Kontroversi Gambar Pemimpin Dunia Bercium Mulut Dalam Iklan Benetton.
Kempen pengiklanan jenama pakaian terkenal, Benetton berjudul UNHATE
yang dipaparkan di kedai di seluruh dunia,media cetak dan Internet
baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila imej beberapa pemimpin
dunia ' bercumbu' dipaparkan termasuklah imej Pope Benedict bercium
dengan seorang ulamak dari Mesir.
Vatican semalam mengeluarkan kecaman terhadap kempen global syarikat
pakaian Benetton kerana turut memaparkan imej Pope Benedict XVI
bercium dengan Imam Masjid al-Azhar, Sheikh Ahmed el-Tayyeb.
"Kita mesti menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap penggunaan
melampau imej ketua paderi yang dimanipulasi dan dieksploit secara
terbuka demi memenuhi kehendak kempen komersial," kata kenyataan itu
dibuat jurucakap Vatican, Federico Lombardi.
Menurut Lombardi, kempen komersial berkenaan menunjukkan rasa tidak
hormat syarikat terbabit kepada pemimpin tertinggi Kristian serta
menghina perasaan penganut agama itu.
Katanya, ia menunjukkan bagaimana sesuatu publisiti boleh dibuat
secara provokatif tanpa menghormati orang lain yang menjadi peraturan
asas demi menarik perhatian awam.
"Vatican mengkaji apa langkah sewajarnya perlu diambil bagi menjamin
pembelaan adil terhadap imej Pope," katanya.
Melalui iklan itu, Benedict dipaparkan berkucupan dengan Ahmed -
seorang imam di Kaherah, Mesir, serta pemimpin Sunnah disegani.
Lagi aksi pemimpin dunia lain 'berkucup'
Gambar:Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, berkucupan dengan
Presiden Venezuela,Hugo Chavez
Gambar: Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, berpasangan dengan
Canselor Jerman, Angela Merkel.
Gambar: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pula dipaparkan
berkucupan dengan pemimpin Fatah Palestin, Mahmoud Abbas
Gambar:Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berkucupan dengan
Presiden China, Hu Jintao
Gambar: Presiden Korea Utara, Kim Jong-il pula bercumbu dengan
Presiden Korea Selatan, Lee Myung Bak Timbalan Pengerusi Benetton,
Alessandro Benetton,berkata iklan itu adalah " provokasi membina" untuk
mempromosi sikap toleransi.
"Kami memilih isu sosial dan aktif mempromosi isu kemanusiaan ke
seluruh dunia," katanya.
sumber : dailymail.co.uk
No comments:
Post a Comment