NIBONG TEBAL – Kegembiraan lapan sekawan yang sedang minum di sebuah
restoran di Taman Sri Emas di sini petang semalam bertukar tragedi
apabila seorang daripada mereka mati ditembak.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner
Mazlah Kesah (gambar kecil) berkata, kejadian pukul 3.15 petang itu
mengakibatkan tukang cat, Loh Hooi Tiong, 48, mati selepas ditembak
dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal.
"Kejadian berlaku apabila mangsa sedang minum bersama rakan-rakannya
di sebuah restoran tidak jauh dari rumahnya.
"Mereka kemudian didatangi dua lelaki bermotosikal dan memakai topi
keledar bertutup muka sebelum salah seorang melepaskan empat das
tembakan ke arah mangsa," katanya di sini.
-Kosmo
No comments:
Post a Comment