
mendapatkan sokongan rakyat untuk
mempersoalkan kesahan kerajaan yang
dibentuk oleh BN.
"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
bertanggungjawab kerana bersubahat dalam
penipuan pilihan raya yang paling buruk
dalam sejarah kita. Perjuangan untuk pilihan
raya yang bersih dan adil kekal sebagai satu
perjuangan yang penting bagi mana-mana
rakyat Malaysia.
"Saya akan memberi sepenuh masa dan tenaga
saya bersama BERSIH dan rakyat Malaysia
untuk memastikan bSPR yang baru dan bebas
ditubuhkan secepat mungkin untuk
membetulkan penipuan pilihan raya.
"Kita tidak boleh membenarkan diri kita
menerima keputusan pilihan raya melalui
penipuan dan menipu. Hati saya akan bersama
dengan setiap rakyat Malaysia yang tidak
menerima keputusan ini. Saya akan berusaha
ke arah konsensus kebangsaan untuk
mempersoalkan kesahihan kerajaan.

No comments:

Post a Comment