Blog Informasi semasa Malaysia dan luar negara. Selamat datang buat pengunjung dan pembaca setia sekalian,blog MC masih baharu dan kalau tak keberatan sila follow MC dan MC akan followback,terima kasih. Visit www.failluredream.com for Malaysia Greats Views of ethnick,cultural,news and tourism information...Thank you.
Sunday, July 28, 2013
Foto Perkahwinan Ras Adiba dan Ilias Yaakob
Tahniah diucapkan kepada Ras Adiba Radzi, 45, kerana selamat begelar
isteri dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan
Zainal Abidin, Putrajaya, semalam. Pembaca berita itu memilih
penasihat kewangan, Ilias Yaakop, 45, sebagai suami.
Berwalikan bapa Ras, Mohd. Radzi Wahab, 73, pasangan berkenaan
disatukan dengan tiga kali lafaz sekitar jam 6.10 petang. Pada majlis
tersebut Ras menerima mas kahwin RM99 dan wang hantaran RM10,000.
Pihak lelaki turut memberikan lima dulang hantaran berbalas tujuh
dulang daripada pihak perempuan.
Didoakan, perkahwinan ini memberikan sinar kebahagiaan buat Ras yang
mengalami lumpuh dari pinggang hingga hujung kaki sejak 2002 setelah
mengalami kemalangan jalanraya.
Jika diimbas semula, Ras yang mempunyai seorang anak angkat bernama
Umar Ras Engel Abdullah pernah melalui episod duka dalam soal cinta
apabila perancangannya mahu berkahwin dengan seorang pemuda Perancis
dibatalkan seminggu sebelum dia naik pelamin.
Saat itu, majlis dibatalkan walau kad sudah diedar dan dewan sudah
ditempah gara-gara keluarga sebelah lelaki tidak merestui perkahwinan
tersebut kerana bimbang anak mereka menghadapi masalah jika hidup
bersama OKU sepertinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment