Blog Informasi semasa Malaysia dan luar negara. Selamat datang buat pengunjung dan pembaca setia sekalian,blog MC masih baharu dan kalau tak keberatan sila follow MC dan MC akan followback,terima kasih. Visit www.failluredream.com for Malaysia Greats Views of ethnick,cultural,news and tourism information...Thank you.
Thursday, July 11, 2013
Aktres 80-an, Putri Salbiah Dituduh Menipu
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen
di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyamar
selain dua tuduhan memalsukan kad pengenalan, tiga tahun lalu.
Putri Salbiah Megat Razalli, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah
terhadap dua pertuduhan menipu Ng Miow Hia, 48, dalam satu urus niaga
pembelian tanah dengan memperkenalkan dua individu sebagai pemilik tanah di Mukim Rim di Jasin, Melaka.
Dia didakwa telah memperkenalkan Ng kepada Majid Senan dengan nama
Ahmad SK Duis dan Yang Azizah Mohamed Yaccob dengan nama Sipah Duis @
Sipak Duez semasa bertemu di sebuah restoran di KLCC pada 1 April
2010.
Putri Salbiah juga dituduh mengulangi perbuatan itu di lokasi sama
pada 23 Jun 2010.
Empat kesalahan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 419 Kanun
Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda atau
kedua-duanya sekalinya jika disabitkan kesalahan.
Putri Salbiah juga didakwa memalsukan kad pengenalan untuk kegunaan
Majid dan Yang Azizah dengan nama palsu mereka di antara Januari dan
April 2010.
Salah satu adegan lakonan Putri Salbiah
dan Salih Yaacob pada era 80-an.
Kesalahan di bawah Peraturan (25)(1)(j) Peraturan Pendaftaran Negara
1990 (Pindaan 2007) itu jika disabitkan kesalahan boleh dihukum
penjara maksimum selama tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000
atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM), Anthony Kevin Morais menawarkan ikat jamin sebanyak RM5,000
bagi setiap pertuduhan dengan alasan tertuduh enggan bekerjasama dalam
siasatan kes tersebut.
Tambah Anthony, tertuduh juga sebelum ini pernah melarikan diri ke
Brunei yang kemudiannya di tangkap oleh pihak berkuasa negara itu pada
9 Julai lalu sebelum di reman di Mahkamah Majistret di Miri sebelum
didakwa.
Peguam Mohd Shahrullah Khan pula berkata, Putri Salbiah telah kembali
ke Brunei untuk menjaga bapanya yang sakit dan meminta ikat jamin
sebanyak RM10,000 bagi semua pertuduhan.
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain bagaimanapun menetapkan ikat jamin
sebanyak RM24,000 dikenakan terhadap Putri Salbiah bagi semua
pertuduhan dengan seorang penjamin selain pasportnya ditahan.
Beliau menetapkan 16 Ogos depan sebagai sebutan semula kes dan
memerintahkan pihak pendakwa membatalkan perintah tahanan yang dibuat
di Miri dan mahkamah akan mengeluarkan surat kepada Mahkamah Majistret
di Miri bagi tujuan tersebut.
Putri Salbiah sebelum ini dikenali dalam filem 80-an iaitu Ranjau
Sepanjang Jalan di samping pelakon Sarimah dan Ahmad Mahmud.
Dia juga pernah menjadi pelakon utama dalam filem Keluarga 99 pada
tahun 1987 bersama Salih Yaacob, Mr. Os dan Din Glamour – mStar Online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment