Wednesday, May 8, 2013

Penjelasan Najib mengenai "Apa lagi cina mahu"

Muka hadapan akhbar milik Umno Utusan
Malaya semalam mempersoalkan sebuah tanda tanya yang mungkin mampu
membuat hati kaum cina tersentuh.Malah beliau menyetujui perkataan itu
terpampang dalam muka hadapan Utusex Meloyar.
Mungkin beliau yakin dengan alasan mahupun maksud di sebalik ungkapan
yang dianggap 'panas' dan petang semalam beliau ditemui oleh media
media untuk memberi keterangan mengenai apa lagi cina mahu.

"Apa lagi Cina mahu? dalam langkah yang dilihat
sebagai percubaan untuk mencorakkan
keputusan Pilihan Raya 2013 sebagai undi Cina
lawan undi Melayu.
Najib juga menerangkan "Jika kaum cina yang bekerja sebagai penjawat
awam tapi menentang kerajaan,memberi undi pada pakatan rakyat,apa lagi
yang mereka mahukan jika tidak memilih BN,Siapa lagi yang mereka
harapkan,ujar dato seri ketika ditemu ramah.

Proses perdamaian kebangsaan yang dijanjikan
oleh Najib, nampaknya indah khabar dari rupa
dan lebih merupakan cakap-cakap kosong!
Ini kerana Najib mempertahankan serangan
Utusan Malaysia terhadap komuniti Cina kerana
menyokong DAP.
Beliau mendakwa parti pembangkang yang
dikuasai Cina itu telah menyesatkan Cina ke
polarisasi kaum yang lebih besar menjadikan
mereka berfikir mengundi parti itu akan
membawa kepada perubahan kerajaan.
Namun, pandangan Najib telah dibantah oleh
bekas timbalan menteri Umno Datuk Saifuddin
Abdullahdan dan juga bekas
ketua pengarang kumpulan akhbar milik Umno
New Straits Time, Datuk A Kadir Jasin.
Datuk Saifuddin berkata, Saya tidak bersetuju
dengan tajuk "Apa lagi Cina mahu?" dalam
Utusan Malaysia hari ini.Kita perlu bijak apabila
menilai keputusan pilihan raya umum ke-13.
Saya kalah tetapi saya tidak menyalahkan
sesiapa.
Sementara itu, semalam, bekas ketua pengarang
kumpulan akhbar milik Umno New Straits
Times,Datuk A Kadir Jasin
mengatakan kelemahan BN dalam Pilihan Raya
2013 menunjukkan penolakkan dari seluruh
rakyat Malaysia dan bukan hanya dari minoriti
Cina.

"Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan
tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi
tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan
realiti baru, khasnya di kalangan pengundi
muda?" kata bekas ketua pengarang kumpulan
News Strait Times Press semasa era pentadbiran
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan di
blognya yang bertajuk, "Keputusan PRU13-
Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?"
semalam.

Menurut Kadir, pencapaian BN dalam Pilihan
Raya 2013, lebih buruk daipada 2008. Kerusi di
Parlimen jatuh daripada 140 kepada 133.
Manakala bagi kerusi DUN, BN merosot daripada
306 kepada 274 walaupun dapat menawan
semula Kedah dan mengesahkan penguasan ke
atas Perak.

Kadir mengatakan gabungan 13 parti itu bukan
sahaja mendapat kurang kerusi daripada 222
kerusi Dewan Rakyat dan 12 Dewan Undangan
Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya 2013
berbanding 2008, akan tetapi turut kehilangan
undi popular buat pertama kali semenjak 1969.

No comments:

Post a Comment